Part II

144 2 1
                                    

Keluhan kasar jelas kedengaran. Dah hampir sejam aku menghadap laut ini tapi satu pun aku tak dapat cerna. Otak serabut.

Pagi tadi aku sampai KLIA dari Melbourne dan teragak-agak untuk pulang. Tak terasa langsung nak menjejak rumah dengan hati yang hancur ni. Tak mahu abang atau uncle perasan sebab malas nak susahkan hati mereka.

Tiba-tiba terlintas nama Pantai Cenang dan tak tunggu lama terus tiket ke Langkawi aku tempah. Penerbangan yang lagi sejam akan berlepas.

Now I'm here. Tak sangka aku akan kembali ke Holiday Villa ini lagi buat kali kedua. Tapi dengan membawa yang hati yang lara!

10 bulan bagi aku bukan masa yang singkat untuk aku kenali Zerr. Bertukar cerita, rasa dan perasaan. Dia jadi sebahagian dari aku, dia buat aku lupa Idraqi sekelip mata. Dia sembuhkan luka yang Idraqi toreh.

Tapi tak pernah aku sangka Zerr akan ulangi kesilapan yang sama. Tapi lebih teruk kesannya aku rasakan. Dalam diam dia kahwin lain dan dalam masa yang sama kononnya dia bermadu kasih dengan aku.

Ya Allah, dugaan kau timpakan terlalu berat untuk aku pikul.

"Marrisa."

Aku memusing kepala mencari suara itu. Wajah itu memeranjatkan aku dan aku tak sangka hidup aku sekarang terlepas dari mulut buaya masuk ke mulut harimau.

Idraqi tegak berdiri memandang aku. Aku pula kaku tak tahu hendak memberi reaksi bagaimana. Tapi sekarang aku lebih terkesan dengan perbuatan Zerr.

"Zarisy ada jumpa saya sebelum dia berlepas ke Melbourne dan dia ceritakan segalanya. Tapi semalam dia call saya kata awak ada dekat sana."

Aku jegil pada Idraqi. Kenapa perlu Zarisy cerita dekat dia? Kenapa Zerr ceritakan segalanya tapi tidak aku?

Marah menguasai diri aku saat ini dan rasa seolah ingin mencarik-carik wajah Idraqi mahupun Zerr. Dua-dua sama, pemberi harapan palsu dan pemusnah impian. Sebelum wajah Idraqi aku lempang baik aku jauhkan diri dari dia.

Kaki melangkah ke arah hotel dengan cepat. Aku nak balik secepat yang mungkin dan pergi jauh. Jauh dari semua orang yang aku kenal.

"Marrisa wait. We need to talk, please." Idraqi menjerit memujuk.

Takkan lagi aku biarkan diri aku ditipu dengan orang yang sama. Mungkin takkan ada lagi peluang untuk kaum adam. Terlalu lumat hancur hati aku.

"Marrisa." Kejap pegangan Idraqi pada lengan aku.

Sepantas itu juga aku pusingkan badan dan sebuah penampar aku hadiahkan buat Idraqi. Terketar-ketar seluruh badan aku lepas aku tampar Idraqi. Buat pertama kalinya aku berkasar dengan Idraqi dan rasa bersalah menggunung setingginya dalam diri ini.

Tak sampai seminit pun pipi putih milik Idraqi bertukar merah. Kesan tapak tangan aku yang aku pun tak sangka teruk. Idraqi masih tergamam kaku.

####

Baru suapan yang kelima kerusi depan aku ditarik oleh seseorang. Wajah Idraqi menyapa dan aku pula sudah bersiap sedia nak bangun dan pergi.

"Stay." Keras suara garau itu memberi arahan.

"What for he sends you here? Tak sangka kau sanggup jadi kuli dia." Sinis ayat aku.

"I met Zarisy at Penang Airport. He was with another lady then I go and talked to him. End up he told me everything until I need to catch up my final call to Langkawi." Idraqi menunduk.

Maksudnya Zerr cerita dekat Idraqi sebab terkantoi bukan sebab dia nak bagi tahu? Kenapa Uncle Yasin dengan aunty tak cakap apa pun? Siap tanya lagi bila kami nak bertunang? Takkan mereka tak tahu soal ni?

"Then, last night he called me non-stop. I waktu tu tengah meeting stop sekejap and dia kata yang you was at Melbourne too."

Mungkin rasa hati aku tepat kali ini. Patut beria sangat rasa nak berjumpa dengan Jazman melonjak dalam hati aku. Tak sangka ini apa yang telah Allah aturkan untuk aku.

Kononnya mahu ke California tapi lain pula jadinya.

"Lepas tu tadi masa dekat bawah pondok I perasan ada kelibat seorang perempuan dan bila I amati it is you! I call Zarisy because I ingat dia tipu tapi dia kata memang you ambil flight balik Malaysia."

Idraqi masih tak berjemu bercakap walaupun tiada balasan dari aku. Aku takut jika sepatah yang keluar dari mulut aku, api kemarahan akan mencanak naik. Air muka aku dan Idraqi masih perlu dijaga dan tak perlu rasanya drama.

Aku meneruskan suapan tanpa rasa nak membalas setiap ayat lelaki ini. Cukup hanya mendengar kerana aku...

Lamunan aku terbang melayang bila telefon Idraqi berdering. Aku syak tu mesti Zarisy yang call tapi tekaan aku tak mengena. Lembut suara Idraqi menjawab salam uminya.

Wajah Idraqi tiba-tiba bertukar tegang dan dia pantas bangun. Langsung tak berkata apa dan terus berlalu. Kaki aku pula automatik mengikut langkah Idraqi.

"Idraqi wait! Kau nak pergi mana?" Aku menjerit di hadapan lobi hotel.

Idraqi berhenti dan berpusing.

"Anak aku demam panas."

Anak? Anak Idraqi dan Kharina?

"Aku ikut." Itu bukan ayat minta tapi ayat penyataan.

Aku melangkah masuk dan jelas wajah Idraqi terkejut namun tak lama lepas aku jerkah suruh dia cepat. Honda Intergra itu pantas membelah malam yang masih sesak.

####

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 11, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kisah cintaWhere stories live. Discover now