Cahaya Senja

103 7 0
                                    

Bunyi nyaring loceng menandakan sesi pembelajaran telah pun berakhir. Aku bingkas bangkit, mengemas baranganku lantas mengatur langkah untuk pulang.

"Fad! Fadlan!" aku berpaling mendengarkan namaku dilaung. Melihatkan si pemanggil itu membuatkan aku mengeluh. Dapat ku agak apa yang akan dikatakannya.

"petang ni ada latihan, bukan" ujarku, sekadar menduga.

Shafiq hanya tersengih. Huh, persis kerang busuk!

"ingat tu, macam biasa ya!" dia menepuk bahuku sebelum beredar. Aku hanya memerhati susuk tubuhnya yang semakin menjauh. Nampaknya, sekali lagi aku perlu melupakan rancanganku untuk makan di rumah. Disebabkan jarak rumah dan sekolah yang begitu jauh, aku terpaksa menaiki bas ke sekolah dan jika ada aktiviti petang sebegini, terpaksalah aku tunggu di sekolah sahaja memandangkan tiada siapa yang dapat menghantarku untuk menghadiri latihan.

Aku mengatur langkah ke surau dan menunaikan solat zohor. Perut yang berkeroncong minta diisi kutahan. pelajar-pelajar sudah ramai yang pulang dan kini yang tinggal hanyalah aku seorang, termangu-mangu kebosanan. Lantas, aku membuka buku untuk menyiapkan latihan yang diberi oleh cikgu.

"mana bekas pensel ni? Mesti tertinggal bawah meja!" aku mengeluh perlahan. mahu tak mahu, terpaksalah aku melangkah ke kelasku iaitu blok yang paling belakang sekali. Aku melangkah lambat sambil mulutku merungut atas kecuaian diriku sendiri. Melihatkan suasana sekeliling yang sunyi sepi, membuatkan bulu romaku sedikit meremang. Namun, digagahkan jua kaki ini untuk terus melangkah.

Tiba sahaja di depan blok, tiba-tiba satu perasaan aneh kurasakan. Aku menelan liur. Satu-persatu anak tangga kudaki sehinggalah badanku kini berdiri betul-betul di hadapan kelasku. aku menghela nafas. Lega! Mungkin perasaan aneh tadi kerana aku terlalu memikirkan yang bukan-bukan. Lantas, setelah mencapai bekas pensel di dalam laci, aku melangkah keluar kelas.

"warghh!!!" aku terdorong ke belakang sehingga terlanggar pintu kelas. Punggungku terasa pijar dan kepalaku senak. Seorang gadis sedang berdiri sambil tersenyum di hadapanku.

"er... a..awakk ni siapa!? Mm..macam mana awak boleh ada kat sini!?" aku menelan liur. Jantungku berdegup pantas bagai hendak pecah.

Gadis itu ketawa. Lembut. Dia mendekati dan memandangku, "sepatutnya, saya yang tanya awak, awak buat apa kat sini?". Matanya yang menatapku membuatkan aku gugup. Aku tunduk. Siapa perempuan ni? Melihatkan gadis itu masih berseragam sekolah sama seperti diriku, membuatkan aku terfikir, mungkin dia juga ada perkara yang menghalangnya untuk pulang ke rumah.

Bingkas aku bangun, menyapu debu yang melekat di seluar dan bajuku. "rasanya lebih baik awak balik, tak elok awak kat sini sorang-sorang. Awak tu perempuan." Ujarku, masih lagi menyembunyikan rasa gugupku. Entahlah, renungan matanya tadi membuatkan hatiku berdebar.

"tak apa, awak kan ada," dia tersenyum lagi.

"saya ni lelaki, awak tak takut?" Ugutku. Sekadar menakutkannya. Memang tidak elok jika dia bersendirian di sini. Lebih-lebih lagi ini adalah bangunan yang paling belakang. Sebarang kemungkinan boleh berlaku.

"saya...percayakan...awak! saya tahu awak baik, lagipun, saya suka duduk sini sampai petang," perlahan-lahan dia melangkah, menuju ke ruang di hujung koridor.

"memerhatikan matahari yang makin jingga, sehinggalah ianya tenggelam di balik bukit-bukau tu, cantik!" dia menongkat dagu.

"ALLAH tu Maha Berkuasa kan? DiciptaNya bintang besar ni dengan cukup indah sekali. Cahayanya tersebar di segenap ruang dunia."

Kupandang wajahnya yang kusyuk memandang langit. Matanya yang coklat keperangan kelihatan bercahaya dipanah mentari. Ya, memang cantik.

"kenapa?" ujarnya.

CherpenWhere stories live. Discover now