Chapter 13

329 34 0
                                    

-------------------

[Minji POV]

"Ahh..ss..sakit.."

Jungkook mengerang kesakitan. Dia memejamkan matanya seketika , dengan harapan agar kesakitannya itu berkurangan. Dia tahu perkara itu agak mustahil. Dia hanya mahu mencuba.

Namun jangkaannya meleset sama sekali. Aku menyeluk poket seluar dan terus mengeluarkan telefonku. Lincah hujung jariku bergerak menekan butang2 nombor yg tersusun di skrin telefon.

Air mataku keluar melimpah limpah membasahi pipi ketika itu. Sungguh aku risau akan kehilangan Jungkook. Aku sayang dia , aku cinta dia , sama seperti Taehyung. Takkanlah semua orang yg aku sayang mesti pergi?

Setelah aku mendail nombor tadi , aku terus menekan punat hijau. "Tolong..ada orang cedera..taman Lake Garden..palli , jebal.." aku terus memberitahu alamat di mana kami berada sejurus sahaja selepas panggilan yg dibuat tadi dijawab.

Panggilan itu diputuskan serta merta. Aku meletakkan telefon pemberian Suho tadi di tepi dan langsung tidak menghiraukannya. Aku kembali pada Jungkook.

Kepala Jungkook diangkat sedikit lalu diletakkan di atas pahaku. Jelas terpancar pada wajah Jungkook , dia seperti sedang bertarung nyawa menentang rasa sakit yg teramat.

Aku tak pernah rasai bagaimana kesakitan sebenar itu. Tapi aku amat yakin yg ia memang memeritkan. Aku memegang luka di pinggang Jungkook. Tanganku diangkat semula lalu dilihat.

Aku terbayang bayang darah yg mengalir di lantai semasa Taehyung ditikam dahulu. Aku trauma terhadap darah sejak hari itu. Aku kembali ke dunia nyata. Jungkook sudah kehilangan banyak darah.

Hujan mula membasahi bumi semula. Mula2 hanya gerimis. Hujan kini kian lebat sedikit. Aku hanya duduk di situ tanpa bergerak ke mana2. Aku tak sanggup tinggalkan namja itu walau sesaat.

Seluruh badanku sudah basah lencun dengan air hujan. Begitu juga dengan Jungkook. Namja itu melindungi lukanya dari terkena air. Namun dia tidak bernasib baik ketika air hujan mengenai lukanya.

Jungkook semakin lemah ketika itu. Tiada kudrat lagi untuk bertahan. Aku menjerit jerit meminta tolong. Namun tiada seorang manusia pun yg mendengar. Oh tuhan , selamatkanlah lelaki yg aku cintai ini.

Aku tidak sanggup kehilangan seorang lagi manusia yg aku sayang. Cukuplah Taehyung seorang yg meninggalkan aku.

Ketika aku sedang menangis di situ , mataku terpandang susuk tubuh Taehyung yg sedang berdiri tidak jauh dari situ sambil memerhatikan kami berdua. Aku tak pasti sama ada aku sedang berhalusinasi atau apa. Tapi.....

Wajahnya ketat , tidak langsung tersenyum seperti dulu.

Wajah yg dahulunya berseri seri itu turut pucat. Adakah kerana dia sudah mati? Aku sendiri tidak pasti. "Oppa!!oppa!!" Aku menangis nangis meminta tolong.

Aku berharap sangat Taehyung dapat membantuku menyelamatkan Jungkook . Tapi bukankah itu memang mustahil?

Taehyung hanya diam.

Anak mata Taehyung beralih pada sahabat baiknya , Jungkook yg sedang terbaring lemah di atas tanah menahan kesakitan. Dia memandang wajahku semula dengan wajah ketatnya.

Bayang2 Taehyung hilang dari pandanganku.

Kepala Jungkook tiba2 jatuh dari ribaku. Matanya terpejam , membuatku panik dan takut yg teramat. "Jungkook?? Jungkook , ireonna!!" Aku menggoncang tubuhnya kencang.

Jungkook langsung tidak memberi sebarang respon. Semakin galaklah aku menangis di situ. Aku menjerit jerit seperti orang gila , tapi langsung tiada gunanya.

[SKIP]

Aku memegang lembut tangan Jungkook yg hangat dengan kedua dua belah tangan. Tangannya dicium. Air mataku jatuh berlinangan di atas tangannya itu. "Jungkook..ireonna.." rayuku padanya , penuh harapan agar dia sedar semula.

