Bab 2

58 2 0
                                    

Masa yang berlalu terasa sangat perlahan apabila Ali memejamkan matanya serapat rapatnya. 

Celaka. Masa ni jugak la kau nak muncul kan?

Ali menyumpah seranah dalam hatinya. Bayangan lembaga dalam bungkusan putih tadi masih terbayang bayang di mindanya. 

Selepas beberapa lama Ali memejamkan matanya, Ali dikejutkan oleh laungan azan maghrib sayup-sayup kedengaran dari kejauhan. 

Kereta yang dipandu ayahnya juga telah berhenti. 

Mereka sampai di sebuah rumah yang paling hujung sekali di jalan tersebut. Rumah pawang itu tersergam megah dengan dua batang tiang yang besar (kelihatan seperti kayu yang besar?)

Deretan kereta juga kelihatan memenuhi bahu jalan dihadapan rumah tersebut. 

Ali meninjau keadaan sekeliling kawasan tersebut. Suasana senja yang menyelubungi kawasan itu menjadikan hati Ali sedikit gusar. Tiada jalan lain untuk keluar dari kawasan itu - penghujung jalan, penghabisan, jalan mati. 

"Ali, jom turun. Tunggu apa lagi? Tadi kata nak terkencing? Kita sampai dah ni"

Pak Halim berkata kepada anak bongsunya itu.

Tangannya pantas membuka pintu belakang keretanya, mencapai barang barang untuk 'berubat' yang diletakkan di tempat duduk bersebelahan Ali. 

"Jangan lupa bawak turun sekali air yang kita ambil tadi"

"Okay ayah, ada lagi ke barang yang nak bawak?"

"Itu je kot"

Kelihatan deretan selipar dan kasut tersusun rapi di rak hadapan rumah Dukun Awang.

Di satu sudut, kelihatan beberapa orang lelaki dan wanita duduk disebuah kerusi panjang. Ada juga yang duduk bersimpuh di lantai.

Di hadapan mereka kelihatan seorang lelaki bermisai lebat berkopiah putih. Orangnya bertubuh sasa walaupun sedikit rendah. 

Wajahnya sedikit bengis, khusyuk mendengar tutur kata 'pesakitnya'.

Itu kot Dukun Awang 

Ali menuruti langkah ayah dan ibunya ke tempat menunggu disitu. Ali mencuri dengar perbualan Dukun dan 'pesakitnya' :

"Haji, kami dah taktau nak buat apa dah. Selalu sangat duit kat rumah kami hilang. Duit yang kami selit dekat celah Al Quran pun hilang 'disebatnya'. Kami laki bini ni pulak selalu bergaduh. Jadi 'panas' bila pandang muka masing masing"

"Hangpa selalu rasa seram sejuk dak bila masuk ja waktu Maghrib?"

"Ha'ah Haji. Lepas tu bila tengah malam, ada bunyi budak kecik gelak sayup sayup. Bila kami pi tengok, takde orang pun "

"Hmm, takpa. Aku suruh 'orang' aku pi tengok rumah hangpa dulu. Ambil daun sireh ni, baca selawat lepas tu bagi balik kat aku"

 Ambil daun sireh ni, baca selawat lepas tu bagi balik kat aku"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dihadapan Dukun Awang, kelihatan dua helai kain.Satu berwarna hitam, satu berwarna kuning. Daun sireh yang dikembalikan 'pesakitnya' diusap dibahagian urat daun itu dan diletakkan diantara dua helai kain hitam dan kuning itu.

Mulutnya terkumat kamit membacakan sesuatu. Sekali sekala kelihatan seolah olah sedang memberikan arahan.

Sebiji macam dalam filem seram cliche melayu. Cumanya disini aku melihat segala galanya depan biji mata aku sendiri 

Ali bermonolog dalam hatinya.

Ali meminta izin kepada isteri Dukun Awang untuk menunaikan solat Maghrib. Rumah Dukun Awang, walaupun besar dan luas, didalamnya lapang.

Perabotnya juga kurang. Kelihatan beberapa helai langsir kuning membatasi beberapa sudut dalam rumah itu.

Sewaktu melangkahkan kaki ke bilik solat yang ditunjukkan isteri Dukun Awang, Ali merasakan dirinya diperhatikan 'sesuatu'. 

Ah, lantak kau lah nak tengok ke apa. Peduli apa aku

Tamat Bab 2

MeremangWhere stories live. Discover now