Nama aku Messi La. Orang panggil aku Messi La. Umur aku 24 tahun. Aku seorang wanita yang berasal dari Kg La, Terengganu. Kemungkinan besar ibuku ingin menamakan diriku Melisa. Tapi mungkin kerana kebangganggan mana-mana pihak berkuasa maka nama aku jadi Messi La. Selama 20 tahun hidup aku merasa malu dengan nama Messi La tapi sejak beberapa tahun ni aku menjadi sangat bangga dengan nama ini.
Kampung aku Kampung La bukan sebarang kampung. Di Kampung kami terdapat kolam Air Sejuk & Air Panas menjadi mercu tanda kepoweran kampung. Izinkan menceritakan sikit tentang kampung aku seperti makluman yang terdapat dalam blog pelancongan Negeri Terengganu.
Kolam Air Panas La bukan saja mempunyai air panas tapi mempunyai sungai yang sejuk sesuai untuk aktiviti berendam. Tempat ini cukup redup kerana terletak di dalam hutan.
Apabila kita sampai pintu masuk Kolam Air Panas, kita akan melihat gerai yang menjual pelampung. Harga tidaklah mahal mana, harganya antara RM3 - RM10 bergantung pada size. Belilah untuk keselamatan anak-anak untuk bermain air sungai.
Apabila kita melalui jambatan gantung kita melihat pengunjung sedang bermain air. Airnya tidak dalam mana selamat untuk kanak 5 tahun keatas. Bawah 5 tahun, ibu bapa kena awasi.
Air sungai cukup jernih dan ternampak anak-anak ikan sedang berenang. Pasir sungai pun bersih dan sesuai untuk menjamu selera disini.
Di sini kemudahan awam disediakan seperti surau, bilik air, tempat letak kereta & gerai makan. Dari sini juga, kita boleh berjalan kaki untuk melihat Lata Berangin. Di Lata Berangin kita dapat melihat air terjun setinggi 350 kaki, Gua berbentuk bahtera, Batu Katak & Sungai yang hilang.
Jika anda ingin mendapat pemandu pelancong, tempat penginapan & untuk mengadakan aktiviti tahan lasak sila hubungi Pak Cik Din atau Kak Moh dari LA HOT SPRING PARK. 017 974 3299, 013 914 7458 & 013 938 9024.
Tentang Kak Moh, Pak Cik Din dan tempatku berkerja iaitu Jabatan Tunsinh Negara akan ku ceritakan nanti dalam bab yang baru dalam hidupku.
KAMU SEDANG MEMBACA
Jabatan Runsing Negara
RandomJabatan Runsing Negara (JRN) merupakan sebuah jabatan yang dikendalikan oleh sekumpulan manusia istimewa. Tujuan JRN ditubuhkan adalah untuk menambahkan kerunsingan semua makhluk di muka bumi dan menyebarkan kerunsingan di seluruh alam semesta. Di k...