Kringgg kringgg!!!Telefon pintar berjenama Samsung berbunyi dengan kuat.Bunyi yang kuat dan bingit itulah yang mengerak Adam setiap kali dia ingin ke sekolah. "Hmm dah bunyi ka?Macam awal ja ni?"Adam bermonolog seorang diri.Kemudian,dia cuba untuk melelapkan matanya semula.Tiba-tiba terlintas di fikirannya bahawa hari ini adalah hari pertama sesi persekolahan bagi tahun 2014
."Aippp,kejap-kejap."Adam bermonolog lagi sambil melihat tarikh di telefonnya untuk memastikan dia tidak silap."Uishhh,nasib baik awal lagi.Kalau tak habis aku.First day sekolah dah buat hal".Dengan pantas Adam mandi dan ingin bersiap sedia untuk ke sekolah.
Walaupun masih awal,Adam digesa oleh ayahnya agar lebih pantas kerana ayahnya bimbang sekiranya lewat menghantar adiknya ke sekolah.Maklumlah sekolah Adam jauh ke zon timur laut Pulau Pinang manakala sekolah adiknya pulak jauh ke barat daya.
"Dah siap ka belum ni?Cepatlah nanti adik hang lambat pi sekolah"kata ayahnya dengan tegas.Adam keluar dengan pantas lalu mencapai helmetnya.Bergesalah dua beranak itu ke Sekolah Menengah Abdullah Munshi.*************************
Sebaik saja sampai di hadapan sekolah,Adam turun dari moto dan bersalaman dengan ayahnya.Dia bergerak masuk ke dalam sekolah.Ketika berjalan di bawah laluan berbumbung,dia terfikir sejenak."Hmm,harap tahun ni dapat cikgu yang best-best la".Adam terus menuju ke arah kantin kerana di situlah merupakan tempat dia dan kawan-kawan melepak sebelum waktu persekolahan bermula.
Sampai di satu meja Adam menyapa kawan-kawannya."Assalamualaikum.Apa cita semua?Apa macam cuti panjang?Best?"tegur Adam ala-ala Kl Gangster kerana ingin menarik perhatian kawan-kawannya.Adam bersalaman dengan semua kawan-kawannya yang ramai.Kalau 50 orang,50 kali salamlah jawabnya.Memang dah jadi budaya pelajar-pelajar di situ.
Adam kemudiannya duduk di sebelah Afiq yang mana seseorang yang digelar sahabat baginya."Apa Man Utd kena teruk semalam?Ceroi gila gameplay Man Utd semalam."sengaja Adam berkata sedemikian kerana ingin menaikkan darah Afiq.Maklumlah si Afiq memang fan setia Man Utd."Diamlah.Bising ahhh hang ni.Cakaplah pasai benda lain pa ka"kata Afiq yang cuba menukar tajuk.
Dia memang pantang orang perlekeh team dia."Hahaha,oklah.Aku cakap pasai benda lain"sambung Adam lalu berbual-bual kosong dengan kawan baiknya itu.Seperti biasa topik mereka adalah game,news feed dan homework.Kadang sembang ja pasal homework,belum tentu buat lagi.
Kringgg kringgg kringgg!Loceng sekolah berbunyi menandakan sesi pembelajaran bakal bermula.Adam dan kawan-kawannya pun bergeraklah ke dewan sekolah bagai itik pulang petang.Kalau nak masuk dewan ka kelas ka memang lembap tapi kalau bab nak rehat,nak balik muka-muka nilah yang selalu keluar paling awal.Lumrah pelajar laki.
Di dewan,PK Pentadbiran sekolah mengarahkan semua pelajar tingakatan 4 berkumpul untuk membahagi kelas mengikut aliran.Maka berkumpulah pelajar-pelajar itu dengan suasana yang bising.Dah macam pasar tani dah jadinya.Semua sibuk bercerita pasal cuti depa.Berulang kali Cikgu Zahari,PK Pentadbiran suruh diam tapi macam tak dak effect ja.
