Bab 2

23 0 0
                                    

"Kau kena faham hak aku, bukan aku nak buat benda yang salah!"
"Saya faham hak awak, tapi saya juga ada hak! Awak dah tahu apa keputusan saya.."
"Selagi aku tak lepaskan kau, kau tu milik aku! Kau jangan derhaka, aku ni tanggungjawab kau! Orang yang perlu kau hormat! Jangan sampai aku suruh kau melutut sembah kaki aku!"
"Saya akan bertahan kalau saya rasa awak berbaloi untuk dipertahankan. Tapi awak dah hancurkan segalanya. Awak bebas nak pilih jalan hidup awak sendiri lepas ni. Saya tak nak terlibat.."
"Kau memang jenis tak faham bahasa kan!!!" baran lelaki itu menjadi lagi.

Isteri yang selama ini menjadi tempat bermanja, tempat beralas tidur, tempat memadu kasih kini telah bertukar menjadi sasaran melepaskan nafsu amarah yang tidak boleh dikawal lagi. Sepak terajang dah jadi pengganti peluk cium. Madah-madah cinta gantinya dengan maki hamun. Berdosa betul bila isteri itu tidak mahu bersetuju dengan kehendaknya. Namun, hati si suami masih sayang. Amat sukar untuk dilepaskan.

"Saya tak akan merasa sakit dengan tumbuk terajang awak ni. Awak lepaskan saya, saya lagi terseksa awak dera perasaan saya macamni.." si isteri masih bertahan dengan kata-kata. Disapu darah di bibir menggunakan lengan gown tidur yang dipakai. Gown tidur yang sudah hilang seni menggodanya.
"Aku minta maaf... Aku minta maaf!!"
Si suami seperti biasa, yang baru menyedari perlakuannya terhadap isteri menghampiri tubuh isteri yang tidak bermaya. Disentuh perlahan bibir isteri yang pucat dihiasi darah merah mengalir laju. Timbul rasa kesal. Namun marahnya sangat sukar dikawal.

"Sudah. Mari saya tidurkan awak.." si isteri yang masih lemah berusaha untuk bangun sendiri. Perlahan ditarik tangan suami yang sudah terduduk di sisi. Suami yang masih dalam keadaan tak menentu hanya menurut, dipimpin isteri ke kamar beradu.

"Awak tidur lah ya. Jangan risaukan saya.." sudah basi kata-kata si isteri yang hampir setiap malam diucapkan kepada si suami. Tiada lagi kata-kata cinta penutup malam yang indah buat mereka berdua. Selimut ditarik menutupi keseluruhan tubuh si suami.

Baru sahaja si suami hendak lelapkan mata, telefon bimbit si suami berbunyi notifikasi panggilan masuk. Si isteri cuba mencapai telefon suami di atas meja sisi.

"Jangan sentuh telefon aku! Kan aku dah cakap jangan sentuh, jangan tengok apa-apa di telefon aku!" jerkah si suami menghentikan niat si isteri. Kaku. Si suami bingkas bangun dan telefon dicapai kasar dari atas meja sisi. Panggilan dijawab, si suami laju menuju keluar dari bilik.
"Hello sayang, ya sorry lambat pick up..."

Si isteri hanya mampu memandang dengan linangan air mata.
"Ya Allah, dugaan apa yang kau berikan padaku ini Ya Allah. Keluarkanlah aku dari belenggu ini. Sesungguhnya hambaMu ini lemah imannya, sampai bila harus aku diseksa jiwa sebegini.."

*************************************
"Kau dua tiga menjak ni akak tengok tebal semacam je berbedak! Banyak main panas ke?" jam 8.15 pagi. Waktu biasa untuk Kak Jem mula bicara sebelum beralih ke pantri. Mug di tangannya diletak perlahan di atas meja. Tangan beralih ke laci sebelah meja, meraba mencari paket minuman 3 dalam 1 rutin harian untuk sarapan. Sasaran mengena, paket dikoyak, isi kandungan dimasukkan perlahan ke dalam mug. Dicapai untuk menuju ke pantri. Geng-geng gosip sudah sedia menanti, dah tak sabar nak muntahkan cerita masing-masing setelah satu malam tidak berjumpa. Lumrah.

"Kak Jem, kenapa akak tak letak je akak punya minuman tu kat dalam kabinet di pantri? Boleh lah diwakafkan untuk kami kat sini," Nina yang sedari Kak Jem sibuk memerhatikan gelagatnya kebelakangan ini cuba menukar topik.

"Wakaf tu wakaflah. Akak bukan kedekut. Tapi kalau akak sendiri pun tak sempat merasa, haih hilang jugak ikhlasnya tu. Budak-budak site tu, amboi mengadanya kalahkan anak akak di rumah, pantang letak apa-apa free kat pantri tu sekelip mata je diorang sapu. Dah tak ingat orang belakang," pancing mengena. Kak Jem dah mula membebel pakej siap isyarat tangan bahu semua ada.

NILAIDonde viven las historias. Descúbrelo ahora