Bab 4 - Teman

56 1 0
                                    

Jam 8.00 malam. Waktu biasa Nina akan tiba di rumahnya. Membawa pulang bungkusan makanan untuk mengisi dua perut yang kelaparan dan dua jiwa yang tertekan.

Kereta suaminya sudah sedia diparkir di halaman rumah. Ah! Kenapa dia pulang awal pula. Nina baru merancang untuk terus tidur selepas makan malam tanpa suaminya. Dia malas hendak menghadap muka yang pernah dirindukan itu setelah penat seharian memandu.

"Hai sayang, what a bad trafiic today kan?" soal suaminya sebaik pintu rumah dibuka.

Nina tidak menjawab. Kunci kereta digantung di dalam peti kunci yang dipaku di belakang pintu. Suaminya yang sedang menonton televisyen bangun bagaikan menyambut kepulangan Nina isteri kesayangan.

"Saya dah belikan makanan. Saya ke dapur buatkan minuman" Nina membuka tudung, diletakkan sementara di sofa. Dia mahu cepat habiskan malam itu. Bungkusan makanan diletakkan di atas meja makan lalu di laju menuju ke dapur.

"Kenapa sayang nak ber'saya' dan 'awak' ni? Dah lama abang tak dengar sayang panggil abang.." suaminya bersuara lembut mengekori Nina ke dapur. Pertanyaannya tidak dibalas Nina.

"Cantik isteri ababg ni. Makin marah, makin cantik.." ujar suaminya sambil tangan mengusap lembut rambut Nina yang separas bahu sudah diikat ringkas.

Nina masih diam. Tangannya masih sedang menyiapkan minuman. Serbuk minuman 3 dalam 1 yang telah dimasukkan ke dalam mug kemudian ditambah sedikit susu pekat penambah kemanisan. Ditekan mesin pemanas air untuk mencampurkan air panas bersama serbuk minuman. Bau aroma minuman 3 dalam 1 sudah bertebaran di keseluruhan dapur. Pahit dan keras namun ada kewangiannya tersendiri.

"Jom ke depan, minuman dah siap." Ajak Nina. Dia malas hendak melayan suaminya. Setiap kali disentuh, dia dapat merasakan renjatan kesakitan.

"Sayang, abang belum lapar lagi lah. Kita naik atas dulu nak? Sayang mandi dulu nanti kita turun balik untuk makan boleh?" suaminya mengambil minuman dari tangan Nina dan perlahan diletakkan di atas meja. Kedua-dua tangan Nina kemudian dipegang, menarik Nina perlahan untuk mengekorinya ke atas.

Nina seakan patung bergerak tidak berani menolak. Dituruti sahaja walau dalam terpaksa. Setiba di bilik, Nina pantas mencapai tualanya. Satu persatu pakaiannya ditanggalkan laju dan dimasukkan ke dalam bakul baju kotor lalu menuju ke bilik air. Suaminya yang sudah duduk di tepi katil hanya tersenyum memerhatikan Nina.

"Jangan lama-lama ya, abang tunggu sayang tau."

Sudah hampir 20 minit Nina berada di dalam bilik mandi. Sengaja dilewat-lewatkan. Harapan Nina biar suaminya penat menunggu dan berlalu keluar dari bilik itu.

Tiba-tiba pintu bilik mandi diketuk bertalu.
"Sayang, lamanya mandi. Sayang ok ke kat dalam tu?" Soal suaminya dari sebalik pintu.
Alah jantan ni tak blah lagi...
"Ok, belum siap lagi.." Nina menjawab perlahan. Dipulas tombol paip air menderaskan lagi aliran air keluar dari paip hujan.
"Sayang, sudah lah tu. Buat apa lama-lama dalam tu." Suaminya bersuara lagi. Pintu bilik air masih diketuk.
Nina tahu suaminya masih tidak puas hati. Dia pasti suaminya akan setia tercegat dia hadapan pintu selagi Nina tidak keluar. Degil dan keras hati!

Hendak tidak Nina terpaksa keluar menamatkan waktu mandinya. Sebaik pintu bilik mandi dikuak, suaminya dah tercegat di depan pintu. Tanpa pakaian. Menyengih tanda mengiyakan apa yang terlintas di fikiran Nina. Nina serba salah. Dirinya yang hanya masih berkemban, menuju laju ke almari pakaian.

"Sayang, temanlah abang dulu.." suaminya pantas mencapai lengan Nina.

"Saya lapar, saya nak makan." balas Nina ringkas. Tuala di badan masih dipegang kemas dengan tangan kanannya sambil tangan kiri membelek-belek mencari pakaian di dalam almari.

NILAIDonde viven las historias. Descúbrelo ahora