Liza The Bunian

613 9 1
                                    

Liza bangun awal hari ni. Itu pun sebab papanya bising-bising kerana line 4g tak berapa nak molek pagi ni.

" kejadah apa syarikat Telco ni. Macam manalah kampung kita yang dekat dengan kolompo ni line 4g dia tak berapa nak elok. Ini satu diskiminasi. Aku nak pergi report ni"

Perkampungan Bunian Seri Gombak letaknya dekat dengan Tol Gombak. Generasi ke dua bunian duduk di kawasan Bandar Baharu Bunian yang kedudukan depan pusat pejabat keselamatan UIA. Adalah dalam 358 keluarga generasi kedua bunian duduk di situ.

" Awal bangun Liza pagi ni, ada meeting ke?" Tanya papa Liza sambil terbang mencari line 4g.

" Papa pagi-pagi dah bising. Stress Liza. Mama mana papa?"

" Ada dalam bilik study. Sibuk dengan tesis phd tu. Kau jangan kacau dia pulak"

"Liza pergi kerja naik apa? Papa ingat nak tumpang pergi Putrajaya"

Sambil tengok TV, Liza memandang bapanya lalu berkata,

" naik LRT laa papa, Liza malas nak bawa motor"

"Mana ada LRT sampai Putrajaya. Come onlah Liza. Please please let me get what i want"

Liza memandang papanya.

"Papa...dah berapa kali Liza beritahu. Liza tak suka papa gunakan ayat-ayat dari lirik lagu The Smiths. Tolonglah papa, jangan buat Liza teringatkan memori lama Liza."

Liza bangun lalu berlari- lari anak ke dalam biliknya.

Papa Liza tergaman. Dari dalam bilik Liza menangis teresak-resak lalu bersiul-siul mengikut rentak lagu Ramlah Ram.

Papa Liza mengetuk bilik Liza lalu bertanya,

"kalau tak boleh pakai lirik lagu The Smiths, papa pakai lirik lagi P.Ramlee boleh tak?"

Dari dalam bilik Liza mula berteriak.

Jabatan Runsing NegaraTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang