Rajuk Nina

27 1 0
                                    

Nina menangis. Rasanya, tiada siapa dalam famili ini yang menyayanginya lagi. Emak asyik memarahi Nina.
Angah tak pernah cakap dengan Nina elok. Adri? Adiknya yang nombor tiga itu memang rapat dengannya, tapi Adri di Politeknik di Bentong. Hendak meluahkan rasa pun, Adri tidak bawa telefon bimbitnya yang boleh Nina hubungi. Adik? Lagilah, adiknya sangat rapat dengan emak.

Nina rasa emak sudah tidak sayang padanya lagi. Emak selalu marah Nina depan adik-adik. Sebagai anak sulung, Nina juga punya ego sebagai kakak. Emak dengan mudah memperkotak-katikkan Nina sebagai kakak.

Nina akui, Nina semakin lemah dalam pelajaran. Meskipun dulu, Nina pelajar cemerlang UPSR, PMR dan SPM, semua Nina straight A's dan Nina sangat aktif bersukan, malahan Nina wakil pantun dan syarahan, semua itu Nina lakukan untuk ambil hati emak dan arwah ayah. Tapi setelah ayah pergi, Nina tak tahan. Nina tertekan dengan emak yang emosi. Tapi itulah, Nina faham. Emak stress dengan kepergian ayah dan, keluarga ayah yang asyik menyalahkan emak. Cuma Nina tidak suka bila emak ekspresikan dengan nada suara, raut wajah dan asyik lepaskan pada Nina. Sekali lagi tapi itulah, dia ialah emak. Nina kena sayang emak Nina. Kalau emak takde, Nina apatah lagi.

Walaupun Nina pelajar cemerlang, namun di matrik, Nina sudah mula malas belajar. Nina tumpukan pada game kegemarannya, bola jaring. Nina jadi kapten semasa sukan seluruh matrik di Malaysia. Semua orang kenal Nina. Nina tidak gagal. Okay bagi Nina, pointer nya tetap 3.5, namun biasalah, emak tetap pandang pada 4.0. Main netball padanya, semua perempuan pun boleh.

Mendaftar sahaja ke IPTA, Nina tekad untuk jadi wakil bola jaring universiti. Ya, Nina dapat buktikan, semester satu Nina sudah jadik wakil universiti ke MASUM, Liga IPT dan seumpamanya. Pelajaran Nina tidak lah terabai, tapi sedikit demi sedikit, Nina makin aktif dengan netball dan Kelab Debat. Nina menyertai pertandingan debat anjuran universiti, kumpulan Nina johan dan Nina pendebat terbaik. Tapi seorang Nina cepat bosan. Nina tinggalkan kelab debat. Nina ambil langkah untuk mulakan perniagaan. Nina belajar ilmu perniagaan senyap-senyap dengan seorang ahli perniagaan dan kumpulannya. Kadang-kadang Nina ponteng kelas. Lama-lama emak tahu. Emak marah.

Emak cakap Nina bodoh sebab taknak belajar. Emak cakap Nina tak sayang emak. Emak kata sampai hati Nina taknak habiskan degree. Emak cepat sentap, sebab Nina cuma luahkan hasratnya untuk buat PJJ. Marah betul emak. Tapi memang habis Nina kena marah depan adik-adik. Adik taknak cakap dengan Nina dah. Angah apatah lagi. Sedangkan masa kecil dulu Angah pernah belasah Nina sebab bergaduh, dah besar lagilah.
Sebab tu Nina rasa sorang-sorang. Walhal Nina ramai kawan, cuma Nina tak pandai macam mana nak ceritakan masalah. Jadinya, semua orang ingat Nina ceria, hakikatnya Nina 'is dying inside'.

Memikirkan baru lepas dimarah teruk dengan emak, Nina capai telefon bimbit dan sms pada seorang kawan,
"Fira, rumah sewa area rumah kau dah penuh tak?"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 17, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

NinaWhere stories live. Discover now