Bab 1

18 0 0
                                    

Ting! Ting!
Nina: "Shah, mana?"
Shah: "Shah Alam"
Nina: "Mana?"
Shah: "Pehal tanya mcm nk gado? Nape?!"
Nina: "Jwb jelah gile. Hdup & mati!"
Shah: "Kedai merah. Port biasa. Pehal?!"
Nina: "Tggu situ. Jgn kemana. Nnti aku smpai. Tggu! Pls.."
Shah: "Eh bia btul ko ni. Pehal tibe2 ni?"

Blueticked. Harom
Dah 10 tahun. Lepak terakhir mereka ketika malam selepas majlis konvokesyen. Rutin selama 3 tahun diteruskan malam itu. Makan, rokok dan shisha masih meneman. Topik dibualkan seakan dah lama betul tak bersembang. Walhal baru tak jumpa 3 bulan. Zaman tu mana ada aplikasi media sosial seperti sekarang. Harapkan friendster dan myspace yang dah berkubur lama tapi tak nampak batu nisan.

"Perlu ke aku tunggu ni? Budak ni main-main ke apa. Ishh cuak lain macam ni!" Shah berfikir sendirian. Walau dah lama tak berhubung, dia yakin itu nombor dan padanan tuan empunya yang betul. Hasil group whatsapp rakan-rakan zaman belajar. Tapi kenapa dengan dia? Tak ada angin, tak ada ribut bahkan ramalan kaji cuaca pun tak cakap apa-apa, kau muncul tiba-tiba terus nak jumpa?

"Shit! Aku dah lah dah gemok ni. Gila selekeh nak jumpa membe macamni. Haramm!" tanpa sedar Shah menepuk meja dengan kuat. Hampir tertumpah milo ais, nasib cekap tangan kirinya mencapai gelas. Kidal. Beberapa mata sekeliling memandang. Apa lah brader gemuk baju belang ni bercakap sendirian. Shah perasan tapi buat-buat tak heran. Alah, bukan aku sorang yang bercakap sendirian zaman sekarang. Katanya. Cehh

"Ke aku nak call pompuan ni. Kang kalau aku dah habis makan dia tak sampai lagi, sampai bila nak tunggu? Esok kije kot.." Shah masih berdialog sendirian. Dah tak heran kiri kanan. Ternyata, mesej whatsapp tadi dah buat dia tak keruan.

Di skrin telefon masih tertera nama Nina. Shah masih berfikir untuk tekan butang call atau tidak. Dua tiga kali ditekan, sesaat terus dia berubah fikiran. Panggilan dibatalkan. Macam first time nak telefon awek baju kebaya yang tinggalkan nombor atas kertas tisu masa makan tengahari di Bangsar dua tahun sudah. Gila menarik awek tersebut. Tapi sebab Shah ni darah gemuruh tahap tak boleh kawal, sia-sia peluang orang dah hidang.

"Bang, dah boleh order ke? Saya banyak lagi meja nak pergi ni."
"Eh sorry sorry. Bagi nasi goreng USA jelah. Tak nak pedas ya. Thanks!" Shah pun tak perasan sejak dari bila mamat keding tu berdiri di sebelah dia. Padan muka lah Shah. Budak tu dah dekat 5 minit duk gelakkan kau tengok kau bercakap sorang-sorang. Nak disedarkan macam seronok pula. Nasiblah kau jadi bahan hiburan dia malamtu.

Setelah berfikir selama habis rokok 3 batang edisi penghisap rokok amatur, dia nekad untuk hanya menunggu sehingga habis makan.

"Ish celaka betullah kalau kedai dah maju, orang dah ramai, servis kau makin lembab ni dah kenapa?" Shah membebel secara perlahan. Perut tengah lapar, memang mengundang maki lah makanan lambat sampai. Dah kau pesan pun lambat, lambat lah kau dapat Shah. Serba tak kena dia malamtu. Awek-awek hotpants lalu pun dia boleh buat bodoh je. Kalau tak, mata terbeliak sampai tegang kelopak mata dipandang seorang demi seorang. Hidup seorang single di kota metropolitan. Bukan dia seorang yang macamtu, kan?

Lamunan Shah dikejutkan dengan bunyi sepinggan nasi goreng USA dihidang di atas meja. Kali ini yang menghantar brader yang berisi pula. Memakai tshirt hitam yang terpampang di dada, atau perut? #gemokisawsem. Suka hatilah kau gemuk.

