Part 9

313 22 1
                                    

Last Part

Hyuna terjaga dari tidurnya. Tangannya terasa berat. IU tidur berlapikkan tangannya. Hyuna tersenyum. Dia cuba menarik tangannya tanpa mengejutkan IU. Hyuna memandang muka IU . Ada sedikit kesan lebam , mungkin akibat penculikan hari itu. Hyuna mengelus lembut pipi IU. Perbuatannya membuatkan IU tersedar. IU menggosok - gosok matanya.

" Sorry, aku buat kau terjaga. " Hyuna membuat muka bersalah.

" Eh,takpelah, aku memang patut bangun dah pun. Aku mandi kejap eh? Nanti aku bagi kau makan. " IU bangun mencapai tuala lalu terus masuk ke dalam bilik air. Mata Hyuna mengekori IU hingga dia hilang dari pandangan. Alat kawalan jauh di meja kecil dicapai dan butang kuasa ditekan. Terpapar cerita Pororo di TV.

" Pororo pun pororo lah. " Hyuna menonton cerita kartun budak budak itu .

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Suho memandu ke arah Mount Elizabeth Hospital. IU menelefonnya sebentar tadi memberitahu Hyuna sudah sedar. Dia perlukan maklumat. Wooyoung tidak dapat dijejaki polis. Tiada bukti atau klu menunjukkan dia di mana. Kereta BMW Suho masuk ke dalam kawasan hospital. Setelah meletakkan kereta di tempat yang sesuai dia keluar dan berlari ke arah wad Hyuna.

Suho menolak daun pintu perlahan. Semua di dalam bilik itu memandangnya pelik.

" Oppa..oppa buat apa tu ? Masuk je lah. " IU memecah kesunyian. Suho tersengih malu dan melangkah masuk ke dalam bilik itu.

" Hyuna, kau ada ingat apa - apa tak pasal kejadian tu ? " Suho bertanya setelah dia duduk di tepi IU.

" Aku tak ingat apa - apa . Kenapa? " Hyuna pelik.

" Polis tak dapat jejaki Wooyoung-- "

" Wai wait what ? Wooyoung? " Hyuna memotong percakapan Suho.

" Yes, Wooyoung, Jang Wooyoung. Kenapa ? Kau kenal ke? "

" Dia..dia kawan abang aku. " Hyuna masih terkejut. Wooyoung memang seorang yang baik. Dia dilayan bagaikan adik sendiri. Bagaimana dia boleh dicederakan oleh seseorang yang disangkakan baik?

" Kau call abang kau sekarang. Dia dekat mana? " Suho berdiri akibat terkejut. Hyuna mencapai telefonnya dalam keadaan terketar - ketar. Setelah mendail nombor abangnya, telefon ditekapkan ke telinga.

OTP

" Hyuna - ah ! Bogoshipeo ! Kenapa call abang ? " - Kim Jaejoong

" Op..oppa... " - Kim Hyunah

" Kenapa ni ? Hyuna sakit ke ? " - Kim Jaejoong

" Hmm, Hyuna sakit.. " - Kim Hyunah

" Hyuna kat hospital mana, abang ada dekat Singapore ni, nanti oppa datang . " - Kim Jaejoong

" Mount Elizabeth Hospital " - Kim Hyunah

" Okay abang pergi sekarang. " - Kim Jaejoong

EC

Hyuna menitiskan air mata. Selama dia bercakap tadi,dia cuba untuk tidak mengeluarkan suara yang bergetar. Jang Wooyoung. Nama seorang lelaki yang dia sayangi sebelum ini. Lelaki itu telah memecahkan kepercayaan Hyuna. Hyuna meraung. Irene, Eunha * IU cuba untuk menenngkan dirinya. Suho hanya duduk berdiam diri. Dia membuat keputusan untuk keluar mengambil angin .

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Suho memandang langit yang cerah. Cuaca sangat baik hari ini. Aman, tanpa sebarang guruh atau kilat. Tapi kenapa harini tidak seperti langit ini ? Aman ? Kepalanya serabut dengan pelbagai benda yang perlu difikirkan . Tiada sesiapa di atas bumbung tersebut kecuali dirinya. Angin sepoi sepoi menyapa mukanya. Suho menutup mata sekejap. Terasa seperti ada orang berdiri di sebelahnya. Suho membiarkan sahaja.

MemoriesWhere stories live. Discover now