Lahirnya seorang budak bangang yang diberi nama Sofian ataupun nama manjanya Pian. Semasa berumur 10 tahun Pian mempunyai seorang kawan karib yang bernama Wak. Wak seorang yang memahami Pian, sentiasa ada diwaktu Pian memerlukan Wak. Kadang kadang ibu Pian yang bernama Pn Mai pun rasa bingung. Iyalah, mana ada manusia yang berkawan rapat dengan basikal dan membawa basikal nya tidor bersama. Haa, Wak sebenarnya sejenis makhluk yang beroda dua (mempunyai roda 3 warna). Tapi Pn Mai sedikit pun tidak gusar atas kebangangan Pian kerana Paip, abang Pian mempunyai sifat gila tersendiri seperti menagis dan menyanyi dalam waktu yang sama. Semasa diusia ini, Pian mempunyai satu cita cita yang amat gah. Gah nya boleh di ibaratkan bila enko berjaya untuk tidak menagis bila jari kaki terhantuk dengan bucu meja. Cita-cita nya ingin menjadi seorang pemain bola sepak, selepas menonton perlawanan bola sepak di antara Malaysia V Thailand dan Malaysia berjaya menjadi juara kemudian cita cita Pian berubah kepada ingin menjadi tentera selepas menonton cerita Leftenan Adnan. Cita cita di zaman kanak kanak sering berubah dek peredaran masa.
Diwaktu petang, Pian akan mempermainkan sukan hak menggunakan stamina yang kuat seperti seladang dan menggunakan otak seperti Sang Kancil. Permainan itu dinamakan 'congkak'. Pian memang handal dalam sukan ini bahkan Pian pernah mewakili Kampung Tembaga dan muncul juara peringkat Kampung-kampung. Sukan ni nampak macam kacang tapi bukan calang-calang orang yang mampu memainkan sukan ni. Pernah jugak lawan Pian menelan beberapa bijik guli dek kerana mental bila kalah berlawan dengan Pian. Pian jadi gila selepas menyaksikan perangai buruk lawan nya itu kemudian Pian mengambil keputusan untuk tidak menyertai mana-mana lagi Liga Kejuaraan Congkak.
Rata-rata kawan Pian berada dalam lingkungan umur 14 tahun dan keatas. Pian kurang berkawan dengan budak-budak yang sebaya dengannya sebab budak hak sebaya dengan Pian masih manja dan mentah dalam dunia kehidupan. Pian pesen hak sukakan mende baru seperti bermain galah panjang, bola sepak dan lain- lain permainan yang nampak hebat di mata makwe-makwe. Malah diusia 10 tahun Pian sudah handal dalam memandu basikal tanpa menggunakan tangan. Ini membuatkan Pian adalah jejaka hak paling di gilai oleh kaum makwe di kampung nya. Kegilaan nya ada sampai yang ingin mengahwini Pian, ada yang sanggup putus cinta dengan pakwe demi Pian. Tapi Pian adalah Pian, seorang jejaka hak tenang dan stedy. Bagi Pian, di usia mentah nya itu dia tidak memerlukan sebarang komitmen. Apa yang dimahukan hanyalah bermain bola sepak dengan kaum abang-abang.
Uncla Jay, ayah kepada Pian dan mempunyai pangkat iaitu ketua kampung di Kampung Tembaga. Seorang yang tegas, garang, berwawasan dan sang juara di hati Pn Mai. Pian jarang dibuli oleh kawan-kawan, kerana bimbang Uncle Jay tak mahu sign atau chop borang memohon buku teks. Pernah terjadi dalam sejarah yang Uncle Jay tidak mengendahkan borang permohonan untuk Said (rakan sebaya Pian) kerana tidak mahu belanja anaknya itu makan. Diktaktor! Ya, Uncle Jay seorang diktaktor pesen firaun. Tegas dan garang tapi tewas dek senyuman dan pujukan sang Isteri. Pernah jugak Uncle Jay bersuara untuk memperisterikan Mak Noty (seorang janda berkening nipis) namun wajah Uncle Jay telah di tokek dek parang oleh Pn Mai. Jika ada kelibat atau manusia yang bertanya :-
Kelibat : hei Uncle Jay, kenapa ada parut di wajah ?
Uncle Jay : ini parut sewaktu aku menentang tentera Zionis di Palestin ketika aku kecil dan aku berjaya membunuh 16 ekor tentera zionis. Jawab nya dengan penuh yakin dan bersahaja.
Tapi ini cerita Pian, bukan cerita Uncle Jay, Pn Mai mahupun Mak noty. Lahanet!!. Jerit Pian kepada penulis.
Kini, sudah setahun berlalu. Usia Pian sudah mencecah 11 tahun. Ini membuatkan.........
YOU ARE READING
Sopian si budak hebat
FantasySeorang budak yang nakal, dan bangang nya hampir 68%. Mempunyai wajah yang tampan serta hebat.