Bab 1

10.8K 68 3
                                    


"You're fired!"

Masih terngiang-ngiang lagi kejadian pagi tadi apabila aku mendapat arahan supaya meninggalkan ofis dalam tempoh 24 jam.

Siapa yang sanggup menabur fitnah atas kejayaan dalam kerjaya yang telah lama aku bina ni? Penat aku melangkah dari satu tangga ke satu lagi anak tangga, namun masih ada lagi manusia yang mempunyai hasad dengki terhadap aku! Mengapa mereka tidak mengikut saja jejak langkahku berusaha untuk berjaya? Meniti ranjau susah dan senang sebelum berjaya.

Kepada mereka-mereka yang mempunyai hasad dengki ini, aku mohon korang semua start lah dari bawah. Jangan jeles sangat dengan kejayaan orang lain kalau diri sendiri tu malas nak usaha!

"Tapi apa salah saya bos?"

"Apa salah awak? Awak tanya saya apa salah awak? Awak dah bagitahu customer kita tentang rahsia syarikat, lepas tu awak pura-pura tak faham? Awak dah langgar polisi syarikat! Itu dah melampau!"

"Apa maksud bos? Saya betul-betul tak faham."

Bos melemparkan lima helai kertas kerja tepat ke muka ku. Aku mengutip kertas-kertas tersebut satu persatu.

"Aaa...pa.. ni bos? Kenapa nama saya yang tertera kat sini? Saya tak tahu apa-apa."

"Siapa yang berani mengaku kalau dah buat salah? Kucing kalau berak tengah jalan pun, takkan mengaku tu taik dia. Inikan pula awak? Bukannya kucing, tapi manusia!"

"Maaf bos, tapi saya rasa bos dah salah faham ni."

"Salah faham apa kalau bukti dah ada depan mata? Lima orang customer kita tolak perkhidmatan penyiasat-penyiasat kita sebab mereka mendapat surat layang yang memberitahu mereka bahawa kita pernah gagal dalam menyelesaikan beberapa kes ringan sebelum ni. Customer mana yang percaya kepada penyiasat persendirian kita jika mereka dapat tahu walaupun kes ringan tapi kita tak mampu nak tangani. Inikan pula kes-kes berat seperti mereka!"

"Tapi bos tiada bukti saya yang hantar surat layang tu kepada mereka!"

"ZIZ. Signature yang sengaja ditinggalkan di bahagian bawah surat layang. Zulariffin Iskandar Bin Zakaria! Tak salah lagi, awaklah orangnya!"

"Mustahil! Tak mungkin saya sengaja meninggal jejak supaya orang boleh detected saya adalah sebagai pelakunya. Saya tak buat semua tu bos. Percayalah."

"No more reason. I just wanna you leave this office as soon as possible. I only give you 24 hours to tidy up your desk. After that, you may go and get out from here. Gaji terakhir awak akan saya transfer ke akaun bank awak nanti. Sudah! Pergi dari sini! Saya taknak tengok muka awak lagi!"

Kejam! Bos kejam! Tanpa soal selidik dulu, dia terus menghukum aku!

ZIZ? Iya, itu namaku. Sial betullah siapa yang pedajal aku ni!

Bos pon bodoh! Kalau betullah aku yang hantar semua surat layang tu dekat customers, kenapa perlu aku sengaja dedahkan identiti aku terang tang tang macam tu. Macam sengaja tempah lubang neraka! Tok logik langsung doh!

Fikiran aku melayang. Aku menghempas diri ke atas tilam. Serabut! Kusut! Macam-macam aku fikir.

Sekarang aku dah takde kerja. Macam mana aku nak hidup lepas ni? Siapa yang nak bayar duit kereta? Bil elektrik, api, air, segala macam semua tu siapa nak bayar? Barang dapur siapa nak beli? Ahhhh, nazak!

Tiba-tiba telefon bimbitku berdering. Aku bangun dari kemalasan pembaringan dan mencapai Iphone 6S di atas meja solek.

Kenapa pulak lahai mak call memalam buta ni? Tak boleh tunggu esok pagi ke mak oi.

"Assalammualaikum."

