FIRST KISS

27.6K 331 42
                                    

"Saya tak kira. Saya nak awak kahwin dengan saya juga !" marah seorang lelaki sambil memeluk tubuhnya dan memuncungkan mulutnya. Walaupun sudah berumur 25 tahun, perangainya saling tak tumpah seperti budak berumur 7 tahun.Perempuan yang berada di hadapannya itu mengeluh panjang sambil memicit dahinya.

"Kenapa pulak? Awak ni tak masuk akal betul lah! Tiba2 minta saya kahwin!" marah perempuan itu sambil memandang tajam ke arah lelaki itu . Sudahlah pagi2 buta dah kena panggil datang office dia, ini tiba2 kena ajak kahwin. Buang tebiat apa laki ni! "Salah awak ! Awak yang meragut kesucian bibir saya ! First kiss saya !" marah lelaki itu. Wajah perempuan itu berkerut mendengar apa yang dikatakan oleh lelaki itu.

"Eh? Bila masa ?! Saya mana pernah cium orang sesuka hati! Berdosa tau tak?!" marah perempuan itu dengan nada yang tinggi. Lelaki itu tersenyum sinis. "Awak lupa apa yang jadi waktu umur kita 5 tahun dulu?" tanya lelaki itu. Perempuan itu menyengetkan kepalanya kerana keliru.

"Tak apa..kalau awak tak ingat biar saya cerita dekat awak" terang lelaki itu sambil bersandar di kerusi officenya dengan senyuman nakal.

***

Flashback (Sewaktu mereka berumur 5 tahun)

Seorang budak lelaki sedang sibuk bermain pasir di taman permainan. Seluruh badannya comot akibat pasir namun itu langsung tidak merisaukan dia. Tiba2 ada sepasang kaki berdiri di hadapannya. Budak itu kemudian mendongak untuk melihat tuan empunya kaki itu dan kelihatan seorang budak perempuan dengan rambut panjang paras bahu sedang memandangnya dengan wajah yang masam. "Haiqal ! Berapa kali nak bagitahu ni ! Kalau main jangan sampai kotorkan baju!" marah budak perempuan itu sambil memandang tajam kearah Haiqal. Dia sangka dengan pandangan tajam itu dia akan kelihatan menakutkan, namun bagi Haiqal pandangan itu nampak begitu comel sekali. Wajah Haiqal membahang apabila dia melihat wajah comel kawannya itu. "Sukahati saya lah ! Baju saya kan! Mummy tak marah saya pun,kenapa awak nak marah" rungut Haiqal itu sambil memeluk tubuhnya.

Budak perempuan itu mengeluh. Walaupun umur mereka sebaya. Namun budak perempuan itu lebih matang daripada lelaki itu. Maklumlah perempuan memang cepat matang walaupun umur masih muda. Budak perempuan itu kemudian mengcangkung di hadapan Haiqal yang sedang duduk di atas pasir itu. Dia kemudian mengeluarkan sapu tangan dari dalam beg sandang Hello Kittynya itu lalu menyapu wajah Haiqal yang comot itu . "Mummy saya kata..tak elok main kotor2 macam ni. Banyak kuman. Nanti Haiqal sakit siapa yang susah" ucap budak perempuan itu sambil masih lagi fokus mengelap wajah kawannya itu.Haiqal hanya mendiamkan diri membiarkan perempuan itu mengelap wajahnya.

Setelah selesai membersihkan wajah Haiqal perempuan itu tersenyum puas."Okay dah siap!Sudah. Jom balik.Nanti mummy marah." ucap perempuan itu sambil menghulurkan tangannya. Haiqal mengangguk lalu bangun dari pasir itu. Dia mengibas ngibas seluarnya yang kotor kerana pasir. "Um..terima kasih Arina..sebab tolong.." ucap Haiqal sambil tertunduk malu. Arina tersenyum lebar. "Tak apa kita kan kawan !" ucap Arina lalu dia mendekatkan wajahnya kearah Haiqal. Haiqal dengan tiba2 mengangkat wajahnya dan matanya membulat apabila bibirnya dan bibir Arina bersentuhan untuk beberapa saat sebelum Arina berundur ke belakang dengan wajah panik. Wajah Arina dan Haiqal menjadi merah padam, dan mereka berdua menekup mulut mereka dengan reaksi panik.

