Hari demi hari hubungan Adam dengan Shamimi bertambah erat.
Kadang-kadang Adam sering duduk belajar dengan Shamimi.Dalam erti kata lain study grouplah supaya orang lain tak sedar yang dia cuba mendekati Shamimi."Wey,Sha tolong aku jap.Aku memang tak paham gila dengan addmath ni" kata Adam kepada Shamimi.Sudahlah tak paham,gila pula dibuatnya si Adam untuk menjawab soalan Addmath."Tak paham gila?Hang tak paham ka hang gila nihhh?" Jawab Shamimi dengan selamba sambil ketawa manis walaupun dia tahu 'tak paham gila' yang Adam maksudkan adalah tak paham langsung.Biasalah orang utara lah katakan.Bahasa kalau orang dengar memang kasar tapi orang-orangnya manis belaka.
"Lerrr hang ni kan...Tolonglah aku jap.Nanti aku belanja hang okay?"balas Adam.Apalagi Shamimi pon,dengar ja orang nak belanja dia terus menutup buku Physics nya dan beralih ke arah Adam."Haa,janji ahh belanja aku japgi.Meh,sini nak ajar benda yang hang tak paham gila tu.But first,promise ehh?" kata Shamimi kepada Adam sambil mengukir senyuman."Ya Allah, manisnya.Tabahkan imanku ya Allah"bisik hati Adam yang cair melihat senyuman Shamimi yang manis mengalahkan gula.
"Hello??Adam??Adam are you still here?"soal Shamimi yang menyedari fikiran Adam telah melayang jauh dari dirinya."Yes yes,I promise.Takkan lupa punyalah.Now,ajar aku addmath please"kata Adam.
"Alright,thanks Adam.Shall we start?"ujar Shamimi yang mula memegang pensil di tangannya.Setiap penerangan Shamimi didengar dan diamati dengan teliti.Setelah selesai menunjukkan langkah-langkah untuk menjawab soalan tadi,Shamimi menyuruh Adam menjawab soalan tersebut.
Dengan pantas Adam menyambar kalkulator berdekatannya kerana terlalu bersemangat untuk menjawab soalan yang dia tak paham gila tadi.Shamimi merenung Adam dengan tajam.Memerhatikan sama ada jalan kira yang Adam tulis itu betul.Setelah 2 minit berlalu,Adam bersuara "Hmm,Sha aku rasa dah siap ni.Cuba hang check.Rasa macam silap tapi hang check lah".Shamimi mengambil buku tersebut lalu menyemak jawapan Adam.
Mata memandang tajam pada jalan kira Adam yang panjang lebar."Hmmm,betul lah ni.Tapi jalan kira hang skip banyak.Senang hilang markah tahu?Tulis jalan kira boleh dapat markah tau tak?Tapi ok lah. Jawapan betul.Sekali ajar ja dah dapat catch up.Hang ni kan Adam satu ja aku nak marah,hang ni malas sangat.Soalan hang boleh jawab tapi hang malas. Rajinlah sikit ok?Exam dah dekat dah ni."ulas Shamimi dengan panjang lebar.Setiap kata-katanya menjadi inspirasi kepada Adam.Adam berazam untuk membuang sikap malasnya.Dia berasakan dirinya lebih bermotivasi dari biasa.Mana tak nya,orang yang dia suka berkata sedemikian.Semangat nya untuk belajar tiba-tiba berkobar.
"Ehem ehem,nak bercinta pun nak pakai kalkulator aku ka?"Farah mencelah sambil tersenyum sinis secara tiba-tiba.Kata-katanya itu membuatkan Adam dan Shamimi masing-masing tertunduk malu.Disebabkan keadaan menjadi sangat awkward,Adam mengundur diri."Sha,thanks sebab ajar aku and kata semangat tadi very motivating me.Aku belanja hang roti jelah ehh?Sebab selalu pun aku nampak hang makan roti ja."Adam berkata ketika dia ingin pergi."My pleasure,Adam.Motivated? Ada ciri-ciri pakar motivasikan aku ni?Okay roti ja aku nak.Thank sebab belanja" balas Shamimi."No problem.Style tu dah ada dah.Hahaha"lalu Adam pergi sambil tersenyum seorang diri.
Farah yang dari tadi tercegat di situ hanya memerhatikan mereka berdua.Dia langsung tidak dilayan ketika Adam dan Shamimi sedang berbual.Setelah Adam pergi,Farah duduk bersebelahan Shamimi."Amboi bercinta sampai buat tak tau kat aku.Aipp aipp Shamimi.Hahaha.Since when ni?"kata kata Farah membuat Shamimi blushing."Biarlah nak bercinta ka apa ka.Jealous ka Farah?Aku ajar dia ja lah.Bolehkan?Nahhh ambik balik kalkulator hang ni.Orang nak pakai kejap pon takleh."Shamimi membalas dengan nada seperti marah tetapi tersenyum.Jangan tanya marah tapi senyum tu macam mana sebab penulis juga tak tahu nak describe.
