Chapter 3

44 5 0
                                    

"Jeonghan"
"Jeonghan"
"Jeonghan"

"Arghhhh" Jeonghan mengerang kesakitan. Kepalanya terasa seperti dicucuk-cucuk. "Jeonghan? Kenape ni?" Lizzy segera memapah Jeonghan dan bergerak ke arah sofa berdekatan. "Arghhh" kini dadanya terasa sakit. "Bagi dia air" arah Minhyun.Raina menghulur botol air kepada Jeonghan. Jeonghan segera minum air tersebut bagi menghilangkan sesak di dada dia. Jeonghan mengah seperti baru sahaja berlari 400M. "Kau kenape?" Soal Joshua. "Aku..tak tau.Aku macam dengar..Ren panggil aku.Dada ni sakit sangat" terang Jeonghan sambil tangannya mengurut dada. "Tak ape kau berehat dulu.Jun jom tengok keadaan sekeliling dulu" Minhyun menarik tangan Jun untuk pergi ke tingkat dua. "Ishh kau ni tak payah la tarik tangan aku,aku boleh jalan sendiri la" Jun memarahi Minhyun. "Korang hati-hati tau" jerit Raina sebaik sahaja melihat Jun dan Minhyun berada di tingkat dua. "Okay" balas Minhyun. Minhyun dan Jun memasuki sebuah bilik tidur utama. Sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke dalam bilik tersebut , mereka terus memeriksa keadaan bilik tersebut.Tapi malangnya tiada apa yang dapat bantu mereka. "Aku rasa kat dalam bilik ni tak ade pape la" kata Minhyun lalu bergerak ke arah katil. Manakala Jun pula memeriksa almari pakaian. "Eh ape ni" Jun ternampak ada sebuah kotak di sebalik pakaian yang berlipat. Lalu Jun pun mengambil kotak tersebut.Setelah mengambil kotak itu,Jun pergi ke arah Minhyun. "Minhyun tengok ni" Jun segera membuka kotak dan melihat isi kotak tersebut. "Mane kau dapat?" Soal Minhyun teruja. "Dalam almari pakaian tu". Terdapat beberapa keping gambar di dalam kotak itu. "Gambar sape ni?" Minhyun mengambil satu gambar keluarga. "Macam bukan muka korean.Mungkin ke ni ?" Minhyun dan Jun melihat sesama sendiri. "En William!!" Mereka menyebut nama lelaki eropah itu serentak. "Tolong tanamkan mayat kami.Tolong kami" kedengaran suara seorang wanita yang sedang merayu minta pertolongan. "Huh?" Jun menoleh ke arah suara tersebut.Sebaik sahaja Jun melihat wanita tersebut dan dibandingkan dengan gambar yang dipegang "Puan William?". Jun pengsan. "Yaa Jun!!" Minhyun duduk disisi Jun sambil mengejutkan Jun. "Jangan takut,saya tak akan apa-apa kan kamu berdua.Saya cuma mahu minta tolong agar kebumikan mayat kami dengan aman.Saya risau suami saya akan menjadi lebih ganas" kini Puan William semakin menghampiri mereka berdua.Minhyun memegang erat tangan Jun. "Jun bangun la" Minhyun cuba untuk sedarkan Jun lagi.Puan William menghulurkan pendant berlian kepada Minhyun. "Kenapa?" Gunakan ini untuk perlindungan daripada suami saya. Pakailah". "Perlindungan?Maksud puan" Minhyun menyarungkan pendant berlian ke lehernya.Kemudian dia memandang Puan William tetapi Puan William sudah tiada. "Urggh" Jun tersedar daripada pengsan. "Ah kau dah sedar.Jun jom" Minhyun berdiri dan menolong Jun untuk berdiri. "Mane Puan William?" Soal Jun. "Dia dah pergi.Mungkin nanti kita akan jumpe dia lagi" Minhyun memapah Jun keluar dari bilik dan pergi semula ke rakan-rakannya yang berada di tingkat 1.

