"She's flying to KK tomorrow. Aku dah booked tiket untuk kau cumanya kau akan sampai lebih awal dari dia. Ni hotel dia KK. Ni je yang kawan dia beritahu aku. Other than that, sorry bro. Tak dapat aku nak tolong."
Emir pandang clear folder yang Azri letak atas meja. Tadi dia saja gertak Wirda. Tak sangka pulak memang betul Wirda nak 'lari'. KK? Emir senyum sinis. Kenapa tak lari ke Kathmandu saja terus? Lagi jauh!
"Mir... you do know what you're doing, right?" Azri pandang Emir. Lama. Bertahun kawan Emir, tapi payah betul dia nak jangka tindakan si kawan.
Emir diam. Memang dia tahu apa yang dia buat. Yang dia tak tahu, macam mana penerimaan Wirda. Kalau Wirda masih Wirda yang dulu, mungkin tak ada masalah. Tapi dah 2 tahun tak jumpa. Mungkin juga Wirda dah berubah jadi lain. Takkan sama dengan Wirda yang berumur 24 tahun dua tahun dulu.
"Whatever it is, I hope you'll succeed. Bukan senang nak pujuk hati yang merajuk."
Emir ketawa tak ada perasaan. "Pujuk?"
"Err... bukan kau cari dia sebab nak pujuk dia ke?"
"Ada aku sebut aku nak pujuk dia ke?" Soalan Azri dibalas dengan soalan.
"Habis tu yang kau beriya cari dia kenapa?"
Emir diam. Adalah sebab kenapa dia cari Wirda. Kalau tak ada sebab, tak adanya dia beriya jejak ex-wife dia tu. Tapi belum masa dia kongsi sebabnya dengan Azri. Belum masa dan mungkin juga tak akan kongsi langsung. Semuanya bergantung pada outcome pertemuan dia dengan Wirda.
Wirda...
Weird...
Weirdo...
I can't wait to see you!
*
LEWAT! Sepatutnya pukul 8.00 dia sampai ke KL Sentral. Tapi sebab terlajak tidur lepas subuh tadi, jadual yang dia atur terganggu. Ni semua gara-gara tak boleh nak lelap lepas dapat mesej daripada Emir. Dari dulu sampai sekarang, mamat tu memang tak habis-habis buat hati dia huru-hara!
Mata melilau cari kelibat minah saleh rambut blonde di sekitar kaunter KLIA Ekspress. Janjinya nak naik ERL ke KLIA 2. Takkan Kate dan Emmet dah pergi dulu? Tadi dalam WhatsApp katanya nak tunggu.
"Wirdaaa!" Mendengar namanya dipanggil, Wirda toleh ke belakang."Kate!" Wirda berlari mendapatkan rakan lamanya sebaik sahaja dia nampak kelibat Kate dan Emmet muncul.
"How are you doing, girl?"
Buat sesi orang berjumpa. Peluk-cium pipi kiri kanan dengan Kate. Tunduk sikit kepala dengan Emmet. Lepas tu bertanya khabar berita. Dia kenal Kate dengan Emmet tahun lepas masa dia ikut Agil dan Lea ke Praha. Pasangan dari Wales ni traveller sejati. Dah banyak negara mereka jelajah. Kalau nak ikutkan, mereka dah pernah sampai Malaysia. Cuma kali ni mereka nak ke sebelah Borneo pulak. Mereka nak mendaki Kinabalu. Nak sunbath tepi pantai. Apa yang bestnya 'bakar kulit' tepi laut tu entahlah.
"Are you sure you don't want to climb the mountain with us?" Kate tanya lagi soalan yang pernah dia tanya masa mereka berbincang tentang trip ke KK.
Laju Wirda menggeleng. Memanglah dia suka aktiviti luar tapi tak sampai tahap nak hiking dan climbing ni. Daki Bukit Broga semata-mata nak shoot gambar matahari terbit dulu pun dia rasa nak putus nafas, ini pulak puncak tertinggi negara tu. Biarlah Kate dan Emmet saja yang buat. Sementara nak tunggu mereka naik turun gunung, dia akan pergi explore bumi Sandakan. Boleh juga tambah material untuk travel log dia.
YOU ARE READING
MASIH BERHARAP a.k.a Hey, it's okay...
Romance"Yang dinamakan cinta itu, bila dua hati saling sayang menyayangi." Selama ini Wirda sangka hati dia dan Emir memang di saluran yang sama. Tapi rupa-rupanya dia bertepuk sebelah tangan. Ikatan suci yang wujud antara mereka akhirnya terputus. Dua tah...