Usia Pian sudah pun 11 tahun, sudah baligh. Huhu. Itu pun baligh dengan cara paksaan. Mempunyai 3 orang sahabat baik rapat melekat sampai kan tidor pun sekatil sebantal seselimut. 4 sekawan yang bangang dan diusia sementah itu, setiap pekara yang dilakukan seharusnya mempunyai misi yang bangang.
Waktu petang yang sempurna, cuaca di luar hanya lah bersuhu bilik, angin yang kuat, burung berkicauan, senang kata cuaca yang amat indah untuk sekumpulan budak-budak dan amat lah sedap jika ingin mandi sungai. Ketika ingin pergi ke sungai, geng Pian melalui satu jambatan dan jambatan itu juga dikenali sebagai 'stairway to heaven'. Semasa melintasi stairway to heaven, geng Pian ternampak sekumpulan kakak-kakak yang sedang membasuh baju dan ada jugak yang memanjat pokok kelapa kemudian nya terjun ke dalam air. Tak padan dengan perempuan tapi perangai serupa lelaki, kata Pian di dalam hati. Jom skodeng akak tu mandi, ujar seorang kawan Pian yang berbaju fred perry bewarna kelabu. Sekumpulan bangang ini bersetuju dengan idea syaitan yang disuarakan oleh salah sorang sahabatnya itu. Selepas 2 minit, Pian berlari, sekuat hati. Berpeluh, gementar, rasa tidak tenang. Walhal, Pian adalah budak hak paling tenang dan stedy, ketenangan Pian boleh dikira setenang Eman Manan semasa melakonkan watak Adam dalam cerita Rebah Di Pintu Neraka. Ketika belari, sempat jugak kawan Pian menanya 'kenapa Pian, kenapa Pian ?' Sambil belari, Pian menjawab 'Mak aku pernah pesan, jangan skodeng orang mandi. Nanti kita akan di sumpah menjadi batu. Semasa skodeng akak tu mandi, aku dapat rasakan ada objek mengeras ditubuhku'. Kawan Pian menjadi bingung dan ketawakan Pian yang bangang itu. Petang yang indah habis di padang bola sepak.
Di padang bola sepak, muncul nya makwe bernama Jeniffer, rambut kaler hitam dan kerinting, mata berwarna koko, berkening lebat tapi Jeniffer tak pernah cukur atau kalerkan kening. Itu kening original bukan macam makwe hipster hak main intagram dan acah acah hot. Mata Jeniffer terpaku pada perlakuan Pian.
'Mungkin ada cinta di antara Pian dan Jeniffer?'
YOU ARE READING
Sopian si budak hebat
FantasySeorang budak yang nakal, dan bangang nya hampir 68%. Mempunyai wajah yang tampan serta hebat.