REUNION KEPULAUAN

598 13 0
                                    


SARAH POV

"Kita kena ambil sampan untuk ke pulau tu" kata aku sambil bermasam muka

"Kau ni pun , Asal tak bagi tahu awal-awal ?"roza menentang dengan nada sedikit rengek nya

"Apa-apa pun kat situ ada sampan , dan aku taknak sampai lambat" ujar aizzle dan dipersetujui oleh kim dan ain

Kami menuju ke salah satu sampan di jeti itu , aku bertanya pada salah seorang warga emas pendayung sampan disitu ."Pakcik , pakcik tahu tak pulau Masc? pakcik boleh hantar kami kesana ?'


"Pakcik boleh hantarkan kesana . Maaf kalau pakcik bertanya , adik pewaris baharu ke ? maaf tolong jangan hiraukan soalan pakcik tadi. Mari naik" jawab pakcik itu dan aku dapat merasakan sesuatu yang buruk tentang pulau pusaka itu .

****Dalam Perjalanan*****

"Pakcik nak nasihat ni , kalau dah pukul 7 jangan keluar rumah kamu semua perempuan . pastu kalau pergi mana-mana berteman jangan berkeliaran sesorang , sana tu hutan yang tebal kalau sesat , susah nak cari . Hutan tempat jin jadi jaga adab dan bahasa kamu , jangan kutip sebarang benda didalam sana yang kamu rasa unik" Nasihat dari pakcik pendayung itu kepada kami

"Pakcik, benda tu tak kacau kita . Pakcik ada bukti yang benda sedemikian wujud? takdekan?" kata aizzle dengan tujuan untuk menyedapkan hati kami yang ketakutan


Pakcik menjawab " Takpe la kalau kamu takpercaya . Kalau apa-apa terjadi hubungi pakcik"

turun dari sampan setelah tiba di pulau itu aku membayar dan mengikut haluan jalan yang kami disuruh . Haluan itu membawa aku dan rakan-rakan ke sebuah rumah banglo , nenek tidak pernah menceritakan tentang rumah itu , apa yang pernah diceritakan hanya tentang dia dahulunya seorang perempuan simpanan pemimpin british sewaktu Malaysia dibawah talukkan british .

Ain, Kim , Aizzle dan Roza berhenti di hadapan rumah tersebut disebabkan seekor arnab bermata bulat berwarna biru dan bulunya berwarna kelabu , mereka membelainya sewaktu aku membuka kunci pintu rumah .

Terbuka sahaja pintu itu seakan-akan angin yang sejuk bertiupan masuk kedalam rumah . " Ya tuhan apa ni , tiba-tiba je angin bertiup" bisik hati kecil aku

Ain berlari masuk kedalam rumah , sebelum sempat aku menjejakkan kaki kedalam . Terus ain berkata " Tadi Terik , tiba-tiba je sejuk macam nak hujan"

aku menjejakkan kaki kedalam rumah lalu diikuti dengan rakan-rakan yang lain . Sebuah rumah yang dipenuhi dengan cermin dan barangan lama .

"Weyh dah berapa tahun nenek angkat kau tinggalkan rumah ni?" Tanya Aizzle seperti sesuatu yang dia tidak kena

"Masa tu nenek aku baru kematian suami diantara 65-70 tahun lepas, pastu nenek aku pindah. Tapi takpelik ke? yela, nenek aku dah tinggalkan rumah ni dalam tempoh yang lama . Tapi nampak rumah ni bersih je " Jawab aku dengan selamba

"Weyh , korang . Hati-hati nanti kena kacau hihihihihihi" Kata Roza sambil membuat suara nyaring .

Setelah Roza memberhentikan suara nyaringan itu , Ain masih mendengar suatu suara nyaringan berdekatan mereka .


"Kau dah kenapa Roza?! berhentilah , taklawak lah !" Marah Ain .

"Kau la kenapa . Aku dah berhenti dah !" Marah Roza sambil menjeling Ain .

Aku tahu sesuatu tidak kena , aku membuat isyarat menyuruh kesemua mereka senyap , ternyata seperti suatu suara yang kecil dan lebih nyaring membuat ngilaian .

Kami Terpaku lalu secara tiba-tiba suara itu berhenti dan muncul seekor Arnab keluar dari dapur . untuk menyedapkan hati yang ditemani ketakutan aku berkata kepada mereka "Ish arnab rupanya. Arnab boleh keluarkan suara macam tu kalau dia didalam ketakutan"




REUNION KEPULAUANWhere stories live. Discover now