"Saya nak ke bilik kak long" jawap Khalilah.
"Untuk apa? Kau nak tidur dalam kak long?" tanya Tengku ismail yang kedengaran hairan.
"Er. Adalah" jawap Khalilah dengan wajah sedikit kemerahan. Tengku ismail semakin hairan melihat perlakuan Khalilah.
"Okey" kata Tengku ismail. Dengan pantas Khalilah meninggalkan Tengku ismail. Di depan bilik Tengku nadrah, Khalilah menjadi serba salah untuk mengetuk pintu bilik kerana bimbang Tengku nadrah sedang tidur. Dari jauh Tengku ismail sedang memerhati Khalilah yang hanya berdiri di depan pintu tanpa berbuat apa apa.
'Dia nak buat apa sebenarnya tu' tanya Tengku ismail dalam hati.
Dengan berani Khalilah pun mengetuk pintu bilik Tengku nadrah.
Tok tok tok.
Nadrah pun membuka pintu.
"Eh Khalilah. Ada apa datang bilik kak long ni? Bukan sepatutnya Khalilah dangan Is sekarang?" tanya Tengku nadrah.
"Kak long, boleh saya masuk dalam?. Ada sesuatu yang saya nak tanya" jawap khalilah. Tengku ismail dari jauh memasang telinga. Tengku nadrah menganguk dan membenarkan Khalilah masuk ke biliknya.
'Apa hal kena masuk bilik kak long ni? Kena dengar dekat sikit' kata Tengku ismail dalam hati. Di dalam bilik, Khalilah berasa segan segan untuk bertanya.
" Kak long ada tuala wanita? " tanya Khalilah setelah selesai berperang dengan perasaan segan. Tengku nadrah ketawa sambil membuka almari pakaian lalu mengeluarkan tuala wanita dan diberikan kepada Khalilah.
" Kepunanlah is bulan ni" kata Tengku nadrah dengan saki baki ketawa. Ketika membuka pintu mereka terkejut melihat Tengku ismail sedang berdiri di depan pintu.
" Is curi dengar ye?" tanya Tengku nadrah sambil membuat muka marah.
" Mana ada. Is lalu je. Apa itu?" tempelaknya sebelum terpandang bungkusan yang dipegang Khalilah. Dengan pantas Khalilah menyorokkan tuala wanita itu dibelakangnya.
" Adalah. Kesian is" sindir Tengku nadrah. Tengku ismail kebingungan.
YOU ARE READING
TEMUI CINTAMU DI SEOUL
RandomSiapa sangka di awal usianya harus berkahwin dengan pilihan keluarga. Suami yang tidak pernah menganggapnya sebagai isteri. Dalam diam Khalilah menyimpan kisah silamnya daripada Tengku ismail tetapi diketahui oleh keluarga mentuanya. "Jangan harap a...