Mereka bersurai dan balik ke tempat masing-masing.Aktiviti pembelajaran diteruskan seperti biasa.Ketika Adam dan rakan sekelasnya sedang leka belajar mata pelajaran yang paling kritikal dalam kalangan pelajar iaitu mata pelajaran Addmath,tiba-tiba PK HEM mengetuk pintu kelas.Mata yang tadinya menumpukan formula di papan putih kini beralih ke arah PK HEM.
Beliau masuk lalu berbincang dengan guru yang sedang mengajar tadi.Entah apa yang dibincangkan oleh mereka.Tak siapa tahu.Kemudian,beliau berlalu pergi dengan sehelai dokumen yang dipegangnya sejak tadi.Cikgu Haris juga tidak berkata apa-apa dan meneruskan pembelajaran.Timbul tanda tanya dalam diri setiap pelajar di dalam kelas tersebut.Jarang-jarang sekali PK HEM memasuki kelas mereka.
Tak sampai 10 minit, PK HEM kembali semula ke kelas Adam.Adam cuba menjenguk keluar untuk menghilangkan tanda tanya yang bermain di fikirannya."Weyyy,Adam. Apa yang hang nampak? " tanya Rezza yang duduk bersebelahan dengan Adam. "Entah.PK HEM tengah bagi borang kat Cikgu Haris.Ehhh jap"jawab Adam yang terjenguk jenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku di luar kelasnya.Memang Adam mempunyai curiosity yang tinggi.
"Ehh jap apa???Apa yang hang nampak?Bagitaulah jangan macam ni" tanya Rezza lagi."Aku rasakan ada budak baru lah nak masuk kelas kita sebab ada orang tengah berdiri sebalik pintu tu" balas Adam yang tidak lagi menjenguk keluar dan mengalihkan pandangannya ke arah Rezza.
Tiba-tiba,Cikgu Haris masuk semula ke dalam kelas dan kelihatan seperti seorang pelajar baru menyusulinya.Cikgu Haris memperkenalkan pelajar tersebut kepada semua pelajar di dalam kelasnya
"Ehhhh,aku macam kenal deni. Dia macam budak yang tinggal kat kawasan rumah aku ja. Diam jelah.Satgi kalau silap memang kena bahan dengan Rezza nih " Adam bermonolog seorang diri setelah melihat wajah pelajar baru yang kelihatan seperti seseorang yang tinggal di kawasan rumahnya.
"Weyy Adammm.Lawa kod budak baru.Aku dah cair ni Adam.Hahaha,aku suka ahh kat budak baru ni" reaksi Rezza setelah melihat wajah pelajar perempuan yang baru masuk ke kelasnya sebentar tadi.Ayu,cantik dan lemah lembut.
"Adam!!!Rezza!!!Kamu tolong ambilkan meja dan kerusi untuk kawan baru kamu boleh???Tolong jap boleh?" ujar Cikgu Haris yang berasakan seperti kedua-dua orang pelajar itu seakan-akan sangat tertarik dengan rakan kelas baru mereka.
"All right sir!No problem! Kami mesti tolong punyaaa.Dia kan kawan baru kami.Setakat angkat meja dengan kerusi tu hal kecik ja sir.Jommm Adam tolong aku" Rezza yang kelihatan terlalu bersemangat untuk membantu.Dia membawa Adam bersamanya lalu mereka berdua pun keluar dari kelas tersebut.
******************************
"Weyyy Adam pilih meja elok-elok sikit kat dia." Rezza bersuara sebaik saja mereka memasuki bilik stor yang sememangnya jauh dari kelas mereka."Hang suka dia ka bro?Sampai nak cari meja yang elok-elok bagai?Hang jangan wey.Dia baru ja masuk kelas kita.Nama dia pun hang taktau lagi kodd.Takkan dah suka bagai.Relax dulu Rezza."ujar Adam sambil mencarikan meja seperti Rezza pinta.
"Hahaha,yup memang aku dah suka dia.Ala satgi kita berkenalanlah wey.Come on la benda senang jangan bagi jadi complicated. " balas Rezza sambil ketawa riang.Adam hanya berdiam diri namun dia bermonolog seorang."Sekarang hang gelaklah bro.Dia tu lawa.Tak lama lagi jadi budak hot la kat sekolah nihhh.Member kat kawasan rumah aku pun dok try dia.Takpa aku nak tengok jauh mana hang boleh pi Rezza".
Setelah menjumpai meja dan kerusi yang elok, dua orang sahabat itu pun bertungkus lumus mengusung meja ke kelas mereka. Mereka terpaksa mendaki tangga untuk ke tingkat 3 di mana terletaknya kelas mereka.Biasalah sekolahkan mana ada lif mahupun escalator.Redah tangga jelahhh jawabnya.Setelah separuh mati berhempas pulas, akhirnya mereka berdua berjaya sampai di tingkat 3.Nak tunjuk macho lah kononnya.Kelaut semuanya.
YOU ARE READING
Nikah Gantung
RomanceMengisahkan Adam yang gemar bermain dengan cinta.Dia menyukai seorang gadis namun dikaitkan dengan begitu ramai skandal. Sedang dia menikmati usia mudanya dan zaman 'kegemilangannya',satu insiden telah berlaku dalam hidupnya.Tragedi tersebut benar b...