TRIPOD, checked. Filters, checked. Lenses, checked. Mata ligat menilik satu persatu barang atas meja sambil dibandingkan senarai dalam check-list sebelum peralatan fotografi dia itu akan dimasukkan ke dalam beg.
Esok dia tak masuk studio. Dari rumah kena terus ke KLIA, untuk menaiki penerbangan ke Kota Kinabalu sebab cuti hujung minggu kali ini dia perlu menjadi pemandu pelancong merangkap jurugambar tak rasmi Kate & Emmet, kenalan dia dari Wales. Hendak bercuti ke Kota Kinabalu dan Kundasang kata mereka. Segala kos perbelanjaan perjalanan dan penginapan, Kate dan Emmet yang tanggung. Dia cuma perlu jadi jurugambar dan temani mereka berjalan-jalan sahaja. Dia sendiri pun sebenarnya baru sekali menjejak kaki ke Sabah. Itu pun sebab perlu mengikut bos dia menjalani photoshoot di sana beberapa bulan lalu. Nak jalan-jalan tengok tempat orang pun tak sempat sebab waktu itu jadual kerja mereka sangatlah padat. Jadi, bila Kate dan Emmet pelawa, dia terus bersetuju. Rezeki datang bergolek, dia terima sahajalah. Lagipun hujung minggu ini memang dia tak ada apa-apa jadual photoshoot pun.
"Weird, ada call!" Sedang ralit buat kerja, majikannya menjerit memanggil nama manjanya.
"Siapa?" Dia toleh ke belakang, pandang muka Agil, bosnya.
Agil angkat bahu. "Dah tanya tapi katanya old friend."
Wirda tarik muka tak puas hati. Tak gemar sebenarnya dapat pemanggil jenis yang macam ini. Apalah yang susah sangat nak beritahu nama? Macamlah nama tu limited edition sangat sampai yang payah sangat nak beritahu. Adalah sebabnya kenapa Agil bertanyakan nama tadi. Bukannya suka-suka nak buat cabutan bertuah kut! Sekurang-kurangnya kalau tahu nama, boleh juga dia pilih untuk nak jawab atau tidak panggilan itu.
"Tanyalah siapa..."
"Dah tanya dua kali dah. Dia tetap bagi jawapan macam itu. Kalau kamu tak jawab, dia kata dia akan terus call sampai kamu jawab."
Wirda pandang Aqil dengan riak tak percaya. Apa yang poyo sangatlah pulak orang yang mencari dia ni?
"Cepatlah!"
Malas-malas Wirda menapak mendekati Agil. Bibir dah tarik muncung panjang.
"Jangan nak muncung sangat. 'Mengundang' tu!"
Wirda cuma juling mata ke atas. Faham sangat maksud 'mengundang' yang disebut Agil. Cuma dia tahu yang Agil melawak. Nak mampus main cium-cium anak dara orang? Ingat dia tak reti melawan? Lagipun, bini Agil ada dekat meja reception depan tu kut!
Telefon bertukar tangan.
"Helo?" Lemah sahaja dia menyapa si pemanggil.
"Hello. Wirda Ali?"
Jantung tiba-tiba berdetak lain macam. Suara itu... macam pernah ku dengar suara itu tapi di mana ya? Macam suara orang itu. Tapi... ishhh! Tak mungkinlah. Sudah bertahun-tahun kut!
"Ya, ini Wirda." Takut-takut dia menjawab.
Jeda. Orang di sebelah sana berdeham perlahan sebelum sambung bicara.
"It's me..."
Oh dang! Hati Wirda dah tak tentu arah rasa. Suara garau itu memang dia masih cam, tapi masih sukar dia nak akui.
Tak mungkin dia... tak mungkin dia! Masih lagi dia sebut ayat yang sama dengan harapan kata-kata itu akan jadi kenyataan.
"Me...who?" Pertanyaan minta kepastian walaupun dalam hati memang dah macam ada pertunjukkan bunga api berdentam-dentumnya.
"Emir. Emir Rizwan."
Wirda kelu. Tangan naik ke dada. Eeekkkk! Nampaknya kata-kata dia memang takkan jadi kenyataan. Emir Rizwan.
"Err... Emir?" Sangatlah dia tak sangka. After all these years?
"Yes, Weirdo... it's me. Emir."
Oh crappy crap crap! Sahihlah memang Emir sebab dalam dunia ini hanya seorang manusia sahaja yang panggil Wirda dengan nama itu.
Emir Rizwan cari dia. But why? Soalan itu tak mampu dia nak luahkan dengan kata-kata.
Pre-order sedang berlangsung sehingga 18.9.2023. Harga akan berubah selepas tarikh PO.
YOU ARE READING
MASIH BERHARAP a.k.a Hey, it's okay...
Roman d'amour"Yang dinamakan cinta itu, bila dua hati saling sayang menyayangi." Selama ini Wirda sangka hati dia dan Emir memang di saluran yang sama. Tapi rupa-rupanya dia bertepuk sebelah tangan. Ikatan suci yang wujud antara mereka akhirnya terputus. Dua tah...