Himpap

352 7 7
                                    


"Wey, dah lama tak main himpap-himpapkan?" Daus bertanya.

Sesi bermain himpap-himpap adalah permainan tradisi bagi kelas 4 Amanah. Permainan ini terbahagi kepada beberapa bahagian. Gelombang kecil, sederhana dan besar. Gelombang kecil melibatkan dua hingga tiga orang. Gelombang sederhana melibatkan empat hingga enam orang. Manakala gelombang besar melibatkan satu kelas akan ambil bahagian.

"Hehe, kau start dulu" cadang Topek sambil tunding jari pada Yoi.

"Ape hal aku pulak, apa kata suruh Gopi start dulu?"

"Orait jugak, nanti aku suruh dia. Weyh, Gopi main himpap-himpap jom? Kau start dulu." Daus kepala segala plan berunding dengan Gopi.

"Saya okay je, jomlah"

Gopi terus landing atas lantai. Seterusnya Daus selaku pemain kedua meniarap atas Gopi maksudnya muka akan bertemu muka. Kawan lain yang sedang berkumpul di tempat kejadian iaitu bahagian belakang kelas sudah ketawa-ketawa kecil bertanya-tanya siapa bakal menjadi pemain ketiga.

Permainan ini sukar diduga. Adakah bakal menjadi gelombang kecil, sederhana atau besar. Jika kawan-kawan yang lain sudah kepenatan atau kemalasan permainan ini akan menjadi gelombang kecil dan agak hambar. Tetapi, jika semua budak lelaki sporting untuk join game ini ia bakal jadi gelombang besar yang pasti sangat menyeronokkan.

"Cepatlah!" Teriak Daus.

"Okay okay aku pulak" volunteer Topek untuk menjadi pemain ketiga.

Bila Topek nak meniarap je atas Daus, Daus mengelak ketepi dan secara automatik Topek menjadi penghimpap kedua bertentangan muka dengan Gopi. Secara tak semena-mena Yoi naik atas Topek dan Daus pemain kedua tadi terus naik atas Yoi. Kejadian ini berlaku sangat pantas. Tahu-tahu dah jadi.

"Kawan-kawan! Cepat! Cepat woii!! HAHAHAHAHAHA" ajak Daus.

Budak lelaki lain yang kusyuk membuat kerja di tempat masing-masing meluru terus di tempat kejadian sambil gelak-gelak kerana suka benda ini terjadi.

Mal, Rahim, Ayen, Alif, Bob, Naz, Faris, Along, Palie, Napi, Apek, Wan, Akim, Apis, Nizam. Seorang demi seorang naik atas susunan bangunan manusia. Bayangkan tinggi mana. Kalau susunan runtuh, boleh bina balik naik atas. Siap ada yang henjut-henjut lagi yang kat atas tu. Tiga orang pertama dibawah maintain orang yang sama, cuma yang diatas bertukar-tukar. Jatuh, naik, jatuh, naik.

Gopi kawan India kami yang sporting selalu lepak dengan kami walaupun sering dibahan. Tapi masalahnya time main permainan ni dia sedang berpeluh-peluh dan tak shave, jambang penuh muka. Jadi, faham-faham la.

"Busuk! Busuk! Gopi busuk woi!" Kata Topek selaku pemain kedua yang bertentangan dengan muka Gopi.

"Kaki aku! Kaki aku! Patah woi! Patah!!" Yoi pemain ketiga cuba beri alasan.

"Sakit dada aku! Penyek! Penyek! Bangun! Bangun! Arghh.." tak pasti keluar daripada mulut siapa kerana terlalu seronok.

Selepas selesai main himpap-himpap masing terduduk di lantai sambil ketawa-ketawa kecil menahan sakit. Nak gelak atau nak menangis masing-masing tak tahu nak respond macam mana. Tengok muka masing-masing tahan sakit sangat kelakar.

Tiba-tiba cikgu masuk kelas. Masing-masing ke tempat duduk masing-masing buat macam tiada apa-apa berlaku.

Siapa Suruh Baca?Where stories live. Discover now