Dah 4 hari 3 malam Tuan D tak dapat melelapkan mata. Dalam 4 hari 3 malam itulah juga Tuan D tak dapat tengok cerita kegemarannya di saluran 703. Minat Tuan D kepada makanan, masakan dan chef ni memang luar biasa terutamanya tentang Chef. Tapi 4 hari 3 malam baru baru ni Tuan D banyak fokus kepada kerjanya yang membuatkan dia begitu runsing sekali.
Bulan Oktober setiap tahun telah jatuh satu hari yang mesti di raikan oleh penduduk Malaysia. Lebih tepat lagi 15 hari selepas hari gaji bulan September kerajaan dah umum tentang program Hari Runsing Negara yang akan dilaksanakan serentak diseluruh daerah, kawasan, bahagian, negeri, taman perumahan, Jalan rahsia pergi masjid dan sebagainya. Kerajaan telah mensasarkan 45% daripada 28 juta rakyat Malaysia menyertai program ini.
Tuan D merenung dan melihat kertas konsep Hari Runsing Negara ini berulang-ulang kali. Adalah dalam 548 kali Tuan D mengulang-gulangnya. Kekadang bagi Tuan D entah pegawai baru mana yang buat kertas konsep dan cadangan yang bangganh macam ni. Tuan D syak ini mesti golongan Pegawai Tadbir dan Diplomatik yang nak cepat naik pangkat lalu menunjuk-nunjuk kehebatan dengan menghasilkan kertas konsep yang kononya hebat macam power giler nak mampus.
Tuan D tenang lalu bangun menuju ke permainan piring hitam peninggalan arwah atuknya. Dengan tenang dengan menggunakan kuasa magic yang ada pada dirinya tiba tiba piring hitam dalam kumpulan Chumbawamba tiba tiba terbang dan lantas memasuki ke kawasan piring hitam.
Lagu Chumbawamba berjudul " Always Tell the voter what the voter wants to hear" dari album Never mind the ballot berkumandang perlahan di dalam bilik pejabatnya. Tuan D memandang kearah jam nya dan terkejut dengan suasana gelap di dalam pejabatnya meskipun jam sudah menunjukkan 8.30pagi.
"Asyik black out je opis gua ni. Fakop lah budak budak tak datang lagi" Tuan D berjalan pantas ke arah kawasan pentadbiran.
Tiada orang.
Tuan D menuju bilik komputer.
Tiada orang juga.
Dengan keadaan marah Tuan D bertukar menjadi kelawar lalu terbang menuju ke arah pintu opis. Dari dalam opis, Tuan D melihat Jamil bercakap sorang sorang.
Dengan kuasa majik yang ada pada Tuan D. Pintu depan pejabat terbuka sendiri dan dia mendengar Jamil menjerit,
"Kepala bana pintu opis ni. Boleh terbuka sendiri. Babi apa gelap opis ni"
Dari atas siling tempat Tuan D berhenti landing, Tuan D gelak sendirian kerana melihat kelucuan respon daripada Jamil.
Tiba-tiba dia mendengar Jamil menjerit,
"Kepala Babi apa Tuan D layan Chumbawamba pagi pagi ni"
Dalam keadaan Tuan D menjelma menjadi kelawar dia melihat Sebastian, manusia serigala yang berkhidmat sebagai juruteknik komputer pejabatnya masuk ke opis dengan keadaan tergesa-gesa dalam keadaan marah.
Jiwa dan perasaan Tuan D bertambah runsing.
KAMU SEDANG MEMBACA
Jabatan Runsing Negara
RandomJabatan Runsing Negara (JRN) merupakan sebuah jabatan yang dikendalikan oleh sekumpulan manusia istimewa. Tujuan JRN ditubuhkan adalah untuk menambahkan kerunsingan semua makhluk di muka bumi dan menyebarkan kerunsingan di seluruh alam semesta. Di k...