"Waalaikummusalam. Kamu sihat tak Rif? Suara macam tak bermaya aje ni."

"Sihat alhamdulillah. Penat sikit jek ni. Mak dengan abah apa khabar?"

"Kami baik-baik je. Sibuk sangat ke kamu Rif kat bandar tu sampai seminggu dah tak call mak abah?"

"Sibuklah jugak mak. Minggu ni setiap hari Arif balik kerja petang. Dengan redah jammed gedebak gedebuk apa semua, malam baru sampai rumah. Lepas solat terus tidur sampai lupa nak call. Maaf mak."

"Apalah pekdahnya kamu jadi penyiasat tu Rif. Tiap-tiap hari dok sibuk. Kes apa pulak yang kamu handle kali ni?"

"Dah ni bidang yang Arif minat mak. Mintak jadi detektif polis tak lepas, Arif mintaklah jadi penyiasat persendirian. Oklah tu mak. Kadang-kadang Arif tolong jugak siasat kes polis. Tu pon kalau dimintalah. Gaji dia pon masyuk mak. Tu belum termasuk komisyen lagi."

"Pandailah kamu punya masyuk apa semua tu. Itu kalau kamu ada kes kena handle. Cuba kalau takde? Mati kebulurlah kamu dekat bandar tu."

"Kalau ada rezeki ada lah mak. Mak abah doakan aje rezeki Arif kat sini melimpah ruah. Boleh Arif tolong mak abah kat kampung. Duit balance tu boleh Arif simpan untuk kahwin nanti. Hehehe."

"Kamu dah ada calon ke? Kenapa tak cakap awal-awal. Kenapa tak bawak dia datang sini jumpa mak abah?"

"Eh mak ni janganlah kalut dulu. Tak semestinya kena ada calon baru boleh kumpul duit kahwin kan? Arif kumpul slow-slow ni. Nanti kalau dah ada calon senang. Tak payah nak kelam-kabut korek duit merata-rata."

"Mak dengan abah cuma nak timang cucu aje, Rif. Awak tu bukannya muda lagi. Dah nak masuk tiga siri pon. Bila nak bagi mak abah cucu ni?"

"Eh, ke situ pulak mak ni. Arif dah amik cuti sebulan tanpa gaji. Esok Arif balik kampung. Nak spend time kat sana. Rindu kampung. Rindu Melaka. Rindu mak abah."

"Rindu Piah?"

"Ishhhh, ke situ pulak mak ni."

"Piah baru balik daripada Paris dua minggu lepas. Dah graduate dah budak tu. Mak suka kalau dapat buat Piah jadi menantu, Rif."

"Dah tak payah nak merepek dah mak. Esok lepas Zohor Arif bertolak balik Melaka ya."

"Hmmm... Iyalah. Hati-hati bawak kereta tu esok."

"In shaa Allah. Kirim salam kat abah tau. Assalammualaikum."

Salam dijawab, panggilan dimatikan.

Piah. Gadis comel bermata hazel. Sofea nama diberi. Tapi orang-orang kampung semua panggil dia Piah. Kata mereka, asal kampung nama pun haruslah kampung. Namun, di sekolah dulu, Sofea lebih glamour dengan nama Opie. Seorang penolong ketua pengawas sekolah yang garang dan pernah digeruni oleh para pelajar suatu ketika dahulu.

Dah graduate dah minah tu. Tapi dalam course apa? Entah. Aku pon kurang pasti.

Tiba-tiba aku rasa berdosa menipu mak tadi. Macam mana kalau lepas sebulan ni? Macam mana dengan hidup aku? Nak taknak aku tetap kena cari kerja jugak! Kalau tak, macam mana aku nak survive kat KL ni kan?

Kenapa aku tak berterus-terang aje tadi. Aku tak takut kalau mak marah. Aku cuma bimbang jika mak kecewa.

Aku kena cari alternatif lain. Aku wajib kena jugak cari kerja baru. Wajib! Walaupun bukan lagi jadi seorang penyiasat, tapi aku tetap harus bekerja. Kerja apa pon aku dah tak kisah dah. Walau jadi seorang mekanik sekalipun. Aku sanggup.

KETAGIHWhere stories live. Discover now