AKU BUKAN SEORANG YANG GAGAL

40 5 0
                                    

  Aku renung sijil penghargaan yang baru kuterima tadi. Kemudian, beralih pula pada jam casio yang diberi sebagai tanda hadiah di atas pencapaianku.

Senyum.

Bangga pada diri sendiri.

Balik sahaja dari hospital aku terus menghempaskan diri ke atas katil, tidak peduli uniform putih yang masih tersarung di tubuhku, tidak peduli juga pada roomate yang sudah menjeling ke arahku. Telinga sudah prepare untuk menadah bebelan sama yang berulang - ulang, kalau dikira boleh dikatakan tiap hari juga lah.

"Tanggalkan uniform tu dulu, pergi mandi. Balik hospital dengan entah apa mikroorganisma yang awak bawa balik, selamba je landing atas katil!"

"Hmm..." Aku cuma mengeluh pendek. Malas layan. Mata masih ralit pandang skrin iphone yang baru beberapa bulan lepas aku pakai.

First notification ialah dari aplikasi yang menunjukkan telah masuk waktu zohor, seterusnya mesej dari ma bertanya bagaimana dengan aku hari ni. Yang lain hanya whatsapp whatsapp group yang aku kira merepek lagi banyak berbanding daripada yang penting.

Aku swap untuk remove semua. Kemudian media sosial pula aku buka satu persatu. Bermula dengan facebook - kes selva kumar aku scroll, kemudian ig - ramainya post majlis kahwin! detak hati ku dan terakhir twitter.

Aku taip 'hectic day' dan butang tweet aku tekan sebelum phone aku letak ketepi bantal.

Baru sahaja aku nak melelapkan mata ringtone telefon menyergah membuatkan mata aku kembali segar. Nama ma tertera sebagai pemanggil.

"Assalamualaikum,"
Terdengar ma menjawab salam aku di hujung talian.

"Baru balik kerja ke?"

"Hmm.." Jawabku acuh tak acuh

"Okay tak semester ni? Adik praktikal dekat wad ibu bersalin kan sekarang?" Ye, aku ada beritahu ma yang aku akan praktikal di ward obstestrik dan gynaecology untuk semester ni.

"Ha ah. Okay je."

"Hmm... Okay lah kalau macam tu. Abah kirim salam ni. Dia kata busy nya nurse kita sekarang. Call pun jarang jarang dah." Aku jawab salam suami ma iaitu abah tiriku dalam hati. Masih janggal lagi untuk aku anggap dia sebagai ayah aku.

Yelah, setelah 2 dekad aku hidup sebagai yatim bapa, bukan senang untuk aku anggap orang asing untuk hadir dalam hidup kami sekarang. Apatah lagi untuk menganggapnya sebagai ayah.

"Adik dah makan?"

"Dah, err.. Ma, adik belum solat zohor lagi ni. Lepas solat ni adik call balik ya?"

Lekas lekas aku beri salam sebelum aku off panggilan. Bukannya apa, aku cuma tiada mood untuk berbual buat masa sekarang.

Aku sambung ulit diri ke alam lena yang terganggu tadi sebelum sayut suara Ein kedengaran.

"Meen, petang ni kelas prep Pn.Hajar."

"Aku rasa... Aku tak masuk kelas petang ni." Mata masih katup. Jelas dengar keluhan Ein yang sedang lipat telekung kemudian bersiap ke kelas prep.

"Kau pernah gagal tak?" Soal Ein tiba-tiba sambil bersiap.

"Errr, gagal?"

"Ya, gagal."

"Selalu jugaklah. Waktu sekolah dulu paper biologi dengan add math aku selalu je gagal." Balasku sambil tergelak.

Ein senyum. "Kalau gagal dalam hidup?"

Aku diam. Sejujurnya aku tak pernah define hidup aku satu kegagalan. Malah mungkin aku lebih berjaya dari orang lain.

Aku ada peluang perkejaan yang cerah.

Keputusan peperiksaanku kini tidak pernah mengecewakan. Malah pernah dianugerahkan sebagai pelajar terbaik.

"Kenapa kau tanya begitu?"

"Sebab...."

Dia pandang aku sayu. Aku cuak. Ein ni kenapa?!

"Dulu aku pernah takrifkan kejayaan tu adalah satu pencapaian. Bagi aku, makin jauh aku pergi, bermakna aku makin berjaya. Tapi kemudian aku sedar yang aku sebenarnya silap. Sebab bila aku pandang ke belakang, banyak yang aku tertinggal, Meen."

"Aku sebenarnya gagal." Dia bangkit kemudian menyentuh bahu aku yang sudah duduk bersila di katil. Kata kata Ein buatkan liur yang kutelan terasa kelat.

"Sebab aku sayang kau...."

"Aku taknak kau pun gagal macam aku,"

Sebelum dia melangkah keluar, sempat dia toleh pada aku yang masih kelu.

"Jangan gagal ya, sahabat!"

Ein sedarkan aku tentang sesuatu.

Dia sedarkan aku bahawa aku terlalu selesa di zon yang kuanggap selesa sedangkan aku lupa, kejayaan itu bukan satu destinasi tapi satu perjalanan.

Mungkin aku berjaya.

Tapi hakikat aku masih gagal.

Aku gagal patuhi perintah Allah.

Aku gagal jadi anak solehah.

Aku gagal cari redhaNya.

Aku tunduk tekur lantai. Malu pada diri sendiri.

Kau masih belum berjaya, Meen. Jangan bongkak, jangan angkuh. Jangan riak.

Aku bingkas bangkit dari katil. Bergegas ke bilik air untuk berwudhu'. Selepas ini telah kurencanakan untuk menelefon ma sebelum ke kelas prep Pn. Hajar.

Biarlah aku mula bangkit dari kelekaan ini.

Kelekaan yang merupakan kegagalan. Dan aku takkan biarkan aku gagal dan terus gagal lagi  

CherpenWhere stories live. Discover now