"Alalala,marahkah?Hahaha aku melawak ja Sha.Aku tak kisah pon pasai kalkulator tu.Saja ja aku nak kacau hampa dua.Aikkk jawab macam suka ja?Sha?"soalan cepumas ditujukan kepada Shamimi.Terdiam seketika."Jom ikut aku gi koop.Aku nak beli pen."lalu Shamimi menarik tangan Farah untuk menemaninya ke koop.Dia berjaya melarikan diri daripada soalan cepumas tadi dengan mengajak Farah ke koop.
******************************
Adam turun ke kantin dan beratur membeli nasi lemak.
Kemudian,dia duduk semeja dengan Afiq,Hazim,Akmal,Rezza dan Amir.Mereka semua sedang menjamu selera kecuali Adam yang agak lambat turun rehat disebabkan belajar dengan Shamimi tadi.Adam hanya meletakkan makanan dan minuman di antara Afiq dan Akmal,lalu dia kembali ke arah makcik kantin untuk membeli roti.Dia kembali semula ke meja dan menjamu selera."Huishhh,nasi,air dengan roti?Tak pernah aku tengok hang makan banyak macam ni.Habiskah?Kalau tak habis,roti tu bagi aku"ujar Afiq yang sememangnya kaki makan.Selamba ja dia minta sedangkan nasi dalam pinggannya pun belum habis."Biarlah aku nak makan banyak manapun.Duit aku kan?Roti tu orang pesan.Hang nak pi beli sendiri"jawab Adam yang menjauhkan sedikit roti itu daripada Afiq."Entah hang ni pon Afiq.Duit dia kan?Suka hati dia lah.Hang tu jangan tamak.Nasi dalam pinggan pon tak abis lagi."Akmal mencelah.
Kata-katanya menikam Afiq bertalu-talu menyebabkan Afiq terdiam dan hanya mampu mengunyah makanan dalam mulutnya.Adam dan yang lain hanya ketawa.Rezza ketawa hingga mengalirkan air mata.Dia memang suka tengok orang kena sound sampai terdiam.Namun,itu perkara biasa pada mereka kerana telah lama berkawan.Akmal kemudiannya berkata"Alaa rilek lah.Buat macam tak biasa kena sound dengan aku.Sory la wey."
Afiq hanya mengangguk.Dia sudah biasa dengan perkara itu.Tak disimpan sikit pun dalam hatinya.
Afiq kemudiannya menunggu Adam sehingga Adam selesai makan.Inilah yang dinamakan sahabat.Walaupun Afiq habis lebih awal namun dia tetap menunggu Adam.Kemudian,mereka bergerak ke arah sinki.Afiq mengingatkan Adam agar menunggunya di pintu belakang sekolah untuk sama-sama berjalan ke bus stop.Adam hanya mengangguk lalu mereka berpecah disebabkan belajar di blok yang berasingan.Adam kembali ke meja untuk mengambil roti yang ditinggalkan kepada Akmal dan Hazim.Setelah mengambil roti tersebut,dia menuju ke kelasnya.Masa rehat Adam masih berbaki 5 minit.Dia meletakkan roti yang dibelinya dia atas meja Shamimi lalu bertandang ke meja Syaf. Masa rehatnya sering dipenuhi dengan aktiviti bersembang dengan kawan-kawannya.
Adam menuju ke arah belakang kerusi Syaf dan Syaf langsung tidak menyedari gerak gerinya kerana terlalu asyik menyiapkan kerjanya.Adam yang agak nakal bertindak menarik sikit kerusi Syaf.Niatnya bukanlah untuk menjatuhkan Syaf tetapi sekadar membuat Syaf terkejut."Adammm!!!Hang ni kan.Kalau aku jatuh macam mana?Haishhh.Bukannya nak bagi salam.Terkejut aku tau tak?"leter Syaf yang sememangnya terkejut dengan tindakan Adam.
Adam memberi salam lalu duduk berhadapan dengan Syaf."Adam beli roti nampak?Untuk dia ja aku takdak ka?Hang memanglah kan.Mana nak ingat aku semua?"kata Syaf yang ternampak Adam meletakkan roti atas meja Shamimi."Alaa,aku beli sebab dah janji nak belanja dia.Dia dah ajar aku tadi.Untuk hang aku tak belilah.Kalau ingat kat hang lebih-lebih satgi ada orang marah pulak"balas Adam sambil menyindir halus Syaf."Cisss,kurang hajor kau,Adam.Kalau ya pon takyah la sebut. Haishhhh seganlah aku"balas Syaf.
Perbualan mereka terhenti seketika apabila Shamimi memanggil Adam lalu berterima kasih kerana telah membelanjannya.Adam hanya tersenyum sahaja.Loceng tamat rehat kedengaran.Mereka bersurai dan balik ke tempat masing-masing.
YOU ARE READING
Nikah Gantung
RomanceMengisahkan Adam yang gemar bermain dengan cinta.Dia menyukai seorang gadis namun dikaitkan dengan begitu ramai skandal. Sedang dia menikmati usia mudanya dan zaman 'kegemilangannya',satu insiden telah berlaku dalam hidupnya.Tragedi tersebut benar b...