"Kau dah okay?" Soal Lizzy kepada Jeonghan.Jeonghan sekadar mengangguk. "Jun dengan Minhyun tak turun lagi ke?" Soal Joshua. "Ntah la" Raina intai tingkat 2 . "Tu pon diorang" . "Eh kenape dengan Jun?" Joshua segera berlari ke arah Jun dan bantu Minhyun memapah Jun. "Tadi Jun pengsan" jawab Minhyun. "Pengsan sebab ape?" Mereka bawa Jun ke sofa berdekatan Jeonghan. "Ni yang aku nak cerita" kata Minhyun.Jun di rehatkan disebelah Jeonghan. "Tadi Jun terjumpe sebuah kotak,dalam tu ada gambar keluarga En.William.Mase kami tengah asyik tengok gambar tu,Puan William muncul" kata-kata Minhyun dicelah oleh Lizzy "Dari mane dia datang?". "Aku tak tau la.Dan dia pesan supaya kebumikan mayat mereka 3 beranak.Sebab sekarang En.William tengah mengganas nak balas dendam. Dan dia bagi aku pendant berlian ni untuk lindung diri daripada En.William" Minhyun menunjukkan Pendant berlian yang dipakai pada leher kepada rakan-rakannya. "Tapi masalahnye, mane mayat diorang?" Soal Lizzy. "Tu aku tak pasti, yang pasti kite kene segera kebumikan mayat mereka dan selamatkan Ren" Jawab Minhyun. "Kalau macam tu jom kite berpecah kepada 2 kumpulan" Jeonghan yang sudah pulih bangkit daripada duduknya. "Raina ,Minhyun dan Jun korang satu group.Aku,Lizzy dan Joshua 1 group". "Okay,kami akan check tingkat atas,and korang tingkat bawah ni" arah Minhyun. "Good luck,ape-ape hal call" kata Joshua. Minhyun , Jun dan Raina pergi menaiki tingkat 2 rumah banglo itu. Manakala , Jeonghan,Joshua dan Lizzy memasuki ruang dapur yang terletak di bahagian kanan ruang tamu "Kemas jugak dapur ni" Lizzy memerhati keadaan sekiling dapur tersebut. Kemudian dia ternampak kelibat seorang budak perempuan berlari ke arah ruang tamu. Tanpa berfikir panjang Lizzy mengekori budak tersebut tanpa disedari olah Joshua dan Jeonghan. "Aku rase bahagian dapur ni tak ade ape-ape kot" kata Jeonghan. "Jom pergi Joshua, liz...." kata-kata Jeonghan terhenti apabila dia mendapati Lizzy tidak bersama dengan meraka. "Lizzy mane?". "Tadi ade je kat sini?" Joshua mula mencari Lizzy di kawasan berdekatan.Jeonghan turut mencari Lizzy. "Lizzy !! Lizzy !!" Jeonghan menjerit memanggil Lizzy.Joenghan berlari ke ruang tamu diikuti Joshua. "Ape ni?" Joshua mengambil penyepit rambut berbentuk bunga di atas lantai. "Jeonghan.." Joshua mendekati Jeonghan dan memberi penyepit rambut tersebut kepada Jeonghan. "Ni Lizzy punye" Jeonghan mengambil penyepit rambut itu daripada Joshua. "Dia mesti ade pergi sini tadi dan mungkin pergi ke arah sana" Jeonghan menuding jari ke arah bilik yang berada diri bahagian kiri mereka. "Jom check sane" Joshua terus bergerak ke arah bilik yang ditunjuk oleh Jeonghan.Mereka memasuki bilik tersebut.Bilik tersebut merupakan pejabat En. William. "Aku check kat bahagian meja" Joshua pergi ke arah meja kerja En.William. Jeonghan pula pergi ke arah rak buku.Terdapat banyak buku tentang pekerjaan di situ. "Asal buku macam pelik je" Jeonghan mengambil buku tersebut.Tiba-tiba rak buku tersebut terbuka,terdapat bilik rahsia disebalik rak tersebut. "Joshua..." Joshua mendekati Jeonghan. Jeonghan dan Joshua memasuki bilik tersebut. "Lizzy?" Jeonghan ternampak Lizzy terbaring di atas lantai dan terus berlari ke arah Lizzy diikuti Joshua. "Lizzy.awak okay tak?" Jeonghan meletakkan kepala Lizzy di atas ribanya. Joshua pula melihat keadaan sekeliling bilik tersebut. "Jeonghan?" Lizzy tersedar daripada pengsan. "Awak okay?" Soal Jeonghan. "Ye saya okay" Lizzy bangun dari baringnya. "Macam mane awak boleh ade dekat sini?" Soal Jeonghan lagi. "Tadi mase dekat dapur saya nampak ade budak perempuan dekat ruang tamu jadi saye ikut la dia dan dia bawak saya ke sini.Pastu saye tak sedar ape-ape dah" terang Lizzy. "Mesti ade ape-ape dekat sini" Joshua membuat konklusi."Korang tak perasan ke?" Soal Joshua. "Ape?" Balas Jeonghan. "Bilik ni lantai dia papan,tak sama dengan lantai bilik pejabat tu" Joshua pergi ke lantai yang nampak lain daripada lain. "Iye la" Jeonghan bantu Lizzy bangun. "Tengok ni ade pintu masuk bawah tanah" Joshua membuka pintu yang menuju ke ruang bawah tanah. "Jom" Joshua menuruni tangga diikuti Jeonghan dan Lizzy. "Sape ade bawak flashlight?" Soal Joshua. Jeonghan membuka beg yang disandangnya daripada tadi dan mencari torchlight. "Nah" Jeonghan menghulurkan torchlight kepada Joshua.Joshua menyuluh sekitar kawasan berdekatan. "Tempat ni?" Jeonghan mula mengingati sesuatu. "Kenape?" Soal Lizzy. "Macam dalam mimpi aku" jawab Jeonghan. Joshua mula langkah ke hadapan "mungkin berdekatan sini". Mereka bertiga berjalan sehingga ke hujung lorong dan terdapat sebuah bilik yang diterangi cahaya lampu. Jeonghan perlahan-lahan memasuki bilik itu "Ren!!" Jeonghan ternampak Ren terikat dengan akar pokok berduri.Mujur tiada siapa-siapa di situ dan Jeonghan terus berlari ke arah Ren diikuti Joshua dan Lizzy. "Ren? Bangun la.Ni aku" Jeonghan memukul manja dipipi Ren. Jeonghan mengeluarkan pisau dari dalam begnya dan memotong akar pokok berduri daripada terus terikat pada Ren. Ren masih tidak sedarkan diri.Terdapat beberapa luka kecil pada muka , tangan dan kaki Ren akibat terkena duri yang tajam. Di kepala nya terdapat luka besar seperti kesan dipukul dengan kuat. Joshua bantu Jeonghan memapah Ren. "Kita akan keluar daripada sini" kata Jeonghan. Joshua dan Jeonghan mula mengatur langkah untuk keluar dari situ dan Lizzy hanya ikut dari belakang. Tiba-tiba "Not so fast kid" ..

"En.William?!!!!"

-Continued-

Bungalow In The Silent StreetWhere stories live. Discover now