BAB 5

230 11 0
                                    

"Kenapa kau kejutkan aku awal pagi ni?" amarah Tengku ismail kerana menganggunya tidur.
"Solat subuh" ringkas Khalilah
"Dah pukul berapa ni? Kau dah solat?" tanya Tengku ismail setelah bangun dari tidur.
"Pukul 6.30 pagi. Cepat nanti awak terlepas" jawap Khalilah pantas. Tengku ismail bangun lalu menuju ke tandas untuk mengambik wuduk. Apabila keluar Tengku ismail dapati Khalilah tiada di dalam bilik. Tengku ismail pun menghamparkan sejadah dan solat. Ketika Khalilah menuruni tangga untuk ke tingkat bawah, dia terkejut apabila melihat seorang wanita tua sedang mengemas. Wanita tua menoleh ke belakang dan terkejut melihat Khalilah.
"Awalnya puan muda bangun" kata wanita tua itu.
"Saya sudah biasa bangun awal pagi. Panggil saya Khalilah saja" jawapnya dengan sopan.
"Baiklah kalau begitu. Nama mak cik mak jah. Mak jah pembantu rumah" kata mak jah
"Okey. Lepas ini, mak jah nak buat sarapan ke? Nanti boleh saya tolong" pelawa Khalilah.
"Baiklah, Boleh mak jah bersembang sembang dengan Khalilah " kata mak jah sambil ketawa. Usai solat subuh, Tengku ismail turun untuk bersarapan. Ketika menuruni tangga Tengku ismail terserempak dengan Khalilah.
"Kau sudah makan?" tanya Tengku ismail.
"Belum. Tumpang lalu saya nak ke bilik ni" pinta Khalilah kerana Tengku ismail berdiri di tengah tangga. Sedar akan kesilapannya Tengku ismail berganjak sedikit. Tengku ismail menuju ke meja makan untuk bersarapan. Seluruh ahli keluarganya sedang bersarapan.
"Selamat pagi" tegur Tengku ismail. Setelah duduk, mak jah menyedukkan nasi untuk Tengku ismail. Tengku ismail menghadiahkan senyuman kepada mak jah.

TEMUI CINTAMU DI SEOULWhere stories live. Discover now