Pom pom pom pom pom ...Berkepul-kepul asap keluar dari ekzos motor kapcai kuning abah. Makin ku pulas minyaknya, makin bising bunyi enjinnya. Antik. Itu yang penting.
Aku meronda dengan si kapcai melihat pemandangan kampung pagi ini. Indah dan nyamannya suasana kampung. Kalau di bandar sekarang, hanya enjin pacuan empat roda sahaja yang akan aku dengar. Hon berbunyi sana sini. Bingit! Dicampur pula dengan keadaan jalan raya yang sesak. Sungguh jauh bezanya dengan keadaan di kampung.
Adik tak singgah pon rumah mak semalam. Hmm biar aku yang singgah rumah dia. Mesti dia terkejut. Suprise!
Motor kapcai kuning abah yang ku tunggang, bergerak perlahan menuju ke kedai runcit Fauzi. Fauzi pun mesti belum tahu tentang kepulanganku. Maksudnya macam aku buat suprise kat dia jugak la ni.
Hampa. Kedai runcit Fauzi buka tapi kelibat atau bayangnya tiada. Kata pekerja-pekerja Fauzi, dia terpaksa mengambil emergency leave. Ada hal penting yang harus diselesaikan dengan segera katanya. Tak dapatlah aku jumpa Fauzi di sini.
Terpaksalah aku terus pergi ke rumah adik. Entah apa hal penting yang Fauzi tu sedang uruskan, aku jugak kurang tahu tapi bagus betul dia bagi kepercayaan kepada pekerja-pekerja dia yang lain untuk menjaga kedai. Mesti pekerja dia tu jujur dan amanah. Jenis yang tak mungkin tikam belakang. Songlap duit kedai pun in shaa Allah tidak akan pernah terjadi. Wajah-wajah mereka memang penuh dengan sifat mahmudah. Aku juga yakin dengan mereka.
"Assalammualaikum. Zara oh Zara. Bukak la pintu ni dik oi. Abang datang ni. Assalammualaikum."
Salam diberikan berkali-kali tapi masih tiada yang menyahut.
"Eh, engkau Rif? Hawau betul. Bila kau sampai? Makcik tak tau pun."
Lain yang dipanggil, lain pula yang keluar. Mana adik ni?
"Semalam petang saya sampai sini cik Lijah. Sori la cik kalau saya bagi salam kuat sangat tadi. Tak pasal-pasal ganggu makcik pulak."
"Eh, takde makna ganggunya pon. Ha, kau cari si Zara ke? Dia mana ada rumah."
"Adik saya pergi mana pulak makcik?"
"La... Kau tak tau ke? Waktu adik kau tengah sapu sampah dekat laman ni tadi, tiba-tiba dia jatuh pengsan. Itu yang makcik terus call laki dia. Tapi tak tau pulak kalau Farid bawak Zara pergi klinik desa atau terus ke hospital."
Aku tergamam seketika. Adik sakit ke? Kenapa boleh sampai pengsan pulak ni?
"Acik Eppp!!!"
Suatu tubuh kecil menerpa dari belakang. Dia mendakap tubuhku erat. Mujur aku tak tersungkur ke depan. Nyaris-nyaris aku terpeluk makcik Lijah. Kalau terpeluk plus tercium, nazaklah aku nanti. Mahu kena flying kick Pakcik Kassim, (suami makcik Lijah) nanti.
"Eh, Ajim. Dari mana ni? Rindunya acik Ep kat kamu."
Tubuh kecil itu ku dakap ketat. Mungkin dia merasakan sesak nafas seketika.
"Waninya cik Ep. Ajim nak wani judak."
"Wangi ke? Ajim nak wangi macam acik Ep?"
"Nakkkkk!!!" kepalanya diangguk laju dan dia merangkul badanku lebih erat.
"Ok, jom ikut acik Ep jumpa atok dengan opah ey."
Badan kecil itu ku dukung. Ku letakkan dia di bahagian motor kapcai kuning abah.
"Terima kasih cik Lijah dah tolong tengok-tengokkan Ajim sementara ibu ayah dia takde ni. Terima kasih jugak sebab dah tolong adik saya tadi. Kalau takde cik Lijah tadi, entah apa jadi kat adik saya. Terima kasih banyak-banyak."
YOU ARE READING
KETAGIH
Mystery / ThrillerAku baru tinggal di kampung selama sebulan tapi macam-macam cerita pasal orang kampung aku dengar. Ketagih! Disebabkan hobi aku yang suka menyiasat, aku bongkar satu persatu kenapa dan mengapa mereka semua ketagih. Ikuti rahsia disebalik insan-insan...