-6

5K 142 5
                                    

Lagu Korea berkumandang dengan kuat di seluruh rumah agam itu. Zafisya Anaqi atau Zaf sedang mengadakan sebuah private party di rumahnya.

Zaf adalah seorang tomboy yang meminati lagu lagu Korea dan style Kpop. Disebalik ke-jambu-annya itu, Zaf juga terkenal sebagai seorang yang kaki pukul dan gemar mendera orang lain.

Semasa zaman sekolah dahulu, Yaya sering menjadi mangsa sepak terajangnya. Ini kerana Yaya adalah satu satunya manusia di SMK Seri Mawar yang berani melawan arahannya.

/////////////////////////////////////////////////

Zaf dan Yaya tinggal di asrama tetapi berlainan blok. Zaf gemar meragging Yaya kerana dia sering ingkar arahannya.

Pada satu hari, Yaya ternampak Zaf dan gengnya sedang hisap rokok di belakang dorm. Yaya memberitahu kepada warden dan Zaf digantung sekolah selama dua minggu. Zaf berdendam kepada Yaya dan berjanji akan mengenakan Yaya secukup cukupnya.

Sekembalinya Zaf ke asrama, dia meneruskan aktiviti rutinnya iaitu meragging budak. Zaf menunggu hingga ke tengah malam dan mengajak gengnya menuju ke dorm A12, bilik Yaya.

Setelah sampai, Zaf dan gengnya masuk ke dalam bilik Yaya. Kawan Zaf, Lina menekup mulut Yaya dan memegang kedua tangannya. Yaya yang sedang lena tidur terkejut dan berasa cemas.

"Kau nak sangat jadi barua kan? Kau tak senang hati kan tengok aku? Kau suka lah bila aku kena gantung asrama kan? Takpe, kau tunggu nasib kau kejap lagi" bisik Zaf di telinga Yaya.

Sejurus selepas berkata kata, Zaf mengeluarkan sebekas botol yang mengandungi air coca cola, air liur, daun kering, abu rokok dan colgate. Zaf menyuruh dua orang lagi rakannya, Lina dan As untuk menahan Yaya. Setelah itu, dia menuangkan air tersebut ke dalam mulut Yaya dan memaksa Yaya menelannya.

Yaya hanya mampu menangis dan mengikut arahan Zaf kerana dia takut dibelasah oleh Zaf. Sejak kejadian itu, Yaya tidak lagi melawan arahan Zaf dan rela menjadi punch bag untuk Zaf. Adakalanya pula, kepala Yaya direndam dalam baldi yang berisi air rendaman stokin busuk. Yaya terus menerus diperlakukan sedemikian rupa sehinggalah dia tamat belajar.

///////////////////////////////////////////////////


Malam itu, Zaf berasa amat mabuk sehingga dia tidak mampu untuk mengingati apa apa. Tanpa pengetahuannya, seseorang telah menyelinap masuk ke dalam bilik tidurnya.

Yaya hanya tersenyum melihat perangai Zafisya Anaqi yang masih tidak berubah. Yaya memanjat ke atas katil Zaf dan membalikkan badannya yang meniarap. Yaya mengeluarkan sebilah pisau dan mula menoreh badan Zaf. Torehan Yaya agak dalam sehingga menampakkan isi dalamannya. Zaf yang sedang mabuk menjerit kesakitan dan meraung meminta tolong. Yaya menikam leher Zaf sehingga tembus ke belakang. Zaf sudah tidak bernyawa namun Yaya masih tidak berpuas hati. Zaf adalah manusia yang paling jahat kepadanya maka dia patut terima hukuman yang sewajarnya.

Yaya mula mencungkil kedua biji mata Zaf dan memijak bebola mata tersebut. Setelah itu, dia membotakkan kepala Zaf. Yaya masih tidak berpuas hati. Dia memakai sarung tangan getah dan mengambil sepana lalu mencabut gigi Zaf satu persatu. Selepas itu, Yaya menikan badan Zaf beberapa kali dan mencarikkan kulitnya dengan menggunakan pisau.

Setelah berpuas hati dengan hasil kerjanya, Yaya membakar badan Zaf dan berlalu pergi dari rumah itu.

Yaya tidak berhenti senyum memikirkan tentang keadaan Zaf.

"six done, one left"

dendamWhere stories live. Discover now