Bab 10

2.3K 34 3
                                    

Pagi-pagi lagi aku sudah bangun. Tak pasal-pasal tidur pagiku diganggu.

"Woi! Tak baik lepas subuh tidur balik! Bangun! Bangun!"

"Hmmm... Aku ngantuklah. Aku nak tidur kejap jek. Nanti aku bangunlah." Aku menghiraukan Mirul.

"Suka hati kau lah. Aku nak balik ni. Lambat pulak aku masuk office nanti."

"Baru pukul 6:30? Awalnya kau nak balik. Balik naik apa?"

"Kau mamai tidur lagi ni. Semalam aku datang sini naik apa? Naik kereta aku kan? Tentulah aku nak balik ni pun naik kereta aku. Dah pergilah sambung tidur tu. Otak kau dok senget benget lagi tu."

Kata-katanya ibarat melayang dibawa angin. Aku tak dengar apa-apa pun malah kepalaku, ku bawa ke bantal empuk. Aku lena kembali.

* * * * *

"Ya Allah anak bujang aku sorang ni! Tak bangun lagi? Patutlah tak nampak batang hidung dia dari pagi tadi. Rif! Rif! Bangun! Bangun! Matahari dah nak naik terpacak atas kepala ni."

Suara bising itu membuatkan aku tersedar. Siapa yang bising pagi-pagi buta ni?

"Hmmm... Ngantuk lagi ni. Kejap lagi orang bangun ler." Aku kembali melelapkan mata.

"Bertuah punya anak! Bangunlah Rif. Dah pukul berapa dah ni?"

"Pukul berapa mak?" tanyaku.

"Sebelas!"

Mataku automatik celik segar. Pukul sebelas dah? Adush! Rosak plan aku nak melawat kampung sebelah pagi-pagi buta. Kena pergi petang lah ni jawabnya.

"Kenapa mak tak kejut Arif pagi tadi?" Aku bingkas bangun, mencapai tuala mandi lalu keluar dari bilik.

"Manalah mak tahu kamu tu tidur lagi. Selalunya kamu pandai bangun sendiri, pandai bangun pagi," kata mak sambil membontotiku dari belakang.

Aku masuk ke dalam bilik air. Mandi. Lepas ni aku tetap nak ke kampung sebelah.

"Sarapan ni ada lagi untuk kamu. Nanti habiskan," suara mak kedengaran dari dapur.

"Sarapan apanya mak? Dah pukul berapa dah ni? Makan tengahari terus aje ler," jeritku dari dalam bilik mandi.

"Habis nasi goreng kamu ni siapa nak habis kan? Habiskan yang ini dulu, baru boleh makan nasi putih," tegas mak.

"Huh?"

Ayoyo! Mak memang seorang yang tegas. Selagi dia boleh elak pembaziran, selagi itu dia cuba elak. Dari dia aku belajar mendisiplinkan diri untuk kawal pembelajaan harian. Bukan nak katakan kedekut tapi berjimat cermat. Beli apa yang perlu sahaja.

Usai mandi, aku dengar suara bising di halaman rumah. Aku kenal sungguh suara itu. Ajim. Tengah main bola la tu.

Aku masuk ke dalam bilik lalu lekatkan pakaian ke tubuh seksiku. Pakai T-shirt sudah cukup memadai.

Aku membelek wajah di cermin. Bulu di muka mula menumbuh. Jambang kian kelihatan. Ah! Balik nantilah aku cukur.

Aku membaca semula beberapa helaian kertas yang pernah aku catit. Satu persatu aku belek. Ah! Alangkah ruginya kalau penyiasatan aku ini tidak diteruskan.

Sedang aku khusyuk membaca semula segala catatan ringkasku, tiba-tiba kedengaran bunyi riuh di halaman rumah. Aku segera berlari keluar kerana teringatkan Ajim yang sedang bermain bola.

KETAGIHWhere stories live. Discover now