"Lama saya tunggu. Cacing dalam perut ni dah merajuk dah," Shah sengaja membuka testimoni berbentuk sinikal.
"Abang order nasi goreng USA memang lambat lah bang. Berpeluh saya nak ambil kat USA sana. Hehehe.." Brader gemuk membalas. Nailed it! 1-0.
Shah berlagak berpura-pura tak mendengar. Celaka punya gemuk! Marahnya dalam hati.
"Lain kali order nasi goreng kampung bang, cepat sikit. Saya pergi ambil kat kampung sebelah jeee.." Eh brader gemuk ni tak move on lagi. Sengaja menambah kemarahan hati yang sedang rawan. Hahaha.
"Kalau tak cepat, aku cucuk perut kau dengan garfu ni sampai kurus!" Shah tak tahan, kali ni serangan balas dilancarkan. Ting! 2-1. At least takdelah 0 tanpa balas.
Brader gemuk berlalu. Berlenggang tenang membawa perut berat dengan muatan.

Shah malas nak layan. Tanpa bismillah, tangan mula nak menyuap makanan. Dalam hati dia nekad, habis makan dia nak terus blah. Peduli lah si Nina. Kalau dia kena prank macam mana? Minah tu bukan betul sangat. Kang ada dia masuk tv rancangan bang bang boom terbitan syarikat tv swasta yang orang ramai tak suka tu.

"Kau memang takde nasi goreng negara lain dah ke nak order?"
Baru sesuap, bahunya ditepuk mesra dari belakang. Mengundang betul lah. Disangkanya brader gemuk yang tak puas hati lagi nak cari pasal. Sudu dan garfu diangkat, memang dia nak cucuk perut brader gemuk tu. Rasakanlah!

"Weh babi...!!! Setan lah kau!" tanpa disedari, tangan yang masih memegang sudu dan garfu dah selamat memeluk seseorang di depannya. Wajah yang dia amat rindu. Yang hadir tepat pada waktunya. Yus. Kau memang wajah kesayangan hamba. Hampir menitis air mata jantan.

"Kau buat apa kat sini gile?" tanpa salam terus Shah menerjah Yus dengan soalan.
"Kau dah beli tempat ni ke apa? Aku datang nak makan lah, gile!" Yus membalas. Kerusi sebelah Shah ditarik perlahan. Sehelai tisu dikeluarkan dari sampul di dalam poket seluar. Kerusi dilap sebelum melabuhkan punggungnya.
"Pehal kau tak contact aku dulu?"
"Kalau aku contact kau, kau dah banyak duit sangat ke nak belanja aku?" Yus masih bermain soalan dengan soalan. Sengaja. Mungkin dah terbiasa menjawab secara sindiran. Maklumlah bekerja di kaunter khidmat pelanggan sebuah jabatan kerajaan. Sehelai lagi tisu dikeluarkan. Kali ini untuk mengelap kawasan atas meja di hadapannya. Dah berkilat dan mampu menampakkan wajah sendiri baru diparkir kunci kereta dan rokoknya.
"Kau gaya tetap tak berubah kan. Memang kaya tokey kilang tisu kalau ada 100 orang macam kau ni. Sudah-sudahlah tu meja tu nak dijadikan cermin. Dah bapak orang dah, takde orang nak usha lagi hah." Giliran Shah pula keluarkan buah bernas. Bengang betul pertanyaan tak dilayan.
"Hygiene first, bro! Sunnah tu jaga kebersihan" Yus membalas dengan senyuman senget ala-ala Zul Ariffin.
"Order cepat. Kedai ni makin lambat siot. Lapar kau nanti" Shah dah mula bagi testimoni negatif.
"Memang dari dulu lambat weh. Kau tu je yang masih tak boleh move on dengan kedai merah dan nasi goreng USA kau ni!" Zap. Yus tak kasi can. Padat betul hujah dia kali ni.
"Celaka lah kau ni." Shah berhenti mengunyah. Ketika itu juga dia teringatkan Nina. Rancangan awal dia nak blah sejurus selepas makanan dihabiskan terpaksa dilupakan. Kehadiran Yus secara mengejut juga perlu dibongkarkan.

Dah lebih setengah jam, tak nampak batang hidung pun lagi perempuan ni. Janji melayu betul. Lagi-lagi janji perempuan melayu. Dengar boleh, percaya jangan. Dah si Yus pulak tiba-tiba muncul. Memang sah aku nak kena prank ni. Birthday aku lambat lagi lah gileeeeee...!!!

NILAIDonde viven las historias. Descúbrelo ahora