-4

7.4K 149 10
                                    

Petang itu, Suhaila sedang menikmati pisang goreng yang dimasak oleh bibik. Dia sedang bermalas malasan di rumah sambil menonton cerita upin dan ipin apabila tiba tiba ketenangannya itu dirampas oleh Puan Suzila.

"Suhaila Maisara bt Ghani! Ya Allah budak bertuah ni!" jerit Puan Suzila.

"What's up ma? Ada apa ni tetiba jerit jerit? Kacau la ma. Su tengah rilek rilek ni huh" balas Suhaila

"Kan mama dah suruh siap dari tadi. Kejap lagi kita nak jumpa dengan Zafran, bakal tunang kamu tu. Ni buat apa lepak depan tv lagi? Pi siap cepat!" arah Puan Suzila.

*Aduh mampus aku. Taknak aku kahwin dengan mamat poyo tu. Perangai entah apa apa tu nak jadi calon suami aku? Heh, please la. Lagipun, sekarang dah zaman 2015 kot. Mana ada dah parents tolong carikan pasangan untuk anak anak. Mama ni oldschool sangat la. Aku kena fikir idea supaya takyah jumpa si Zafran tu* monolog Suhaila di dalam hati

"Ala ma, Su banyak kerja nak kena buat. Tu ha, banyak fail kena siapkan. Bos nak esok. I think lain kali jela eh ma Su jumpa dia. Su busy sangat. Boleh tak ma? Hehe" kata Suhaila

"Haih kamu ni banyak alasan betul! Ha yelah, mama dengan papa maybe lambat balik malamni. Lock the door ok? and don't wait for us" balas Puan Suzila

"Ha yelah ma, takecare ma. Muah" balas Suhaila sambil memberikan sebuah ciuman di pipi mamanya.

Sejurus memastikan pintu dan tingkap dikunci, Suhaila masuk ke dalam biliknya. Dia berbaring seketika dan terlelap sehinggalah pukul 9 malam. Suhaila terjaga dari tidur apabila berasa dirinya seperti diikat.

Alangkah terkejutnya Suhaila apabila menyedari tangan dan kakinya diikat dengan kemas di kepala katil.

"Shit! I've been robbed! Bibik! Bibik! Tolong su!" jerit Suhaila sambil meminta bantuan

"Bibik kau dah mati Su. Now you're all alone"

Suara seorang perempuan...
Suhaila terkejut dan cuba mencari siapa empunya suara itu. Suara itu datang dari bilik mandinya. Yaya keluar sambil memegang erat beberapa pisau rambo di tangannya.

Yaya mendekati Suhaila secara perlahan perlahan. Peluh sudah mula membanjiri seluruh tubuh Suhaila. Suhaila hanya berdiam diri dan tidak bergerak. Dia tidak mahu dibunuh, dia masih mahu hidup.

Suhaila hanya memerhati setiap pergerakan Yaya, bekas kawan baiknya itu sambil berdoa di dalam hati.

"Asal kau senyap? Dulu kau yang paling kecoh buat cerita tentang aku kan? Sekarang kenapa kau senyap?" tiba tiba Yaya bersuara

"Aaaku ttak bbuat apa apa pun" balas Suhaila, cuba untuk menipu Yaya

"Kau tipu! Kau buat cerita teruk pasal aku! Kau hancurkan hidup aku!" jerit Yaya sambil menahan airmatanya

"Kau tak ingat ke dulu, kau tuduh aku goda cikgu kaunseling sekolah kita yang kau gila gilakan sangat tu. Cikgu tu tak layan kau sebab dia suka aku lepastu kau sakit hati dan kau tuduh aku 'main' dengan cikgu tu setiap hari lepas balik sekolah padahal aku tak buat semua tu! Aku tak dapat keadilan pun dekat sekolah tu sebab semua cikgu takut dengan bapak kau. Kau guna kuasa bapak kau sebagai ketua PIBG kat sekolah tu. Aku kena gantung sekolah sebulan dan kena tanggung malu, cikgu tu pulak kena buang kerja. Dan kau! Kau puas hati la kan tengok hidup aku terseksa?! Kau memang kejam Su, tapi aku lagi kejam!" luah Yaya sambil menjerit kepada Suhaila

"Ttak! Aku tak buat semua tu weh! Sumpah!" kata Su sambil menangis

"Ah kau diam. Aku taknak dengar apa apa lagi dari mulut busuk kau" balas Yaya

Yaya meletakkan beberapa bilah pisau rambo di tepi katil Suhaila dan memilih pisau yang bersaiz kecil. Dia mula mendekati Suhaila.

"Kau nak buat apa ni? Jangan apa apakan aku weh. Aku tak salah!" rayu Suhaila

Yaya tidak mempedulikan rayuan Suhaila. Dia memakai sarung tangan getah dan mula mendekati Suhaila. Rintihan dan tangisan Suhaila tidak dipedulikannya.

Yaya membuka mulut Suhaila dan mengeluarkan lidahnya. Dia mengerat lidah Suhaila dengan menggunakan pisau rambo tadi. Darah terpercik di seluruh katil Suhaila. Suhaila meronta ronta minta dilepaskan tetapi Yaya tidak mempedulikannya.

"Inilah balasan untuk orang yang suka buat fitnah macam kau" kata Yaya dengan perlahan

Selepas selesai mengerat lidah Suhaila, Yaya membuka ikatan tangan dan kakinya. Suhaila tidak mampu melawan kerana berasa kesakitan yang amat sangat di mulutnya.

Setelah itu, Yaya mendirikan Suhaila di dinding dan mengambil beberapa batang paku lalu memaku kedua tapak tangannya ke dinding. Suhaila meraung kesakitan tetapi Yaya tidak mempedulikannya.

Yaya mengambil sebilah lagi pisau rambo yang bersaiz sederhana dan menjauhi Suhaila. Dia mengagak jarak yang sesuai antara dia dengan Suhaila.

Yaya mula membaling pisau rambo ke arah kepala Suhaila. Mata Suhaila terbeliak melihat pisau tersebut yang bakal menamatkan nyawanya sebentar lagi. Balingannya tepat ke sasaran iaitu kepala Suhaila. Maka tamatlah nyawa Suhaila di tangannya. Darah terpercik ke mukanya dan di sekitar bilik tersebut.

Yaya mendekati mayat Suhaila dan mencabut pisau itu dari kepalanya. Setelah itu dia membelah kepala Suhaila dan memasukkan potongan lidah tadi.

Yaya tersenyum puas melihat hasil kerjanya dan beredar dari rumah agam tersebut.

"4 done, 3 left"

dendamWhere stories live. Discover now