End Of Flashback

***

"Waaaait !"jerit Arina dengan wajah yang membahang . Haiqal tersenyum sinis melihat kawan baiknya itu dalam keadaan menahan malu. "I-itu semua tak sengajalah! Sa-Saya cuba nak tengok muka awak dekat2 je sebab awak tundukkan muka awak! Awak tu yang tiba2 angkat muka !" jerit Arina dengan wajah yang merona merah dan tergagap. Haiqal bangun dari tempat duduknya dan berjalan kearah Arina. "I dont care, awak kena bertanggungjawab pada saya" jawab Haiqal dengan selamba sambil mendekatkan diri kearah Arina.

Wajah Arina bertukar panik . Kenapalah dia ditakdirkan ada kawan yang gila macam ni. "Bertanggungjawab apanya?! Awak bukan mengandung pun! Lagipun tu bukan cium! Bibir kita cuma bersentuh tak sampai 2 saat !" kata Arina sambil mencengkak pinggangnya.Dia cuba untuk menahan dirinya daripada mencengkik lelaki yang berada di hadapannya itu. Haiqal kemudian memasamkan wajahnya dan memandang kearah wajah Arina dengan riak wajah sedih.

"Tapi..kalau saya kahwin dengan orang lain. Takkan saya nak bagitahu yang first kiss saya diambil oleh kawan baik saya sendiri" ucap Haiqal sambil memuncungkan mulutnya."Yang awak nak bagitahu isteri awak tu kenapa!? Diam2 jelah!" marah Arina. Rimas melihat wajah Haiqal yang berpura pura sedih itu. Itulah senjata yang selalu digunakan Haiqal setiap kali dia mahukan sesuatu. Dari kecik hingga besar! Mentang-mentanglah wajahnya babyface seperti Jang Geun Suk pelakon korea itu.

Haiqal kemudian menekup kedua dua telinganya."Lalalala saya tak nak dengar apa2.Awak akan kahwin juga dengan saya! Lagipun mummy and daddy dah setuju!" kata Haiqal sambil menjelir lidah kearah Arina. Arina menjulingkan matanya keatas melihat perangai childish kawannya itu."No ! Saya muda lagilah ! Saya taknak kahwin! Please?" pujuk Arina sambil membuat muka comel kearah Haiqal dengan harapan ia akan menjadi.Haiqal dengan tiba2 tersenyum nakal. Dia kemudian mendekatkan dirinya kearah Arina yang sedang terperangkap diantara dia dan pintu pejabatnya. Arina menelan air liur melihat Haiqal semakin menghampirinya. "Awak lupa ke yang kita ni sama umur? Oh ya..jangan ingat saya tak tahu. Awak sebenarnya sukakan saya kan? Saya terbaca diari awak waktu sekolah menengah dulu" bisik Haiqal sambil tersenyum sinis dan berjalan keluar dari pejabatnya.Meninggalkan Arina seorang diri terkedu dengan apa yang dikatakan oleh Haiqal.Wajahnya membahang apabila mengetahui rahsianya sebenarnya sudah lama terbocor.

"Haiqal ! Saya benci awak !" jerit Arina di dalam pejabat. Haiqal yang berada di luar pejabatnya tersengih kegembiraan. Namun terhenti apabila ada tangan yang menepuk bahunya dari belakang. Haiqal menoleh dan tersenyum melihat ayahnya sedang menggelengkan kepala kearahnya.

"Kan lagi senang kalau kamu cakap yang kamu sukakan dia. Daripada kacau dia macam tu" ucap Ayahnya. Haiqal hanya tersengih sambil membuat isyarat "Peace" kearah ayahnya.

Hanya kerana ciuman ( Innocence) yang terjadi sewaktu keciL..perkara ini terjadi.

Tamat


First Kiss ?!Where stories live. Discover now