Terlihat seorang gadis berdiri kaku di hadapan kafe. Menunduk memandang ke bawah. Nampak sugul. Muram. Suram.
Lelaki itu menghampirinya. Cuba mahu mengetahui mengapa gadis itu di situ.
"Tempat duduk dekat hujung kafe tu dah tak ada. Diorang dah ubah kedudukan meja."
Bersungguh dia mengadu. Nampak benar riak kecewa.Shen cuma tersenyum mendengarkan itu. Dia terfikir betapa perkara sekecil-kecil sebegitu, mampu mengubah emosi gadis itu.
Lily kembali tertunduk. Hanya memandang sepi lantai laluan pejalan kaki di luar kawasan kafe itu.Shen masuk ke dalam kafe. Menuju ke kaunter. Lily terpinga sendiri di luar kafe. Hanya cermin kaca yang menjadi penghubung mereka. Kelihatan Shen sedang berkomunikasi bersama pekerja kafe. Cuma, Lily tidak tahu menahu apa yang diperkatakan.
Shen kembali mendapatkan Lily di luar kafe.
"Awak cakap apa dengan diorang?"
"Awak sihat?"
Shen tidak menjawab soalan. Malah memberi soalan.
"Orang tanya bukan nak jawab!"
Lily jelir lidah pada Shen.Shen ketawa kecil. Sebati benar lelaki itu pada sifat keanak-anakan gadis itu.
Sebati, meski serasa baru semalam berjumpa menikmati susu coklat yang sama.Senyap. Sunyi. Masing-masing berdiam diri.
Masing-masing berdiri kaku dihadapan kafe itu."Encik, kami dah alihkan meja dan kerusi seperti tempat sebelum ni."
Lily pandang muka Shen. Lelaki itu. Dia tahu itu pasti permintaan daripada lelaki itu sebentar tadi.
"Kenapa awak suruh diorang alihkan meja dengan kerusi macam tempat sebelum ni? Malu la saya! Mesti awak cakap kalau diorang tak alihkan, nanti saya mengamuk depan kafe, kan?"
Shen masih dengan riak tenang. Lelaki itu memang begitu.
"Sebab.....Sebab esok hari terakhir pertemuan kita."
Shen toleh pada Lily. Senyum.
Sebetulnya, dia memerlukan seluruh kekuatan dalam diri untuk menuturkan kata-kata itu.
Shen masih tersenyum. Cuma kali ini nampak duka.
Begitu juga pada senyuman Lily.
Duka.'Lalu bagaimana dengan pertemuan terakhir kita, esok?'
![](https://img.wattpad.com/cover/49488065-288-k361722.jpg)