-2

8.7K 169 8
                                    

"Nice shot babe! You looks so stunning! I love it!","well, tengoklah siapa model dia, ahaha".

Siapa yang tidak kenal Izwani Abd Mutalib, model majalah Playboy yang terkemuka. Memiliki wajah kacukan yang cantik dan tubuh badan yang mantap membuatkan dia mudah disukai ramai orang.

Petang itu selepas habis sesi fotografi di studio Galaksi, Izwani memandu Maserati-nya menghala ke sebuah kawasan perumahan yang agak elit. Sesampai di pondok pengawal, dia meminta kebenaran untuk masuk ke dalam untuk berjumpa seseorang. Setelah meletakkan keretanya di tempat parkir, Izwani berjalan dengan lenggak lenggok modelnya menuju ke tingkat 27.

"Hei! Apa ni? Buta ke?! Sial punya perempuan!" carut Izwani apabila dia ditolak oleh seorang perempuan masuk ke dalam lif. Izwani cuba untuk mengejar perempuan itu tetapi terlepas kerana pintu lif sudah tertutup. Izwani meneruskan carutan dan makian terhadap perempuan celaka itu sambil membetulkan make-up nya yang agak comot.

Ting! Izwani segera keluar dari perut lif dan menuju ke pintu 4. Dia menekan loceng dan muncul seorang lelaki yang layak menjadi ayah Izwani. "Hai sayang. I miss you so much!" rengek Izwani sambil rakus mencium bibir lelaki tersebut. Lelaki tersebut membalas ciumannya dan seterusnya, dan seterusnya.

Pagi esoknya, ketika Izwani sedang membuat breakfast, dia mendapat satu message. "You're next. Get ready" Izwani membuat muka bitch kerana dia tahu itu pasti perbuatan haters yang tidak suka kepadanya. Izwani hanya buat bodoh dan delete message tersebut. "Sayang, bangunlah. I dah buatkan breakfast untuk you." No respons. "Sayang! Baby, bangunlah. Dah pagi dah ni!" Izwani mula meninggikan suara but still no respons dari Datuk O yang gatal itu. Izwani mengejutkan kekasih hatinya beberapa kali sebelum dia sedar bahawa Datuk O sudah tidak bernyawa. Muka Izwani menjadi pucat dan dia berasa amat takut. Izwani segera teringat akan message yang diterimanya pagi tadi. Belum sempat dia buat apa apa, seseorang muncul dari belakangnya.

"Hai wani. Rindu aku tak? Hihi"
Izwani menoleh ke belakang secara perlahan lahan dan berasa amat terkejut. "Kau ke yang buat semua ni?!! Kau ke yang bunuh datuk ni?!! Sial punya perempuan!" maki Izwani sambil menahan tangisnya.

Perempuan itu hanya senyum sambil menggelengkan kepalanya. "Haih wani wani, kau still tak berubah kan dari zaman highschool dulu. Kau dah lupa ke, apa kau buat kat aku? hihi"

3 tahun sebelumnya...

Tinggal lagi beberapa minggu sebelum SPM. Semua pelajar SMK Seri Mawar semakin cuak dan sibuk mengulangkaji segala ilmu yang telah dipelajari. Yaya sedang belajar seorang diri di pondok membaca apabila dia tiba tiba diganggu oleh Izwani dan Syahani.

"Peh nerd sial kau. Acah acah study je. Eh nyampah pulak kite hahahaha!" kata Izwani sambil berdekah gelak dengan Syahani. "Ya, kau takyah la semangat study sangat. Baik kau join kitorang lepak kat umah wani kejap lagi" kata Syahani. "Buat apa lepak umah kau? Baik aku study je. Korang dua malas belajar kang dah habis sekolah jangan menyesal bila takdapat kerja yang elok" kata Yaya.

Izwani dan Syahani panas hati mendengar kata kata Yaya. Bagi mereka, Yaya adalah seorang perempuan yang acah bagus dan suci padahal dia pun sama teruk dengan mereka. Izwani memberi signal kepada Syahani untuk pegang kedua tangan Yaya. "Weh bodoh lepas lah! Aku nak study pun susah lah hakla korang ni. Ingat lawak ke buat macamni!" marah yaya.

Izwani mencengkam muka yaya dan menuangkan air sirap yang dia beli dari kantin tadi ke atas muka yaya. Habis comot muka dan baju sekolah yaya. Setelah itu izwani berkata "kau lainkali jangan nak tunjuk bagus sangat. Kau ingat kitorang suka sangat kat kau? Dah la sya, kita tinggal je betina ni." kata Izwani. Syahani pula membaling mee goreng ke baju sekolah yaya. Setelah itu mereka berdua pergi sambil gelak berdekah.

Yaya hanya mampu menahan airmatanya dan segera pergi ke tandas untuk membersihkan dirinya. Sejak itu, dia mula menyimpan dendam terhadap mereka berdua.

//////////////////////////////////////////////////////////

"Sekarang kau ingat? Jangan ingat yang kau boleh lepas macamtu je wani. Dulu kau tuang air sirap kat muka aku kan. Sekarang kau dapat la balasannya!" kata yaya.

Tubuh izwani diheret ke bilik mandi. Yaya mengikat tangannya dan menutup matanya. Di dalam bath tub, tersedia sejenis cecair yang boleh mengakis kulit. Yaya tersenyum dan membisikkan sesuatu di telinga Izwani, "wani, sekarang kau ada kat depan bath tub. Dalam bath tub tu ada asid yang memang high potentially boleh hancurkan muka kau yang lawa ni. So any last word?" kata yaya sambil gelak kecil.

Belum sempat Izwani membuka mulut untuk merayu, Yaya telah menolak kepalanya ke dalam bath tub tersebut. Kulit muka Izwani hancur sehingga menampakkan tulang pipinya. Izwani meraung meminta tolong. Yaya hanya memandang Izwani tanpa ada sedikitpun rasa kesian dalam hati.

Setelah beberapa minit, raungan Izwani sudah tidak kedengaran. Tubuhnya sudah lemah dan tidak bergerak. Izwani sedang nazak namun yaya tidak mempedulikan keadaannya. "Penderitaan kau tak habis sampai sini je wani" bisik yaya.

Yaya mula mengambil sebotol madu dan melumurkan madu itu ke seluruh badan Izwani. Izwani hanya mampu meronta dengan lemah. Setelah selesai, yaya membuka balang yang menyimpan beratus ratus semut merah yang bersaiz agak besar dan membebaskannya ke atas tubuh Izwani. Semut semut tersebut rakus menggigit setiap inci kulit izwani yang diselaputi madu. Kesan gigitan semut ada di seluruh tubuh izwani. Badannya hancur dan kelihatan berlubang lubang. Semut semut tersebut juga menggigit bahagian organ dalamannya. Izwani sudah tidak seperti rupa orang. Yaya tersenyum puas dan meninggalkan kondo mewah tersebut.

"two done, five left"

dendamWhere stories live. Discover now