Part 5

314 26 1
                                    


" Omma, Suho nak pergi Singapore "

" What ? Suho, suho kan baru je keluar hospital ? Omma tak benarkan. No . "

" Okay, if that's what you want "

Suho melangkah masuk ke dalam biliknya.

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Malam menjelma, Suho masih berkurung di dalam biliknya. Dia hendak memulakan rancangannya. Dia melangkah keluar dari pintu biliknya. Dia berjalan menuju ke arah bilik omma nya. Dia menolak daun pintu perlahan - lahan , takut omma nya dikejutka oleh bunyi yang dibuat. Nampaknya omma dan appa sedang tidur lena. Dia menutup pintu dengan perlahan dan menarik bagasi yang penuh dengan keperluan keluar dari rumah. Sebelum keluar, dia telah meninggalkan sekeping nota di atas katilnya. Dia pasti omma dan appa akan menjumpai nota tersebut. Dia tidak sanggup hendak berbuat sebegini. Tetapi dia terpaksa. Dia sungguh terdesak.

---------------------------------------------------------------------------------------------------

INCHEON INTERNATIONAL AIRPORT

Suho melangkah ke arah pintu perlepasan. Semua sudah diselesaikan secara online. Sekarang hanya perlu berlepas sahaja. Suho menaiki kapal terbang dengan selamat dan berlepas ke Singapore .

---------------------------------------------------------------------------------------------------

" Suho ! Turunlah ! Makanan dah siap ! " Mrs. Kim menjerit dari tingkat bawah.

Tiada jawapan.

"Suho ! "

Masih tiada jawapan.

" Hyemi, pergi panggilkan Suho, mungkin dia masih tidur "

" Arasseo " Hyemi menunduk kemudian naik ke atas.

Beberapa minit kemudian, Hyemi turun dengan keadaan yang tergesa - gesa.

" Mrs. Kim ! Mrs. Kim ! "

" Kenapa? "

" Suho.. Suho.. "

" Kenapa dengan Suho ?! "

" Dia takde dalam bilik ! "

Mrs. Kim naik ke bilik Suho. Dia ternampak sekeping nota terletak elok di atas bantal. Mrs. Kim mengambil nota tersebut lalu membacanya. Dia menangis. Dia amat risau dengan keadaan Suho sekarang. Dia bergegas turun ke bawah.

" Omma, mianhe , Suho terpaksa pergi ke Singapore, Suho nak jumpa IU. Mianhe omma, saranghae ".

---------------------------------------------------------------------------------------------------

IU masuk ke dalam kelas. Nampaknya semua biasiswa sudah masuk ke dalam kelas. Almaklumla, professor mereka agak tegas. Keadaan kelas agak bising. IU hanya mampu menutup telinga menahannya. Dia segera duduk di sebelah kawan karibnya, Taeyeon. Taeyeon sudah lama di universiti itu tetapi dia selalu tidak dapat menghadiri peperiksaan akhir tahun menyebabkan dia terpaksa belajar di situ sehingga lah dia tamat pembelajaran di gred 8 .

" Annyeong ! " IU menyapa dengan ceria.

" Annyeong ! " Taeyeon membalas.

" Saya.." IU ingin memulakan perbualan.

" Okay class ! All of you open your book page 250 "

Maka kelas pun bermula.

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Suho akhirnya telah melangkahkan kakinya di Singapore. Dia tidak sabar hendak berjumpa dengan isterinya. Suho melangkah ke arah kereta yang telah tersedia. Dia telah meminta pembantunya untuk menyediakan sebuah kereta di Singapore. Dia segera menjalankan sistem navigasi dan bertolak ke National University of Singapore.

---------------------------------------------------------------------------------------------------

" Okay, that's all for today. Remember to hand in your proposal next week. "

IU dan Taeyeon melangkah keluar dari dewan pembelajaran. Mereka merancang untuk pergi ke mall. Melepaskan stress.

---------------------------------------------------------------------------------------------------

National University of Singapore

Suho berjalan ke pejabat dan terus bertanya kepada kerani.

" Boleh saya berjumpa dengan Lee Ji Eun? "

" Maaf tapi dia baru sahaja keluar tadi "

" Ke mana? "

" Maaf, saya tidak tahu, itu privasi pelajar "

" Kalau macam tu , boleh saya tahu dia tinggal di mana? "

" Itu juga kami tidak tahu kerana dia menyewa hostel di luar kampus "

Suho keluar dari pejabat dengan perasaan yang tidak puas hati. Memandangkan hari sudah semakin gelap. Dia membuat keputusan untuk menyewa bilik di sebuah hotel dan mula mencari IU pada keesokan harinya.

TBC


MemoriesWhere stories live. Discover now