"Kopi O panas satu. Kurang gula." Aku mengambil order terlebih dahulu sementara menunggu Mirul sampai ke sini.
"Minum jer? Makan?" tanya si gadis molek di depan mataku ini.
"Minum dulu. Kejap lagi member datang, saya order lain ya."
"Kawan perempuan yang haritu tu ke?"
"Eh tak. Hari ni member lelaki."
"Ohhh." Si gadis mengangguk tanda mengerti lalu pergi.
Aduh! Senyumannya! Aku hampir saja cair!
Aku membelek henfon di tangan. Wi-fi percuma yang tersedia, aku gunakan sebaik-baiknya, tidak sesekali aku sia-siakan. Aplikasi Whatsapp di henfon aku cari lalu mencari nama Insp. Mirul dibahagian 'contacts'.
Butang call aku tekan.
Bunyi di talian ada tapi tidak ada yang mengangkat. Malang.
Aku menghantar pula pesanan ringkas di Whatspp kepadanya.
Kau suruh aku datang, aku dah datang. Tapi kau pulak takde! Jangan sampai balai kau besok aku bakar!
Send !
Dua tick kelihatan di skrin henfonku tapi tidak di-read-kan. Suatu kekejaman yang nyata.
Tapi bagus juga kerana tidak di-read-kan tidak sesakit sudah naik tanda blue tick tapi haram tak dibalas malah diendahkan sahaja. Hawau!
Beberapa minit sudah pun berlalu namun Mirul masih lagi tidak kelihatan. Air kopi panas yang masih tidak berusik ini juga hampir menjadi sejuk.
"Mana kau ni setan!" kataku perlahan.
Aku membawa secawan air kopi hitam pekat ke bibir lalu ku cicip sedikit.
"Woi!" Aku disergah dari belakang.
Air kopi tumpah ke baju ku dan ke seluar ku. Aku bangun serta merta dari dudukku tadi.
Ahhh! Habis semuanya kotor! Tambah lagi dengan bau busuk kopi!
Mujur aku tak pakai baju berwarna putih atau cerah. Kalau tidak, pasti nahas jadinya. Tiga hari tiga malam aku kena sental dengan Clorox.
"Terkejut bongok!" aku meninggi suara.
Semua mata mula melihat ke arah kami. Aku menjadi perhatian pelanggan kedai tomyam siam saat ini. Malu!
"Sori bro tapi aku memang sengaja sergah kau tadi. Rasa tak apa yang aku rasa dulu? Hahaha," kata Mirul sambil meninggalkan tawa dihujung ayat.
Mirul mengangkat tangan memanggil waitress comel tadi lalu dia order apa yang dia nak. Tomyam campur.
Oh ya. Sekarang aku dah rasa apa yang Mirul rasa dulu. Dulu waktu kitorang bekerja sama-sama, sebelum dia di-transfer-kan ke sini, aku pernah buat benda yang sama dekat dia.
Masa tu pagi lagi. Kitorang kononnya nak pekena kopi lah pagi-pagi kan. Biar fresh sikit.
Dia tunggu aku kat Uptown Cofee. Bila aku dah sampai situ, aku pulak pergi sergah dia dari belakang waktu dia tengah hirup air nescafe. Habis satu baju kotor.Nak nak pulak dia pakai baju kemeja warna putih. Lagilah dia mengamuk. Aku bisu tanpa kata. Bukan aku pun yang basuh baju tu nanti. Aku tak tahulah berapa lama dia mengadap menyental baju kemeja dia tu. Tak pun dia hantar pergi dobi terus.
Tapi nasib baik sekarang aku pakai baju warna gelap. Blue black. Takdelah nampak sangat kesan kotoran kopinya tu.
"Dah tak payah nak merungut pasal baju kau tu. Sekarang ni kau nak job ke tak?" tanya Mirul.
YOU ARE READING
KETAGIH
Mystère / ThrillerAku baru tinggal di kampung selama sebulan tapi macam-macam cerita pasal orang kampung aku dengar. Ketagih! Disebabkan hobi aku yang suka menyiasat, aku bongkar satu persatu kenapa dan mengapa mereka semua ketagih. Ikuti rahsia disebalik insan-insan...