Pertemuan Ke-109

34 0 0
                                    

Pertemuan terakhir.
Seperti yang dijanjikan.

Pertemuan terakhir itu sama seperti pertemuan sebelum ini.
Tempat yang sama.
Kedudukan yang sama.
Susu coklat panas yang sama.
Renungan dan senyuman yang sama.

"Awak...Cerita.."
Lily tersenyum. Menongkat dagu. Menanti Shen untuk bercerita seperti selalu.

Shen merenung Lily. Tersenyum.

"Ada seorang lelaki. Dia punyai rupa paras yang kacak, karier yang bagus, berbudi bahasa serta diminati ramai."
Tak semena Shen tertunduk ketawa kecil. Lily hanya cebikkan wajah.

Shen kembali serius. Menyambung kisah.

"Cuma......dia selalu punyai masalah dengan kekasihnya jika berkaitan perhubungan. Kekasihnya selalu menyalahkan jarak sebagai punca pergaduhan mereka. Kekasihnya mahu dia selalu disisi untuk menemani dan memberi perhatian."

Lily masih tekun mendengar. Tersenyum cuma.

"Satu hari kekasihnya mendiamkan diri. Senyap sunyi hingga memakan masa berbulan-bulan. Segala pesanan yang diberi pada kekasihnya, satu pun tidak dibalas. Sedih bukan kepalang. Akhirnya dia juga memutuskan untuk mendiamkan diri. Diam dan berduka."

Shen melemparkan pandangan ke luar kafe. Seakan memikir sesuatu.

"Kemudian, dia berkenalan dengan seorang gadis misteri di sebuah kafe. Langsung tidak tahu menahu nama gadis itu. Segalanya rahsia."
Shen kembali merenung Lily. Tersenyum.

"Lelaki itu mula rasa luka yang dia alami sebelum ini, makin pulih sejak pertemuan pertama dengan gadis tanpa nama yang dikenalinya. Semuanya indah. Dalam diam, dia mula suka pada gadis itu. Dalam diam, dia tahu gadis itu insan yang menceriakan hari-hari duka dia sebelum ini."

Shen menarik nafas dalam.

" Tapi...Lelaki tersebut selalu terfikir pesanan dan kata-kata terakhir dia pada kekasih hatinya yang senyap sunyi tanpa berita. Dia pernah berjanji, dia akan melamar kekasihnya jika kekasihnya kembali menghubunginya satu hari nanti. Dia berjanji dia akan menunggu kekasihnya walau apa jua perkara yang terjadi. Tak diduga, kekasihnya kembali. Dan, dia mula keliru antara janji dan hati."

Lily tersenyum.

"Jadi, esok awak berlepas ke Melbourne untuk melamar Sofea?"

Shen terdiam.

"Awak rasa pertemuan kita satu kesalahan?".

Soalan Lily dibiar lalu.

Senyap.
Sunyi.

Susu Coklat PanasWhere stories live. Discover now