Abang, jangan berikanku Bunga Lagi

69 6 0
                                    

Pranggg. Mug kaca itu singgah dikepalanya sebelum jatuh ke lantai, pecah. Dia yang baru usai memecat kasut terus jatuh terduduk. Dunianya seakan berputar. Berbalam seketika pandangan. Dahi yang pijar disentuh dengan tangan yang menggeletar. Darah.

“Itu balasannya bila aku balik tengok rumah kosong!” suara Aidil menggeram. Afifah beranikan diri untuk mengangkat kepala. Jelas kelihatan wajah suaminya yang merah. Mata seolah olah berapi, cerlung menelan Afifah yang makin mengengsot ke birai dinding.

‘Abang,’ bibirnya bergerak tanpa suara.

“Bangun.” dia mara setapak. Afifah makin mengengsot ke tepi. Tak peduli tangannya yang bergesel dengan kaca kaca di lantai. Sebelah lagi tangan menghadang wajah, takut disakiti.

“AKU KATA BANGUN!” Suara Aidil naik seoktaf. Afifah cuba bangun, tapi lututnya terasa longgar.

Dicengkam rambut isteri malang itu, memaksanya berdiri.  

“Kau pergi jumpa lelaki tu lagikan?!” Afifah menggeleng laju.

“Habis kau pergi mana?” dengan tangan yang menggigil isteri itu tunding ke luar. Afifah tahu dia tak puas hati dengan jawapan yang diberi. Mata dia makin memerah. Panggg! Tidak semena mena penampar kanannya singgah di pipi. Terjelopok Afifah bertemu lantai. Pipi kirinya terasa panas.

“Yang bagi makan kau, bagi duit kau tu aku! Aku keluar cari rezeki, kau pulak pergi menggatal dengan lelaki lain! Isteri tak guna!”

“tak ada maruah ke huh?! Suami pergi kerja penat-penat, isteri sibuk menggatal! Sedarlah sikit! Kau. Tu. Cuma. Ada. Aku!!” Satu sepakan singgah ditubuhnya. Afifah mengongoi. Rusuk terasa perit macam hendak terbakar. Air mata sudahpun bercucuran keluar, dia tak tahan langsung.

Afifah memeluk kedua belah lututnya, menahan badan yang menggigil hebat.

Dari hujung telinga dia dapat dengar Aidil menghayunkan langkah kasar, meninggalkan dia terluka di situ.  

I got flower today. It wasn’t my birthday or any other special day.

We had our first argument last night, and he said a lot of cruel things that really hurt me.

I know he is sorry and didn’t mean the things he said.

Because he sent me flowers today.

Siling kamar tidur ditatap lama, sambil mengingati kembali bait-bait sajak yang dibaca dalam Ucapan Perasmian Presiden Perwani (Persatuan Wanita Insaf) dalam Mesyuarat Agung Pewarni minggu lepas. Sajak yang bertajuk ‘I got Flower Today” yang ditulis oleh Paulett Kelly 1992, dituju khas untuk wanita yang didera dan teraniaya.

 Dadanya kembali memberat. Terasa sakit dan senak disitu. Sajak itu terasa amat dekat dengannya, seolah menceritakan kembali jalan hidupnya dalam bentuk penulisan.

Afifah berpaling ke tepi katil, sebelum pandangannya menangkap sejambak bunga carnation bewarna putih yang ditinggalkan di atas meja. Di tepinya terselit kad kecil berwarna merah jambu dan atasnya tertulis, “semoga sayang cepat sembut, dan kita mulakan  episod cinta kita yang lebih hangat…”.

Dia  kenal tulisan itu.

 tulisan Aidil.

Afifah sendiri tak sedar bila ianya diletakkan di situ. Atau siapa yang letakkannya di situ. Mungkin Farah Ain. Sudah hampir tiga hari dia terlantar di katil akibat demam panas. Selepas kejadian tempoh hari, dia lari dari rumah. Lari dari suami sendiri, Aidil.

Dia masih ingat betapa malam itu dengan tangan penuh luka, dia memangku Umairah, anak kecil yang berusia 5 tahun sekaligus memandu laju tanpa hala tuju. Dia  meraung, menangisi sakit yang  tidak tertanggung lagi. Akhirnya, dia menuju ke tempat tinggal Farah Ain, teman akrab sejak dahulu kerana hanya Farah Ain yang dia punya selain Aidil. Ibu dan babahnya sudah lama meninggal, sejak dirinya bergelar seorang pelajar lagi.

CherpenWhere stories live. Discover now