Prolog: Pertemuan Pertama

125 3 2
                                    

Pertemuan pertama.
Senyuman pertama.
Renungan pertama.

Shen dan Lily selesa bersama. Tiada langsung riak janggal antara keduanya.
Mesra. Umpama sudah mengenali hampir bertahun-tahun lama.

Susu coklat panas dinikmati bersama pada petang itu. Sebagaimana hangat dan manisnya susu coklat panas di tangan Shen dan Lily, begitu juga hangat dan manisnya pertemuan pertama pada petang hari itu. Keduanya saling tidak menafikan hal itu.

Satu jam di waktu petang hening itu terasa pantas benar berlalu. Baik bagi Shen mahupun Lily. Masing-masing masih mahu bertukar cerita dan bertukar senyuman gembira. Tapi, masa terlalu cemburu untuk berkompromi.

Mereka tidak tahu adakah lagi pertemuan kedua selepas ini?
Keduanya saling tertanya.

Lambaian terakhir petang itu, menyaksikan perpisahan antara Shen dan Lily.

'Semoga ada pertemuan kedua.'

Susu Coklat PanasWhere stories live. Discover now