Aku turun dari atas setelah jam melewati angka 10 pagi. Ruang tamu riuh seperti biasa dengan kehadiran anak-anak saudara.
Kaki melangkah ke arah dapur mencari makanan untuk disumbat. Tudung saji diangkat dan kosong! Kaki menuju pula ke arah laci mencari maggi.
Maggi tomyam pun jalanlah. Lepas air mendidih aku masukkan perencah kemudian maggi.
"Engkaunya bangun lewat terus makan. Ya anak dara apanya begini?"
Suara sumbang milik wanita tua yang hampir menjangkau usia 60an tapi dia kata umur dia 35 tahun. Pergi mampus!
Dibiar suara sumbang itu tidak berjawab. Bukan saja aku bangun lewat kalau tak sebab sakit gigi, pukul 7 pagi aku dah tercongok dekat luar tengok kapal terbang lalu.
Semalaman aku berjaga sebab sakit gigi sampai aku telan air satu liter masih tak berkesan.
Maggi yang dah masak aku masukkan dalam mangkuk dan aku bawa ke ruang tamu. Niat nak ambil air dalam peti ais terbantut sebab bibik gila tu ada dekat peti ais.
Baru tiga sudu aku makan anak saudara aku yang kedua datang tadah mulut. Mahu tak mahu terpaksa aku berikan sedikit. Ni mesti bibik gila tak bagi anak saudara aku makan lagi ni.
Bibik nombor dua masih leka melipat kain dibawah tangga.
"Kak Yah, Dhiya tak makan lagi ke?" Bibik menoleh.
"Ya tadi Mai katanya mahu disuap tak ngak suapin juga. Sudah nonton tv dia ke dapur katanya lihat engkau bikin apa."
Bibik yang ni memang lurus. Dari depan sampai belakang, dari atas sampai bawah dan boleh kata semua kerja dia yang buat. Bibik gila tu tahu gayut telefon dengan tengok tv!
"Bibik! Suap Dhiya makan ni dia asyik ambil maggi orang ni!" Aku jerit sebab jiran semua dah lali dengan bunyi bising dari rumah ni.
"Engkaulah suap. Sudah bangun lambat lagi mau ngajarin orang itu ini. Ya engkau bagi makan saja, itu duit bapak bukan duit engkau jugak!"
Tahap kesabaran aku dah cecah had dia. Kak Yah dah terkocoh-kocoh bangun dapatkan makanan Dhiya.
"Orang bangun lambat pun sapa kisah. Kau tu patut sedar diri sikit, dah la bibik bangun pukul 7 lepas tu asyik tengok tv. Bodoh!"
Suara aku naik satu oktaf lagi. Memang sudah hilang hormat aku bila bercakap dengan bibik gila tu tapi aku masih tak faham kena uncle masih tak pecat dia. Sampah!
Aku makan secepat mungkin dan sambil makan aku setting astro. Semua channel aku letakkan pin kecuali channel kartun (611 sampai 637). Padan muka kau!
Lepas habis makan dan basuh pinggan aku keluar pergi rumah sebelah. Studio untuk jamming yang dilengkapi snooker pool bersama.
Rumah itu kosong kerana pemandu dan kawan baik uncle tak ada.
Baru aku nak mula menyanyi aku tengok ada kereta depan rumah. Pasangan suami isteri keluar dari kereta mewah bercermin gelap tu.
Aku keluar dari rumah sebelah dan pergi ke pasangan suami isteri barangkali.
"Assalamualaikum." Dari gaya nampak bukan orang biasa.
Uncle punya pangkat dalam masyarakat dan semua rakannya begitu. Aku syak mereka ini kawan uncle mungkin.
"Eh, waalaikumusalam." Serentak pasangan itu menjawab salam.
"Idris ada?" Sudah diagak.
"Uncle tak ada. Eh jemput masuk dulu." Aku pelawa pasangan itu masuk ke dalam laman rumah.
YOU ARE READING
Kisah cinta
RandomCinta yang terbina 11 tahun lamanya berakhir dengan begitu mudah. Hadirnya Zerr membawa pelangi menggantikan segalanya. Tapi ramai berkata sebelum hadirnya pelangi, perlu turunnya hujan. Tapi pelangi tak pernah wujud dalam dunia Marissa. Marissa x I...