BAB 1

441 12 0
                                    

"Aku terima nikahnya Engku Nurkhalliah bt Engku Hassan dengan mas kahwinnya sebanyak RM2000 tunai" katanya dengan lantang.
"Sah? Alhamdullilah" kata tok kadi. Lantas bercucuran air mata mengalir ke pipi Khalilah.
'Ini air mata kegembiraan atau kekecewaan?' tanyanya di dalam hati. Pada usia 15 tahun dia telah menjadi isteri kepada sepupunya sendiri iaitu Tengku ismail. Semuanya kerana permintaan ayahandanya sebelum meninggal.
"Bersedia untuk bacaan doa" kata tok kadi.
"Amin, syukur alhamdullilah" sambung tok kadi lagi. Selesai bacaan doa, Tengku ismail bangun bagi menyarungkan cincin perkahwinan ke jari Khalilah. Khalilah menyulurkan menyulurkan jari lalu disarungkan cincin. Tangan Tengku ismail diambil lalu dicium. Selesai sesi menyarung cincin mereka bergerak ke halaman rumah untuk melayani hadirin yang hadir ke majlis perkahwinan mereka. Khalilah hanya memberikan senyuman palsu di wajah. Di dalam hatinya hanya Allah yang tahu. Selesai jamuan, mereka bergerak ke bilik untuk berehat. Sampai di bilik, Tengku ismail menutup dan mengunci pintu lalu memandang ke arah Khalilah. Khalilah berasa takut melihat pandangan itu.
"Jangan harap aku akan terima kau jadi isteri aku!. Kau faham?" kata Tengku ismail. Amarah itu yang disimpan kini dilepaskan.
"Saya hanya reda" jawap Khalilah dengan sopan. Jawapan itu membuatkan Tengku ismail semakin marah.
"Ini semua sebab permintaan Uncle bob!" Marah Tengku ismail lagi.
"Awak nak marahkan apa lagi? Papa sudah meninggal"Kata Khalilah dengan spontan. Tengku ismail terdiam.
"Satu lagi, saya hanya minta awak hormat saya sebagai isteri" sambung Khalilah lagi dan berlalu pergi meninggalkan Tengku ismail bersendirian. Tengku ismail terkedu.

***************************************************************
Sori kalau bab ni bosan...ini kali pertama saya menulis..terima kasih kerana membaca

TEMUI CINTAMU DI SEOULWhere stories live. Discover now