Hall 1

279 15 0
                                    

Blub...Blub!

Bunyi Buih air kedengaran,sangat gelap disini,namun aku dapat rasakan aku berada di dalam air!Saat aku dalam kegelapan ini,aku terbayangkan pula Type Fire yang meletup di hadapan mata ku.Rahimi....dia dah....Mati?Tak guna!

Ye,aku dalam air!Badan aku terapung,tapi kenapa aku tak nampak apa-apa?Oh,aku sedang tutup mata...Patutlah.Lalu aku buka mata aku.Agak terperanjat,aku dalam air!Aku terus terkapai-kapai dan bangun!

"HAAHH!"Aku keluarkan kepala dahulu lalu menghirup udara!Kemudian aku bernafas seperti biasa.Badan ku basah kuyup!Rupa-rupanya aku ada dalam bekas air.Tapi pelik,bagaimana aku bernafas?

Cetek sahaja bekas ni,aku angkat kepala sahaja sudah dapat capai udara.Namun sekeliling ku kosong dan samar-samar ditelan kegelapan. Aku toleh kiri dan kanan...Bukan ke aku patutnya berada dalam Type Fang?

Aku keluar dari tab air itu,baju sekolah ku masih lagi tidak ditanggalkan.Aku berjalan perlahan-lahan untuk keluar.

Aku keluar dari bilik gelap itu,di luar bilik ini ada penghawa dingin,agak sejuk sebab badan ku basah kuyup!Kulitku juga agak pucat,patutnya Kulit ku agak gelap,apa dah jadi?

Aku berjalan perlahan-lahan,tiba-tiba tempat ini bergegar!Aku terjatuh dan tersandar pada dinding!

"Apa dah berlaku"Aku soal diri sendiri.Tak jauh dari ku,terdapat speaker yang berbunyi...."Eirian menyerang...Eirian menyerang.Semua bersedia!"

Eirian?Ada Eirian!Aku kena pergi naik Dester aku!Tapi macam mana?Mana Robot tu berada ?Tempat aku berada sekarang ni aku yakin ianya ialah markas Eratron,tapi selok beloknya jauh berbeza!Jadi aku terus berlari dengan hanya gunakan naluri aku.

Aku sampai kesebuah tempat yang terdapat tingkap kaca besar yang memaparkan pemandangn di langit biru.Di sini juga terdapat ramai orang sedang mengawal komputer.Di hadapan lagi terdapat seorang lelaki sedang berdiri dengan penuh segak menatap pemandangan.Aku menghampiri lelaki tersebut.

Semakin lama aku semakin menghampiri,orang lain disitu hanya beberapa sahaja perasan dan agak tergamam melihatku.Tak tahu lah apa mereka fikir.Tiba-tiba lelaki segak itu pusing dan pandang aku.

"Alif...Kamu dah bangun"Lelaki tu Ialah Kapten Zaud!Dari belakang aku tak dapat cam muka dia,sangat berbeza.

"Kapten...?"Aku berundur sedikit ke belakang.Kemudian Mata ku melirik ke arah sudut hujung tingkap gergasi itu,tiba 3 Dester sedang terbang dengan sangat laju melintasi sebelah pangkalan.Tapi pangkalan ni nampak sedang berada di udara.Ia tak ubah seperti
'helicarrier' yang pernah ku lihat dalam Filem Marvel Avangers!

"Dester!"

Tiba-tiba kapal induk ini seakan-akan menambah kelajuan dan semakin cepat ke hadapan!

-----------------------------------------

Entah dimana,di kawasan bandar yang agak ranap,terdapat Eirian bentuk salib terapung-apunh diudara.Di mengeluarkan sinaran leser dan memusnahkan bandar yang terssedia musnah itu!Kemudian,Eirian tersebut di tendang oleh Dester yang jatuh dari atas!Dester tersebut melompat kebelakang!Ianya ialah Type Sengoku!

Eirian tersebut kelihatan berang lalu melancarkan leser tanpanhenti,seperti ahli gimnastik Type Sengoku mengelak!

"Nak main tembak-tembak ye...ambik ni!!!"Muhib keluarkan senjata api lalu menembak Eirian tersebut.Lalu Eirian tersebut meletup,setelah asap beredar,letupan tadi tak meninggalkan kesan!

"Kebal weii!!"Muhib menjerit.

Kemudian datang pula Type Accel mendarat dengan sangat kuat keatas tanah!

EiRIAN:MissingWhere stories live. Discover now