Hall 6

181 14 2
                                    

Agak jauh aku dibawa terbang oleh Dester merah Silver ni,yang hijau tu langsung dia tinggal.Tak pasti mana dia mahu bawa aku,tapi yang pasti aku takleh terjun sekerang sebab aku beribu kaki atas udara.Kalau aku terjun mau masuk neraka aku sebab dah kira bunuh diri.

Akhirnya kami tiba di kawasan bukit di pahang.Aku dapati pokok-pokok disini sudah mengalami kehancuran dan terbakar,mungkin kesan Big Impact.Tapi kenapa Dester ni bawa aku ke sini?

Dia mendarat,lalu lantai dia mendarat tu tiba-tiba menurun seperti lif jadi kami turun ke bawah tanah.Di bawah ini...tak uba seperti Markas Eratron yang dulu,tak!Ia sama!Cuma terlalu tak terurus!

Dester merah tu letakkan aku ke bawah.Tiba-tiba satu Kapsul merah keluar lalu mendarat agak jauh dari ku.

Aku perhatikan sahaja,kemudian seperti Kapal angkasa bola dalam cerita dragon ball,pintu kapsul tu terbuka.Aku perhati dengan penuh fokus,kemudian aq terlihat sepasang kaki keluar,lalu tuannya pula tampil kan diri.

Aku macam tak percaya...Seluruh badan ku menggeletar.Mata ku yang sepet ini menjadi bulat.

"Husna..."Aku melafazkan nama perempuan yang berada di hadapanku ini.Itu lah,Itulah Husna!Gadis Comel yang ku kenal suatu masa dahulu.

-------------------------------------------

Type Sengoku membuka tangannya,lalu kelihatan lah Adam dan yang lain dalam keadaan terbatuk-batuk sedang terbaring disitu.

"Dia tolong kita?"Khai bersuara.

"Korang oke?"Muhib bertanya kepada mereka.Mereka terkejut,lalu menyatakan yang mereka oke.Lalu sengoku meletakkan mereka ke bawah.

Kemudian Khai dan yang lain didatangi oleh pengawai-pegawai yang lain.

"Korang ikut kami."Salah satu dari mereka bersuara.

Lalu Khai dan yang lain di bawa menaiki sebuah Helikopter meninggalkan tempat yang hancur itu.

"Ko dapat kesan mana Dester Hijau tu?"Fahmi tanya Amylia.

"Tak,dia lari sangat pantas."Amylia menjawab.

Fahmi terdiam,dia buntu macam mana nak cari yang hijau,jadi mereka beredar sahaja dari situ.

-------------------------------------------

AKu dan Husna berjalan dalam satu lorong gelap dalam markas ini,kami berjalan dan jalan lalu sampai di sebuah pintu yang besar.Husna membukanya lalu kami berdua masuk ke dalam Saat husna menutup pintu,aku ternampak Pengarah Adnan sedang duduk di meja nya berhadapan dengan aku.

"Lama tak nampak,Alif.Selamat pulang ke Eratron"Adnan bersuara.

"Eratron....?Habis...yang lagi satu tu?"Aku terkejut,selama ni aku sangka pihak yang kejar aq tu Eratron

"Itu adalah organisasi Endro."Husna menjawab soalan ku tiba-tiba.

"Endro...?Korang bermusuh ke?Kenapa?"

Mereka terdiam,lalu Adnan bersuara semula namun dia membuka topik lain.

"Alif...Kalau kamu masih nak kawal Dester,kamu boleh dan kamu akan diberi Dester baru sekarang.Tapi kalau kamu tak mahu,kamu keluar dari sini."

Aku tertunduk,nampaknya aku terpaksa akur...Kemana lagi aku mahu pergi?

"Saya....Setuju..."Aku bersuara lemah.

"Oke...nanti kamu akan kendalikan Type Xtreme,keluar."

Aku dan Husna bersama-sama beredar dari situ.

Kami melalui sebuah jambatan,tak jauh dari jambatan ni terdapat satu pancutan air terjun.Indah betul kalau dilihat betul-betul.

Kami berjalan,kemudian di atas laluan ku terdapat seoroan lelaki sedang berdir.Aku naikkan kepala untuk lihat siapa.Dan sekali lagi aku terkejut besar....

EiRIAN:MissingWhere stories live. Discover now