Chapter 15

559 38 9
                                    

---------------------

[Aeri POV]

"Minji.."

Aku memegang pergelangan tangan Minji. Secara automatiknya , langkah sahabat baikku itu terhenti. Perlahan lahan dia menoleh kepalanya ke belakang dengan wajah kosong.

"Minji..aku merayu. Jangan percayakan Jungkook." Pujukku sambil menggelengkan kepala. Aku cuba menghalang niatnya yg mahu menjadi teman hidup lelaki itu. Minji mengerutkan dahinya.

"Kenapa? Kau masih tak puas hati?" Soal Minji sambil memandang tepat ke anak mataku. Aku mengenggam kedua dua belah tangannya lembut. Walau apapun yg terjadi , aku mesti cuba menghalang.
"Percayalah pada aku.. Jungkook bukan lelaki yg terbaik untuk kau.." Bersungguh sungguh aku cuba merayu dan memujuknya. Minji menarik semula tangannya yg berada dalam genggamanku.

"Jahat sangat ke Jungkook tu sampai kau nak halang hubungan aku dengan dia?!" Minji mulai marah dan aku sedar tentang itu.Aku terdiam seketika. Dia tak pernah marah aku sebelum ni.

Aeri : Tak , Minji..bukan macam tu. Cuba kau bayangkan , macam mana reaksi Jungkook bila tahu kau pernah kena sentuh dengan lelaki lain? Tentu dia tak boleh terima kenyataan , Minji.

Minji : itu semua perkara lepas , Aeri. Jangan ungkit pasal tu lagi!

Aeri : aku taknak kau diapa apakan atau diperbodohkan namja tu. Itulah sebab aku larang kau berkahwin dengan dia! Aku kenal siapa dia yg sebenarnya. Dia bukan orang yg baik.

Minji : Aeri , aku berhak bahagia. Jangan nak ajar aku lah! Aku tahu apa yg aku buat. Dan aku takkan menyesal.

Aeri : kau mesti akan menyesal.

Minji : takkan. Jungkook dah gadaikan nyawa dia untuk aku. Dan aku akan balas balik jasa baik dia tu.

Aeri : habis tu , Suho? Kau nak letak mana?! Kau tahu kan yg selama ni , dia bersusah payah tolong kau besarkan Heeju. Dan Heeju dahpun anggap Suho macam appa dia sendiri. Dia bagi kau kerja. Tak boleh ke kau bagi peluang pada dia?!

Minji : aku tak cintakan dia. kenapa kau nak sangat aku kahwin dengan abang kau tu?!

Aeri : sebab kau yg terbaik untuk dia!! Aku tak sangka , Minji. Kau dengar kata2 yg kononnya manis dari namja tu berbanding dari dengar nasihat aku ni. Cinta memang dah butakan kau.

Minji terdiam seketika. Dadanya turun naik , menahan marah yg membuak buak dalam diri. Sah , kemarahan sudah bermaharajalela dalam hatinya. Aku memang tak faham. Dia percayakan cinta?

Minji : Aeri..aku benci nak cakap benda ni. Tapi biarlah mulai sekarang , kita berhenti jadi kawan.

Aeri : mwo?!

Minji : aku nak ucap terima kasih sangat2 atas segala layanan baik yg kau dan Suho beri. Jemputlah datang majlis perkawinan aku dengan Jungkook nanti.

Minji mengakhiri kata2 nya lalu berjalan meninggalkan aku di belakang. Dia membawa sebuah beg pakaian di tangan. Minji melangkah masuk ke dalam perut kereta.

Aku terduduk di atas anak tangga sambil meraup kasar wajahku. Heeju yg duduk di dalam perut kereta itu memandangku yg sedang mengalirkan air mata dengan wajah sayunya.

Kereta itu mula bergerak meninggalkan perkarangan rumah mewah itu. Heeju melambai lambaikan tangan kecilnya padaku. Aku tersenyum pahit. Kenapalah susah sangat kau nak percayakan aku , Minji?

----------------------

[Author POV]

"Jungkook , awak tak kesah ke kalau saya tinggal sini??" Tanya Minji dengan raut wajah ingin tahunya. Heeju memandang Minji dan Jungkook silih berganti tanpa bersuara.

Mata anak kecil Minji itu kemudiannya memandang ke seluruh sudut rumah Jungkook yg agak besar dan tidak jauh bezanya dengan rumah keluarga Minji.

"Apa salahnya?? Kita kan dah bertunang." Ujar Jungkook sambil tersenyum manis. Minji segera mengalihkan pandangannya ke arah lain setelah wajahnya terasa hangat akibat malu.

"Errmm , omma..kenapa kita kat rumah ssaem??" Tanya Heeju yg dari tadi mendiamkan diri di sisi ibunya itu. Jungkook duduk mencangkung dihadapan Heeju.

"Tak lama lagi , Heeju ada appa baru.." Jungkook tersenyum manis. Heeju menyengetkan kepalanya dengan raut wajah keliru. "Siapa?" Heeju masih belum mengerti apa yg dimaksudkan Jungkook.

"Ss..saem..jadi..appa..Hee.." Heeju mula menangkap satu2 maksud apa yg dikatakan Jungkook tadi. Senyuman menawan Jungkook masih tidak lekang dari bibirnya. Heeju ternganga.

"Jadi..nanti Heeju kena panggil ssaem 'appa' lah ye?!" Soal Heeju penuh teruja. Jungkook mengangguk , mengiakan apa yg dikatakan anak kecil itu. Heeju menjerit girang. Dia mula terkinja kinja ke sana dan ke sini.

Minji hanya menggeleng. "Sayang..pergi tidur dulu..dah lewat dah ni.." Heeju mengangguk lalu berlari ke tangga. Dia terlupa sesuatu. "Mana satu bilik Heeju?" Soal Heeju dari tempat dia berdiri.

"Bilik yg paling dekat dengan tangga tu." Jawab Jungkook. Heeju mengangguk lalu terus memanjat tangga ke tingkat atas. Jungkook memandang wajah Minji.

Minji menjilat dua ulas bibirnya yg kering. Perbuatannya itu jelas menarik perhatian Jungkook. Namja itu terus menolak Minji ke dinding. Sebelah tangannya memagari tubuh kecil gadis itu.

Minji memandang wajah Jungkook dengan matanya yg terbuka luas. Jungkook tersenyum nakal. Minji menekan liurnya. Minji hanya diam. Dia tidak menghalang mahupun melawan Jungkook.

Namja itu menghimpit lagi tubuh Minji. Dia mencium leher Minji yg wangi. Nafas hangat Jungkook dapat dirasakan. Minji mulai takut walaupun Jungkook melakukannya dengan penuh tenang.

"Tentu awak dah ada pengalaman , kan?" Soal Jungkook sambil merenung tepat ke dalam mata gadis idamannya itu. Suaranya begitu menggoda bagi Minji.

"Ahh..Jungkook.." Minji seperti takut2 untuk bersuara.

"Apa tadi??" Jungkook tersenyum nakal. Bawah bibirnya digigit gigit menunjukkan bahawa nafsu lelakinya sedang membuak buak ketika itu.

"Ss..saya nak pergi tengok Heeju kejap." Badan Jungkook ditolak lembut. Minji mula berlari anak memanjat tangga ke tingkat atas. Jungkook tersenyum.

"Haih , Minji..tu baru sikit..belum buat apa2 lagi.." Jungkook tersenyum , seronok dapat mengusik gadis itu.

~TBC~

NajihaAnuar b2xties__ syasya_army

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 06, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

I Need PainkillerWhere stories live. Discover now