Part 8

269 22 0
                                    


IU terjaga dari tidurnya. Badannya terasa begitu sakit. Dia mencuba untuk membuka matanya. Pandangan dialih apabila sinaran cahaya matahari menyakitkan matanya. Seluruh bilik dipandang dengan pelik. Dia tahu dia tidak berada di rumah. Warna kertas dinding yang sudah lusuh. Langsir yang koyakk rabak. Tiada satu pun perabot di dalam bilik tersebut. Cuma ada sebuah kerusi iaitu kerusi yang sedang diduduki olehnya. Badannya terikat di atas kerusi itu. Tiada niat di dalam hatinya untuk cuba melepaskan diri kerana dia tahu kudratnya sebagai seorang wanita amat lemah. Tambah - tambah lagi, sudah agak lama dia tidak makan. Kepalanya berdenyut. Kejadian semalam terlintas di fikiran. Kepalanya yang cedera terasa amat sakit. Pintu dibelakangnya dikuak. Dia tahu itu Wooyoung . Wooyoung duduk mencangkung dihadapannya. Jarinya menolak dagu IU ke atas supaya memandangnya.

" Good morning , Honey " Wooyoung tersenyum sinis. IU mengalih mukanya dari memandang Wooyoung.

" Apa kau nak ? " IU menjeling Wooyoung tajam.

" I want you "

" Lepaskan aku " IU berbisik kecil.

" What did you say ? " Wooyoung mendekatkan telinganya ke arah IU.

" Lepaskan aku ! " IU menjerit kuat. Wooyoung ketawa .

" Kau ingat lepas aku culik kau, aku nak lepaskan kau? " Wooyoung ketawa lagi. " Jangan harap " Wooyoung berjalan keluar dari bilik itu.

Pintu dikuak kembali.

" Ni makanan kau " Wooyoung mencampakkan sepaket roti dan sekotak susu coklat.

" Macam mana aku nak makan? " IU memandang muka Wooyoung.

" Pandai - pandai lah kau fikir " Wooyoung menghempaskan pintu .

IU cuba untuk membuka ikatan tali di badannya. Malangnya dia gagal. Dia teringat pada gelang tangannya yang mempunyai bentuk bulan yang seperti cangkuk. Dicuba untuk memotong tali itu menggunakan gelang itu. Akhirnya, dia berjaya. Paket roti di hadapannya di capai dan disuap ke dalam mulut. Kotak susu juga dibuka dan diteguk rakus. Sememangnya dia teramat lapar saat itu. Selapas makan, dia membuat keputusan untuk cuba melarikan diri. Tingkap dia dalam bilik itu cuba dibuka. Terbuka. Dipandang ke bawah. Agak tinggi. Nak lompat tak boleh. Tali juga tiada . Sekejap. Tali yang diikat dibadannya tadi masih ada. Dia mencapai tali itu lalu disambungkan bahagian yang terpotong tadi. Hujung tali diikat kepada kerusi . IU memastikan ianya selamat untuk digunakan. Kukuh. IU terus turun ke bawah. Mujur dia pernah melakukan latihan kebakaran di university. Sampai sahaja di bawah. Dia belari ke arah jalan raya lalu menahan satu teksi. Lokasi diberitahu. Balai polis ditujui.

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Eunha memandang sekeliling. Dia baru terjaga dan masih mamai. Kelihatan Irene dan Nayeon yang masih lena tidur. Dia berjalan keluar dari bilik.

" Hyuna unnie ! Masak apa pagi ni ?! " Eunha menggosok - gosok matanya. 

Sampai sahaja di ruang tamu, dia terkejut. Bersepah ! Kaca berteraburan di atas lantai. Ada setompok darah pekat juga. Pintu rumah terbuka luas. Hyuna terkulai lemah di atas sofa. Di lehernya terdapat garisan merah. Nampak seperti dicekik. Eunha bergegas ke arah Hyuna.

" Unnie !! Unnie ! Bangunlah ! Apa dah jadi ?! " Eunha menampar perlahan pipi Hyuna. Dia menjerit memanggil IU.

" IU unnie !! " Eunha berlari ke bilik IU . Malangnya, IU tiada . Hanya ada Irene yang masih lagi tidur nyenyak .

MemoriesWhere stories live. Discover now