"Masuk",..
"Ada apa Tuan Qaid panggil saya",ujar Ahmad
Tuan Qaid Qusyairi tersenyum sinis..lalu berkata...
"Kau nampak sampul tu?,Tu adalah gaji kau",
"Aik,! Saya rasa,baru je dapat gaji minggu lepas tuan",Ahmad berkata,dia seakan menghidu sesuatu yang tak baik akan berlaku kepada dirinya.
"Kenapa? Dah tak sudi nak terima duit dari aku? Datuk tu bayar kau berapa?",Tuan Qaid Qusyairi berkata dengan penuh santai sambil meletakkan kedua kakinya di atas kerusi.Gaya macho bro !
Ahmad terkesima dengan apa yang diutarakan oleh tuannya.
'Mati aku ! Macam mana pulak dia boleh tau ni ??',"Datuk? Datuk mana ni tuan?",ujarnya.Masih mahu berbolak balik.
"Huh! Please,stop pretending ! kau ingat selama ni aku tak tau ke kerja kau.Kau pergi tolong Datuk tu dengan cara bocorkan semua apa yang aku dah plan.Orang macam kau ni memang tak layak ada kat kumpulan aku.Aku dah tak perlukan talam dua muka macam kau.Sekarang kau pergi kemas semua barang kau.Berambus!",Qaid membentak.
Kan kalau aku dah marah memang tak boleh kawal weh..Hilang macho aku !
Ahmad dah terketar-ketar melihat amarah Qaid..
"Kau tunggu apa lagi? Berambus sekarang ! Ini gaji terakhir kau.Aku dah tak nak tengok muka kau lagi.Kau pergi la mengemis dekat Datuk Bandar tu kalau kau dah kebulur sangat..!",Sekali lagi Qaid membentak.
Tanpa menunggu masa yang lama,Ahmad terus menggambil sampul surat itu lalu bergegas keluar dari dalam bilik pejabat Tuan Qaid Qusyairi.
'Huh! Mana la aku nak cari PA baru ni.Semua tak boleh pakai la! Kuat sangat pengaruh kau ni Datuk Iskandar Amin.Takpe cepat atau lambat aku akan dapat jugak balik hak aku.Hak aku !',Qaid bermonolog sendiri sambil menggariskan senyuman sinis.
"Tok..tok..tok..",seketika kemudian.Kedengaran seseorang sedang mengetuk pintunya.
"Come in",arahnya.
"Kopi Tuan",Mak Yam orang gajinya muncul sambil menatang secawan kopi.
Okey,sebenarnya pejabat Qaid ni bukanya 'pejabat' yang betul-betul pejabat.Bilik pejabat kat rumah je pun.Qaid ni jenis yang lebih suka bekerja di rumah.
"Letakkan kat meja tu Mak Yam",Qaid menjuihkan bibirnya ke meja tersebut.
"Tuan ni okey ke.Yalah semenjak dua menjak ni Mak Yam tengok asyik moody je.Kurang-kurangkanlah sikit kerja tu Tuan.Kesihatan tu kena jaga jugak.",Mak Yam berucap panjang lebar.Dah sering kali dia menasihati bos yang sudah dianggap seperti anaknya sendiri itu.Maklumlah dia sudah berkhidmat dengan keluarga ni sejak Qard ni kecil lagi.Sekarang ni tinggal dengan Qard jelah dia berkhidmat maklum lah kedua ibu bapanya telah pun pulang menghadap ilahi,dek kerana suatu kemalangan yang dirancang oleh seseorang.
"Insya Allah Mak Yam.Mak Yam tak payah lah risaukan saya,pandai-pandailah saya jaga diri sendiri",ujar Qard.
"Hhmm..harapnya macam tu lah ye,Mak Yam minta diri dulu",Mak Yam menyudahkan kata.
Qard hanya membalas ucapan Mak Yam dengan segaris senyuman.
***
Note :
Enjoy this first chapter.
With love: Nizaa Hani
![](https://img.wattpad.com/cover/42099217-288-k110137.jpg)
YOU ARE READING
Jangan Jatuh CINTA!
LosoweKerana terpaksa,Izyan Maisarah terpaksa buat kerja gila.Kalau tidak,nyawa keluarga tersayang yang menjadi korban. 'Takpe Izyan,takpe..kalau kau dah tundukkan mamat tu kau boleh bebas',-Izyan Maisarah Tapi ! Sebaik-baik manusia merancang..Tuhan jugak...