"Dia mengalami pendarahan agak serius. Luka pesakit yg dalam itu pun dah dibersihkan. Buat masa ni , dia masih belum sedar dan perlukan banyak rehat."

Kata2 doktor wanita tadi kembali di kotak fikiranku dan asyik mengiang ngiang di gegendang telingaku ini seolah olah pita rakaman yg kembali berulang.

Aku mengeluh panjang. Air mataku yg bersisa di pipi cuba dikesat. Namun entah mengapa , susah benar untuk aku berhenti menangis. Aku sendiri tidak faham situasi yg berlaku sekarang.

'Orang yg tikam Jungkook ni ada kaitan dengan dalang sebenar yg bunuh Taehyung?' Aku mula membuat andaian sendiri mengenai kedua dua perkara yg hampir serupa itu.

'Aku masih ingat lagi rupa lelaki yg sentuh aku tu. Tapi aku tak pernah pun kenal dia. Jadi , kenapa dia begitu berdendam dengan aku sampai sanggup hilangkan kesucian aku ni?' Aku bertanya kepada diriku sendiri.

'Mukanya mirip Jungkook. Adakah ia hanya kebetulan atau memang benar? Tak mungkinlah Jungkook...orang tu?' Entah mengapa , hati aku mengatakan bahawa Jungkook lah dalang berlakunya semua ni.

Tapi agak pelik juga. Tak mungkin Jungkook sanggup mencederakan dirinya sendiri? Atau dia hanya kecewa aku tidak menerima lamarannya tadi? 'Tak..dalang tu bukannya dia..' bisikku perlahan.

Jari jemari Jungkook mula bergerak perlahan lahan. Mataku beralih pada tubuhnya yg terlantar di atas katil itu. "Jungkook?" Aku tersenyum lega. Sekali lagi , air mataku gugur.

Nafas Jungkook menjadi tidak teratur dan sepertinya sesak. Dadanya turun naik mengatur nafas. Aku dengan serta merta menjadi panik. Butang merah di sisi katil ditekan beberapa kali.

Kulihat mesin degupan jantung yg terpacak di sisi katil Jungkook. Garisan yg terpapar di mesin itu hampir membentuk satu garisan lurus. Dengupan jantungnya sangat lemah ketika itu.

Sekali lagi , aku menekan butang kecemasan. Air mataku merembes keluar. "Jungkook , ireonna.." Aku menangis sekali lagi. Entah bila aku boleh berhenti mengalirkan air mata? Tidak lama lagi , mungkin?

'Jalga..Minji..ss..saranghae.' Air mata kelakian Jungkook jatuh berlinangan pada pipinya.

"tutt....tutt....tutt..."

[Sementara itu]

"Macam mana? Kau dapat cederakan dia?" Soal lelaki yg sedang menghadap ke luar tingkap bangunan syarikatnya itu. Hujan gerimis masih lagi tidak berhenti.

Dia memusingkan badan ke belakang , menghadap seorang lagi lelaki yg merupakan orang suruhannya. Wajahnya kelihatan serius sahaja.

"Ss..saya..tersalah tikam." Tersekat sekat orang suruhannya itu menjawab. Lelaki tadi mengetuk meja dengan kuat , menyebabkan orang suruhannya itu agak terperanjat.

"Macam mana kau boleh salah tikam?! Susah sangat ke nak tikam perempuan lemah dan bodoh macam tu?!" Tengking lelaki itu dengan raut wajah marah. Orang suruhannya hanya diam dan tertunduk memandang lantai.

"Ada orang yg ganggu , tuan." Lelaki yg sudah lama berkerja sebagai orang suruhan pewaris syarikat itu cuba memberi alasan. Anak sulung keluarga Jeon itu memandangnya dengan jelingan tajam.

"Jungkook lagi?" Soalnya pada lelaki tadi sambil menyilangkan tangan di dadanya. Namja tadi mengangguk bersungguh sungguh mengiakan pertanyaan CEO syarikat itu.

'Cis , tak guna betul Jungkook..jagalah kau Han Minji!!' Lelaki itu mula berang dan mengetuk meja itu dengan fail kerjanya. Otaknya ligat berfikir bagaimana mahu melenyapkan gadis itu dari muka bumi.

~TBC~

b2xties__ syasya_army

I Need PainkillerWhere stories live. Discover now