"Ren bangun la, dah lewat ni" Jeonghan mengejut Ren yang sedang lena tidur.Jeonghan sedang bersiap untuk ke sekolah. "Ya !! Ren !!" Tempik Jeonghan.Ren terus bangun terduduk apabila mendengar abang kembarnya menjerit memanggil namanya. "Ishh kau ni,pukul berapa dah ni?" Soal Ren. "Dah pukul 6 pagi kau tahu tak.Semalam kau yang pesan nak pergi sekolah awal." Kata Jeonghan. "Dah la cepat siap,aku nak pergi buat sarapan." Jeonghan terus beredar ke dapur. Seperti biasa itulah rutin dia setiap pagi kerana ibu dan bapa mereka terpaksa pindah ke luar negara atas urusan kerja.Dia lah yang banyak membuat kerja rumah manakala Ren pula ditugaskan untuk pergi ke pasar sahaja. "Jeonghan !!" Ren memanggil Jeonghan dari dalam bilik. "Aishh dia ni" selepas siap menghidangkan sarapan di atas meja makan baru Jeonghan beredar ke bilik Ren. "Kau nak ape?" Soal Jeonghan kepada Ren yang sedang berdiri di hadapan cermin. "Ermm tolong pakaikan tie ni jap.. hehehe" pinta Ren.Jeonghan mengeluh "aku ingatkan ape la,panggil tu macam emergency sangat". "Saje je sebenarnye" Ren tergelak kerana dapat mengusik Jeonghan. "Dah" kata Jeonghan setelah selesai mngikat tie pada Ren. "Jom breakfast" jeonghan terus beredar keluar dari bilik Ren.Setelah siap berpakaian kemas Ren terus mencapai beg sekolahnya lalu keluar dari biliknya untuk sarapan. "Jeonghan,aku rindu omma la.Bile la omma nak balik" kata Ren sambil mengambil tempat duduk dihadapan Jeonghan. "Kau ingat aku tak rindu ke. Dah 6 bulan omma dengan appa tak balik."balas Jeonghan lalu menghulurkan sandwich kepada Ren.Ren menyambut huluran Jeonghan.Ren dan Jeonghan menikmati sarapan. "Sedap betul kau buat sandwich ni.kenyang terus." Puji Ren. "Terima kasih.Dah jom pergi" ajak Jeonghan.Ren terus berlari ke arah rak kasut untuk memilih dahulu kasut yang hendak dipakai."Ya !! Ren kasut aku, kau jangan nak ambik" jerit Jeonghan dari dapur yang sedang mengemas. "Nasib la sape cepat dia dapat,kasut kau kan banyak." Ren terus menyarung kasut ke kaki nye. "Jeonghan aku tunggu dekat bus stop.cepat sikit!!" Jerit Ren lalu terus beredar.Selang 5 minit kemudian,Jeonghan pula keluar dari rumah.Dia mengunci pintu rumah untuk memastikan rumah tersebut selamat.Jeonghan pun pergi ke bus stop di mana Ren telah tunggu nya disitu."Woi lambat betul" marah Ren. "Banyak kerja la aku nak buat,kau yela tau makan je"balas Jeonghan.Jeonghan mengambil tempat disebelah Ren. "Ah,bas dah sampai" mereka berdua menaiki bas dan menuju ke sekolah.
"Wei kau ade dengar cerita tak pasal rumah banglo dua tingkat yang ade kes pembunuhan 2 tahun lepas?" Soal Minhyun. "Ade" jawab Raina dan Joshua serentak. "Bagus.Ade orang kate rumah tu berhantukan." Minhyun menarik nafas sebelum meneruskan bercakap."Pastu,pembunuh still lagi tak dapat ditangkap sampai sekarang." cerita Minhyun. "Mengarut je tu" celah Jun. "Eleh kau mane tau ape² , sibuk je" marah Lizzy. "Aku penah lalu depan rumah tu,tiba² bulu roma aku meremang" kata Joshua pula. "See,dari luar pon dah ade aura dia tu" kata Minhyun. "Wey,tu kembar dah sampai" Raina memuncungkan mulutnya ke arah Ren dan Jeonghan. "Hey,kembar sini la"ajak Minhyun.Ren dan Jeonghan menarik kerusi untuk duduk bersama dengan Minhyun,Raina,Jun,Joshua dan Lizzy. "Cerita ape ni?"soal Jeonghan. "Pasal rumah banglo yang berhantu tu" jawab Lizzy. "Ahh~asal tibe-tibe bukak story pasal rumah tu?"soal Ren. Raina menjongketkan bahunya "ntah tanye Minhyun"." Semalam aku tngok cerita hantu pastu teringat pulak pasal banglo tu" terang Minhyun."Jom pergi rumah tu nak?" Cadang Joshua. "Gile ke!!" Jerit Lizzy lalu terus bangun dari duduknya. "Woi relaks la" Joshua cuba tenangkan Lizzy.Lizzy kembali duduk di kerusinya. "Aisshhh aku cadang je" kata Joshua. "Bagus jugak cadangan tu" Minhyun bersetuju dengan cadangan Joshua. "Kite pergi sabtu nak tak?" Sambung Minhyun lagi."Next week la,Sabtu ni aku ade hal" pinta Ren.Minhyun berfikir sejenak "okay lah".
