Bab 1

149 2 0
                                    

Ali mengeluh.

Cuti semesternya terbantut.

Ayah dan ibunya singgah sebentar di sebuah daerah terpencil di utara tanah air.

Sebelum itu, mereka berpusing-pusing di pekan berhampiran kampus tempat Ali belajar mencari air daripada 7 buah kolah daripada 7 masjid.

Kerja gila getus hati Ali.

Selepas 4 jam 'menjelajah' ke hampir 10 buah masjid (payah nak jumpa masjid yang masih menggunakan kolah), perjalanan mereka diteruskan.

Mata Ali tertumpu di bahagian kiri tempat duduk penumpang dalam kereta mereka. Di situ, Ali lihat ada beberapa plastik jernih berisi akar sintok, limau purut, pasir sungai (masih basah) dan dua helai kain batik.

Buat ape la bawak semua benda ni

Rungut Ali dalam hatinya.

Setelah beberapa ketika, ayah Ali, Pak Halim memberhentikan kereta mereka di tepi sebuah gerai di jalan masuk sebuah kampung.

"Asalamualaikum bang. Err, tumpang tanya, rumah Dukun Awang kat mana ye?"

Tanya Pak Halim pada salah seorang pakcik tua yang sedang mengeteh di gerai itu.

"Waalaikumussalam, rumah Dukun Awang? Awat? Hangpa nak pegi berubat ka?"

Dahi Ali sedikit berkerut.

Berubat? Sapa pulak yang sakit ni?

Soal Ali dalam hatinya

"Haah bang, isteri saya ni 'bermasalah' sikit. Ada orang rekomen dekat saya suruh pergi berubat dengan Dukun Awang"

"Ooo ya ka? Hang ikut jalan ni luruih sampai jumpa kuboq kat belah kiri. Masuk ikut jalan depan sikit dari kuboq tu. Lepaih tu hang teruih ja. Rumah Dukun Awang kat belah kanan jalan. Rumah hujung sekali"

"Terima kasih banyak banyak bang, saya gerak dulu"

"Hang drive elok elok na. La ni hari dah nak gelap. Situ takdak lampu jalan. Dah hujung kampung sangat dah tu"

"Ok bang, InsyaAllah"

Kereta dihidupkan dan perjalanan mereka diteruskan.

Baru Ali perasan, sepanjang perjalanan mereka tadi memang ibunya, Makcik Limah tidak berkata sepatah pun.

Muka Makcik Limah kelihatan macam orang kebingungan. Sekali kali terkebil kebil bila Ali bercakap dengannya.

Hari mulai gelap.

Lampu jalan di kawasan yang mereka lalui itu  jauh dari satu sama lain.

Tak banyak kereta melalui kawasan itu. Semak dikiri kanan jalan juga dilihat semakin menebal apabila mereka menyusuri jalan tersebut.

Ali berasa kurang senang.

Sewaktu kereta mereka melewati sebuah kawasan tanah perkuburan, ekor mata Ali seolah olah terlihat suatu lembaga berbungkus kain putih berdiri di tepi pohon kemboja di hujung tanah perkuburan itu.

Serta merta bulu tengkuk Ali meremang.

Pandangannya segera dialihkan kepada ayahnya di tempat duduk pemandu.

"Ayah, jauh lagi ke?"

"Tak jauh dah kalau ikut petua pakcik tu bagi tadi. Awat?"

"Takde apelah. Rasa nak terkencing pulak"

Ali cuba cover macho.

"Tahan sikit la. Dah nak sampai dah ni"

Ali memejamkan mata sepanjang kereta mereka melalui kawasan itu.

Tamat Bab 1


MeremangWhere stories live. Discover now