Bahagian 1

552 15 0
                                    

-Kampung Pinggir, 1503 Masihi-

SEROJA... anak yang selalu diherdik, dimaki, dikasari separuh mati. Anak sulung yang dianggap menyusahkan ibunya. Usia dah menjangkau 18 tahun, tapi masih belum berumahtangga.

Anak dara tua! Pembawa sial! - Kata-kata si ibu yang selalu meremukkan hatinya.

Adik bawahnya berumur 16 tahun. Mempunyai anak seorang. Adik bongsu pula 14 tahun. Sudah dipinang orang dan bakal bernikah barang dua purnama lagi.

Tinggallah dia seorang yang masih belum bersuami dan terpaksa hidup bersama ibunya yang berhati kering.

######

MAK Puteh bercekak pinggang dengan wajah bengis mencerlung. Dadanya berombak deras kerana terlalu marah.

"Menangis lagi! Menangis kuat-kuat biar satu kampung dengar!"

Kepala Seroja ditampar kuat.

"Kau ni memang tak tahu serik! Berani ya kau curi makanan aku dan Anum! Orang macam kau ni layak makan sisa aku saja! Faham?!"

Seroja menangis teresak-esak. Dia terbaring mengerekot di atas lantai kayu, menahan pukulan demi pukulan yang singgah di tubuhnya. Dia tahu Anum sedang memandangnya sambil ketawa. Dapat didengar suara si bongsu mengejeknya dan menggiat ibu mereka supaya terus memukulnya.

Kenapa ibu bencikan Seroja? Bukankah Seroja juga anak ibu? Kenapa ibu??

Rintihannya hanya di dalam hati. Kalaulah Kesuma ada, pasti adiknya itu akan mempertahankannya. Malangnya, Kesuma tinggal bersama mertua di kampung seberang.

Pandangannya mula kabur. Perlahan-lahan, dia mula tenggelam dalam kegelapan.

SEROJAWhere stories live. Discover now