Loceng sekolah berbunyi tanda tamatnya waktu sekolah.Seperti biasa Ren dan Jeonghan akan pergi ke Cube Cafe sebelum pulang ke rumah."Kau nak minum ape?"soal Jeonghan yang sedang beratur untuk mengambil pesanan."Americano Latte." Balas Ren sambil berdiri bersebelahan Jeonghan.Setelah membuat pesanan mereka mengambil tempat duduk yang tidak jauh dari kaunter.
"Jeonghan,kau nak pergi ke ?" Soal Ren sambil melabuhkan duduknya di hadapan Jeonghan."Pergi mane?." Soal Jeonghan buntu sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.Ren mengeluh."Pergi rumah banglo tu la." Ren menggambil Americano Latte lalu meminumnya untuk menghilangkan rasa dahaga."Oh, Entah. Aku ikut je." kata Jeonghan sambil mengacau Cappuccino yang dipesan tadi.Ren mengeluh lagi sambil meletakkan kedua tanggannya dia atas meja. "Kalau macam tu, kita pergi la." Kata Ren ceria."Tapi.." Ren menghentikan kata katanya."Tapi ape?" Soal Jeonghan setelah selesai menghirup Cappucinonya."Aku takut la." Ren tersenyum tawar. Jeonghan hairan dengan kata-kata Ren "Takut kenapa?" "Yela,kau tau kan rumah tu dah lama tak ade penghuni,mungkin berbahaya" terang Ren."Dah tau takut kenape nak pergi jugak?"Jeonghan menjeling Ren. "Saje." "Kalau kau menangis nanti, aku tak nak tolong." Kata Jeonghan selamba."Dah la jom balik,aku penat" Jeonghan bangun dari duduknya dan keluar dari Cube Cafe diikuti Ren.Seperti yang telah dikatakan oleh Ren,dia mempunyai hal penting untuk dilakukan pada hari Sabtu.Pada pagi itu, Ren bersiap awal untuk keluar.Dia hanya meninggalkan nota pesanan ringkas di atas meja makan.Dia tidak mahu mengejut Jeonghan daripada tidur jadi dia hanya perlu menulis nota. "Ah,baik aku keluar cepat sebelum Jeonghan bangun.Kalau dia bangun mesti dia nak ikut" bisik Ren lalu terus beredar pergi. Tiba-tiba Ren berhenti di satu jalan yang sunyi di hadapannya ada sebuah rumah banglo, lalu dia menelefon rakan yang hendak bertemu dengannya "hello , wey kau nak jumpe aku kat mane? Aku dah penat berjalan ni"."Ya !! Ren sorry la aku ade hal lain.Kite jumpe lain kali la" jawab rakannya itu lalu mematikan panggilan. "Ishh tak gune betul la" marah Ren lalu melihat keadaan sekelilingnya. "Aku kat mane ni,aku tak tau pulak yang aku dah jauh berjalan sampai ke sini.Mana pergi semua orang." Ren ternampak banglo dihadapannya."Banglo?".Ren terasa seperti ada aura yang mengajak dia untuk masuk ke dalam rumah itu.Ren melangkah masuk ke kawasan banglo yang sudah usang itu.Kemudian, Ren perlahan-lahan membuka pintu dan masuk ke dalam rumah banglo tersebut.Tiba-tiba dia terasa sakit yang teramat di bahagian kepalanya dan penglihatannya semakin kabur.Dia Rebah.
-Continued-