Setiap kali hujung minggu,Adam akan mengajak Shamimi keluar untuk mengajarnya Addmath.Seperti biasa ini merupakan taktik Adam untuk menawan hati Shamimi.Ada udang disebalik batu.Diam-diam besi berkarat,diam-diam ubi berisi.Permainan Adam yang licik.Shamimi juga bersetuju untuk menolong Adam.Walaupun dia tidak mengetahui agenda sebenar Adam.
Mereka sering menjadikan Mary Brown Restaurant sebagai tempat untuk mereka mengulang kaji. Sambil makan sambil belajar.Lagi banyak struggle lagi banyak makan.Lumrah pelajar. Makanan dan pelajar berpisah tiada.Seperti kebiasaan,Adam akan sampai terlebih dahulu.Biasalah nak tunjuk gentle lah katakan dan strateginya itu secara tidak disangka sangka menjadi.Shamimi sering memuji sikap Adam yang sering datang awal setiap kali mereka keluar.
Sementara menunggu Shamimi,Adam menyambungkan headfonenya ke sebuah telefon pintar berjenema Samsung miliknya.Untuk menghilangkan rasa bosan, dia pun memainkan koleksi lagu jiwang yang terdapat di dalam telefonnya.Secara automatiknya dia menyanyi seorang diri.
"Engkaulah sekuntum bunga sakura,
Mekarmu di tempat indah dan dingin,
Dan aku bagaikan padang pasir di gurun sahara."Lagu Sekuntum Bunga Sakura Di Gurun Sahara yang nyanyian asal oleh kumpulan Mega kini dinyanyikan oleh Adam.Tiba-tiba bermain di fikirannya mengapa dia tidak menjadi seorang penyanyi.Suaranya yang bergandingan dengan audio kumpulan Mega kedengaran sangat merdu.Disebabkan ingin mendapatkan kepastian,Adam pun membuka headfonenya dan menyanyikan bahagian chorus lagu itu.
Kini Adam mendapati suaranya tidak seperti mana ketika dia memakai headfone tadi.Dia juga telah mendapatkan jawapan sebab sebab dia tidak menjadi seorang penyanyi.Dia menyarung semula headfone tersebut.Dia menoleh ke kiri dan ke kanan,kelibat Shamimi masih tidak kelihatan.Adam memainkan semula lagu jiwangnya.
"Berkurun lama kurahsiakan,
Cintaku padamu,
Hanya kerna kau ratu laksana di singgahsana,
Di tasikkk......."Nyanyiannya terhenti secara tiba-tiba.Dia berasakan seperti ada seseorang di belakangnya.Dia mengambil keputusan untuk menoleh ke belakang.Kelihatan seorang gadis yang mengenakan dress labuh berwarna hitam di belakangnya.Gadis itu kelihatan sungguh anggun .Orang yang dia tunggu sejak tadi muncul jua. Shamimi sengaja tidak memberitahu bahawa dia telah sampai dan hanya berdiri di belakang Adam.
"Asal tak cakap yang hang dah sampai??Menyorok belakang aku asal?"Adam bersuara kerana malu nyanyiannya didengari Shamimi.Tidak sempat Adam menghabiskan lagu nyanyian kumpulan Exist ketika vokalisnya Mamat masih kecil.
"Ala saja ahh.Hehehe sedap.Dapat juga aku dengar hang nyanyi.Sorry lambat.By the way,lama dah ka tunggu?"
Shamimi memuji Adam ketika dia sengaja berdiri di belakang Adam sebaik saja sampai di restaurant yang mereka janjikan."It okay.Aku pun baru ja sampai.Lebih kurang sepuluh minit sudah."balas Adam sambil kehairanan.Dia hairan kerana Shamimi memuji suaranya ketika dia sedang menyanyi seorang diri tadi.Sebenarnya suara Adam ni sedap.Tapi baginya,semua tentang dirinya tak cukup bagus.Lack of self confidence.
Shamimi duduk berhadapan dengan Adam lalu mengeluarkan sebuah buku dan pencil casenya yang sebesar handbag.Entah apa yang diletaknya di dalam pencil case itu.Pelbagai jenis warna pen,highlighter dan macam macam lagi.Dah boleh buka koop kecil kecilan kalau ikutkan cara.Adam ketawa melihat pencil case Shamimi apabila dibandingkan dengan pencil casenya.Jauh berbeza.Shamimi yang mula rasa annoyed dengan Adam mula menyuarakan rasa tak puas hatinya.
YOU ARE READING
Nikah Gantung
RomanceMengisahkan Adam yang gemar bermain dengan cinta.Dia menyukai seorang gadis namun dikaitkan dengan begitu ramai skandal. Sedang dia menikmati usia mudanya dan zaman 'kegemilangannya',satu insiden telah berlaku dalam hidupnya.Tragedi tersebut benar b...