Sekali Dr Al-Amin masuk,semua diam tanpa guru disiplin tu cakap apa-apa.Aktiviti pembahagian kelas dijalankan.Entah macam mana si Adam ni dapat kelas aliran sains.Si Afiq pulak dapat aliran akaun dan perdagangan.Niat Adam nak tukar ke aliran sastera sebab dia rasa nak jadi penulis.Disebabkan syarat-syarat nak tukar aliran yang renyah lagi menyusahkan,maka bermulalah pengembaraannya sebagai seorang pelajar sains. Terkuburlah angan-angan nak jadi penulis kononnya.
Selesai pembahagian kelas,mereka diarahkan masuk ke kelas masing-masing. Sebaik masuk ke kelas ada la makhluk-makhluk yang berebut nak duduk tepi tingkaplah, bawah kipaslah,nak meja paling belakanglah,tepi bestfriend lah.Dah masuk form 4 tapi childish nya tetap ada.
Adam berjalan dengan tenang dan selamba ambil tempat di bawah kipas."Wuishhh mana acik,ni tempat aku.Aku aim dulu"kata Nabila kepada Adam."First comes,first serves" jawab Adam dengan selamba.Speechless,Nabila berlalu pergi dalam keadaan perasaan yang bercampur aduk.Sudah disetkan dalam mindanya bahawa Adam merupakan sasaran untuk bertikam lidah.
Kemudian,Adam melihat ke arah pintu kelas.Kelihatan seorang gadis sedang melangkah masuk ke dalam kelas. Gadis tersebut menlintasi Adam lalu memberikan senyuman yang manis kepadanya.Apa lagi,si Adam pun dah mula suka la kat gadis tadi.Adam berkenalan dengan gadis itu.Nur Shamimi namanya.Walaupun bersekolah yang sama selama ni,Adam baru mengenali Shamimi.Biasa dulu,nak tengok perempuan pun dia malu.Masuk form 4 ni pickup dia faster sikit.Malu yang dulu tu kian pudar.
Sejak hari tu,Adam mula menaruh hati kepada Shamimi.Sebulan sudah berlalu,Adam makin selesa dengan keadaan kelasnya walaupun pada mulanya dia nak tukar aliran.Dalam kelas Adam selalu duduk melepak dengan Syaf,Farah dan Nabila.Bukannya dia tak dak member laki dalam kelas tapi entah la macam mana penulis pun susah nak describes,dia memang rapat dengan depa ni.Syaf dan Farah dah fall in love with someone.So,Adam ni tempat depa cerita perihal masing-masing.Kononnya Adam ni Dr Cinta la.
"Wei Adam,pasai laki ni misteri sangat?"antara soalan yang sering diajukan kepada Adam.Adakala nasihatnya efektif adakala langsung tak leh pakai.Apabila dengan Nabila pulak,Adam sering bertikam lidah dengannya.Hal yang remeh dibesarkan.Kadang depa sendiri tak tau sebab apa depa gaduh.Memang macam anjing dan kucing.Tapi disebabkan itulah persahabatan mereka bertambah erat.
Tak siapa tahu yang Adam menaruh hati kepada Shamimi.Dia tak pernah bagitau sesiapa.Adam cuba untuk mendekatkan dirinya dengan Shamimi.First love lah katakan.Mula lah dia minta id wechat dengan nombor telefon bagai.Nak mengayatlah katakan.Fokusnya terhadap pelajaran makin goyah dek kerana angau sorang diri.
Tetapi dia masih sedar yang pelajaran penting baginya kerana tidak mahu menghampakan kedua-dua ibu bapanya.Hari demi hari,hubungan Adam dengan Shamimi bertambah rapat.
YOU ARE READING
Nikah Gantung
RomanceMengisahkan Adam yang gemar bermain dengan cinta.Dia menyukai seorang gadis namun dikaitkan dengan begitu ramai skandal. Sedang dia menikmati usia mudanya dan zaman 'kegemilangannya',satu insiden telah berlaku dalam hidupnya.Tragedi tersebut benar b...