4

101 1 1
                                    

SKRETTTTTTTTTTT!!!

Perjalanan yang sedari tadi bersalut aman bertukar hingar secara tak dijangka. Bunyi geselan besi trek yang berpanjang-panjangan berakhir dengan satu dentuman yang sungguh gempita. Umar juga tidak ketinggalan terkesan dengan kemalangan yang tidak semena-mena itu. Inertia menolak tubuhnya tanpa rela dan kepalanya manjadi mangsa, terhantuk pada dinding di sebelah kerusi yang letaknya betul-betul di sebelah pintu keluar.

Dia kepeningan.

Beberapa minit diambil oleh anak muda itu untuk mengatur kembali nafas dan rentak jantung. Segala kudrat dikerah Umar untuk cuba bangkit bagi memastikan kelangsungan hidup dirinya. Matanya dibuka sedikit demi sedikit. Koc sudah gelap. Cuma ada satu dua lampu kecemasan terpasang pada hujung gerabak yang dinaiki. Dalam sayup-sayup terdengar dek Umar paluan tanpa henti hon-hon kenderaan yang Umar sendiri tidak pasti asalnya.

Umar cuba untuk menapak. Meraban Umar mencari palang besi untuk dipimpin.

Satu langkah, dua langkah.

Masuk langkah ketiga, Umar berhenti. Koc di bahagian hadapan sudah lari dari trek dengan separuh bahagiannya berjuntaian hampir mencium jalan raya di bawah. Tiada jalan lain lagi. Umar berundur semula ke tempat asalnya untuk menenangkan diri. Beg bajunya sudah lesap entah ke mana. Umar duduk.

"Takpe nanti ada orang datang. Nanti ada orang datang. Nanti ada orang datang." Umar menukar harapan.

Post-traumatic stress. Sejenis stress yang biasanya menghantui subjek yang terlibat dengan kemalangan-kemalangan tak terjangka. Beberapa siri perasaan yang bergilir-gilir mengambil alih pemikiran subjek sehingga menyebabkan subjek tidak dapat memproses keadaan semasa dengan baik. Terkejut, kesukaran untuk percaya tentang apa yang telah terjadi, marah, risau, takut dan bersalah bercampur aduk dalam memisahkan subjek dengan keupayaan otak yang sebenar. Ini menjelaskan keadaan Umar sebentar tadi.

Jika dilihat dari sudut logik akal, Umar sepatutnya berupaya mencari jalan untuk berhubung dengan orang luar melalui telefon bimbitnya atau mencari mana-mana lagi penumpang yang terselamat. Secara teorinya dia mampu namun secara hakikatnya ia amatlah mustahil.

5 minit berlalu.

Tiada tanda-tanda bantuan akan tiba. Rasional yang hilang sejak hentaman mengejut tadi berlaku mula hadir perlahan-lahan. Umar kini dapat berfikir dengan sedikit jelas. Dirabanya poket seluar kiri, kemudian beralih kepada poket sebelah satu lagi.

Jumpa!

Telefon bimbit Samsung pemberian ibu masih molek berfungsi. Sedikit rasa lega timbul dalam hati Umar.

"Inilah penyelamat aku!"

Umar cuba meniup kembali keyakinan yang kian terhakis minit demi minit dia berada dalam koc yang hampir barai itu. Passcode dimasukkan. Dalam hanya beberapa milisaat, ibu jarinya sudah bergerak laju atas bawah mencari nombor telefon milik ayahnya. Ya, ayah. Simbol gagang berwarna hijau ditekan. Saat berganti saat. Ayahnya masih tidak dapat dihubungi. Kehampaan, Peluh sudah rata pada setiap inci tubuh Umar. Dalam kekalutan yang gigih menghantui, Umar teringat akan satu nombor kecemasan yang selalu dilihatnya sewaktu iklan tv1 RTM ditayangkan.

999. Dail!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 15, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Bukan Macam KitaWhere stories live. Discover now